PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Stok 1,600 tan metrik

Stok 1,600 tan metrik

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) mencukupi.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pihaknya yang bekerjasama dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan swasta mempunyai stok penimbal bekalan ikan sebanyak 1,600 tan metrik.

Menurutnya, turut membantu menjamin bekalan adalah stok yang disimpan pihak swasta lain yang bergerak sendirian dan turut mengimport ikan.

“Tidak dinafikan apabila nelayan zon A tidak dapat ke laut, ia akan menjejaskan bekalan ikan segar, tetapi bekalan itu ada dengan kaedah kami simpan ikan import,” katanya pada sidang media selepas Program Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Marang di Kompleks Perikanan LKIM Marang di sini, semalam.

Menurutnya, langkah sewajarnya turut diambil bagi memastikan bekalan cukup hingga tidak berlaku kenaikan harga mahupun peniaga mengambil kesempatan.

“Sebab soal harga bukan di bawah seliaan LKIM atau Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, ia

“Tidak dinafikan apabila nelayan zon A tidak dapat ke laut, ia akan menjejaskan bekalan ikan segar, tetapi bekalan itu ada dengan kaedah kita simpan ikan import” Muhammad Faiz Fadzil

di bawah kementerian lain. Tugas kami memastikan bekalan ikan sentiasa ada setiap masa,” katanya.

Mengulas mengenai peruntukan RM200,000 kepada nelayan berdaftar sepanjang MTL, Muhammad Faiz berkata, ia akan diagihkan dalam bentuk bakul makanan kepada 10,000 nelayan di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search