PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir: 5 daerah di Terengganu terjejas, 2,765 mangsa dipindahkan

Banjir: 5 daerah di Terengganu terjejas, 2,765 mangsa dipindahkan

Kuala Terengganu: Jumlah mangsa terjejas akibat banjir di Terengganu menunjukkan peningkatan apabila 2,765 mangsa dipindahkan setakat 8 pagi ini.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya 411 mangsa, malam tadi. Kesemua mangsa daripada 603 keluarga itu kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun menjadi daerah terbaharu dilanda banjir susulan satu PPS yang diaktifkan malam tadi bagi menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga.

Ia menyaksikan lima daerah di negeri ini dilanda banjir iaitu Kemaman, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun.

Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,584 mangsa daripada 554 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

Ia diikuti daerah Hulu Terengganu yang mengaktifkan enam PPS bagi menempatkan 94 mangsa daripada 25 keluarga.

Sementara itu, seramai 69 mangsa daripada 19 keluarga yang terjejas ditempatkan di satu PPS di Setiu, manakala di Marang, satu PPS dibuka sebagai tempat berlindung 13 mangsa daripada empat keluarga.

Ketika ini, hujan melanda di beberapa tempat di negeri ini dan jumlah mangsa turut menunjukkan trend meningkat.

Disiarkan pada: November 20, 2024 @ 8:42am
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search