PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir: 40 mangsa masih berada di PPS di Johor, Pahang

Banjir: 40 mangsa masih berada di PPS di Johor, Pahang

KUALA LUMPUR: Seramai 40 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang setakat 8 pagi tadi.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa kekal 36 orang daripada 11 keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.

Stesen Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat mencatatkan trend menurun dengan bacaan 8.68 meter manakala Sungai Paya Dato di Mersing melepasi paras amaran dengan bacaan 1.50 meter.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir tidak berubah, iaitu empat orang daripada dua keluarga di daerah Maran yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Baru Pertanian.

Semakan melalui portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran pula mendapati hanya satu sungai utama di negeri itu melebihi tahap amaran, iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran pada bacaan 18.21 meter dengan trend menaik. –

BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search