PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Previous Next

Tinjauan Keadaan Monsun Timur Laut di Kelantan

6 Disember 2020 - Bersama-sama pasukan NEST (NADMA Emergency Support Team) Timur serta team operasi, logistik dan pasca bencana, YBhg Datuk Dr. Aminuddin Hassim Ketua Pengarah NADMA turun padang ke negeri Kelantan untuk meninjau keadaan Monsun Timur Laut di sana.
Lawatan bermula dengan kunjung hormat ke atas SUK Kelantan, YB Dato' Haji Nazran bin Muhammad dimana perbincangan memberi fokus kepada pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah.
Team NADMA kemudian bergerak ke Depoh Simpanan Keperluan Bencana di Pengkalan Chepa untuk melihat status ketersediaan stok bantuan bencana pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri ini. Di stesen Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Kota Bharu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memberi penerangan bagaimana sistem berfungsi dan amaran banjir dikeluarkan. Team kemudian menyusuri Sungai Kelantan untuk membuat pemantauan keadaan semasa.
Di pejabat tanah jajahan Pasir Mas, Ketua Jajahan telah memberi penerangan bagaimana pengurusan bencana diuruskan selaras dengan SOP bencana Norma Baharu.
NADMA Malaysia bersama-sama agensi terlibat sentiasa berusaha memastikan koordinasi dan penyelarasan pengurusan bencana dapat diuruskan dengan lebih cekap dan efisien supaya mangsa bencana mendapat perlindungan serta bantuan yang sewajarnya daripada semua pihak.
Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawap Bersama
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search