PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Amaran hujan berterusan waspada di 4 negeri hari ini hingga Khamis

Amaran hujan berterusan waspada di 4 negeri hari ini hingga Khamis

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan waspada di empat negeri mulai hari ini hingga Khamis ini.

METMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran hujan berterusan tahap waspada itu dijangka berlaku di Pahang, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Di Pahang, amaran itu dikeluarkan di beberapa daerah termasuk Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Hulu Perak, Perak.

METMalaysia sebelum ini, mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh negeri, termasuk kawasan Pantai Timur yang sering terjejas akibat musim tengkujuh.

Musim tengkujuh biasanya berlangsung antara November hingga Mac membawa risiko hujan berterusan terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

METMalaysia memaklumkan, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

"Talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut," katanya.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search