PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

2 kampung Orang Asli di Pos Sinderut dilanda banjir kilat

2 kampung Orang Asli di Pos Sinderut dilanda banjir kilat

LIPIS, 9 Mac- Susulan hujan lebat berterusan sejak semalam, dua perkampungan Orang Asli di Pos Sinderut, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang; dilanda banjir kilat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lipis dalam kenyataan memaklumkan, hujan yang bermula kira-kira 9 malam itu, menyebabkan Kampung Orang Asli Tual dan Tidul terjejas.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, setakat ini.

Pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kini sedang mengenal pasti rumah yang terjejas, manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) giat menjalankan kerja-kerja pembersihan laluan yang dipenuhi pasir dan kayu.

Dalam pada itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Dr Ramli Mohd Nor, telah turun ke Pos Senderut bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk terjejas.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau juga menzahirkan rasa syukur kerana kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa. 

Datuk Seri Wan Rosdy menasihati penduduk di Pos Senderut supaya sentiasa waspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu yang boleh mengakibatkan kejadian bencana yang tidak diingini.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search