PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kilang kitar semula Taman Ria Jaya terbakar, tiada mangsa dilaporkan

Kilang kitar semula Taman Ria Jaya terbakar, tiada mangsa dilaporkan

SUNGAI PETANI, 25 Januari – Sebuah kilang kitar semula di kawasan Perusahaan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Taman Ria Jaya, terbakar awal pagi tadi, mengakibatkan 80 peratus struktur bangunan tersebut musnah.

Komander Kanan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II, Abdul Fataf Amdan memaklumkan kebakaran melibatkan bangunan kekal bersaiz 70 x 140 kaki persegi.

"Pusat Gerakan Operasi Negeri Kedah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.35 pagi melalui sistem MERS999. Jentera dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya Sungai Petani, Tikam Batu, serta Pasukan Bomba Sukarela berhampiran dikerahkan ke lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan.

Operasi pemadaman melibatkan penggunaan empat aliran sepanjang 400 kaki dan lapan pancutan air dari tangki.

Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden tersebut dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 5.50 pagi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search