PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tengku Muhammad Ismail santuni mangsa banjir

Tengku Muhammad Ismail santuni mangsa banjir

KEMAMAN: Yang Dipertuan Muda Terengganu,Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat menyantuni mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini, hari ini.

Tengku Muhammad Ismail turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 242 keluarga mangsa banjir yang ditempatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik dan SK Pengkalan Ranggon.

Tengku Muhammad Ismail yang tiba di SK Kemasik kira-kira pukul 10 pagi dengan berpakaian santai sempat bertanya khabar dan mengurniakan sumbangan berupa kotak barangan keperluan asas serta wang tunai bagi setiap keluarga.

Selepas itu, Tengku Muhammad Ismail diberikan taklimat mengenai penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan oleh Pemangku Pegawai Daerah Kemaman, Fadli Yusof Zakaria yang juga  Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kemaman

Tengku Muhammad Ismail kemudian menaiki pacuan empat roda meredah laluan yang dinaiki air untuk menyantuni mangsa banjir di SK Pengkalan Ranggon.

Sementara itu, seorang penerima sumbangan,  Mohd Safar Wan Nik, 40, berkata, kehadiran Tengku Muhammad Ismail sedikit sebanyak dapat mengubat kesusahan yang dialami mangsa banjir. – UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search