Banjir pulih
- Admin UKK
- Berita
Sebanyak 34 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah di Sarawak ditutup sehingga jam 1.30 tengah hari, semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, banjir di tujuh daerah yang diisytihar pulih itu ialah Kuching, Bau, Asajaya,Simunjan, Gedong, Saratok dan Kapit.
Katanya, hanya 44 PPS masih aktif yang menempatkan 9,877 mangsa daripada 2,910 keluarga. Daripada 44 PPS itu, Miri mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 13, Serian (9),
Bintulu (8), Sibu (6) serta Samarahan dan Mukah masing-masing empat.
Bintulu pula mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 4,901 mangsa, Serian (1,744), Miri (1,410), Sibu (1,145), Samarahan (534) dan Mukah (142).
Banjir luar biasa melanda Sarawak bermula 29 Januari lalu memaksa lebih 13,000 mangsa berlindung di 63 PPS.
Ketika ini beberapa kawasan semakin pulih namun di kawasan hulu Sungai Oya, Dalat dalam bahagian Mukah dilaporkan paras air masih tinggi.
Beberapa penempatan di hulu sungai berkenaan termasuk Nanga Baoh, Kampung Narub, Kampung Klid, Kampung Sau dan Kampung Medong masih ditenggelami air.