PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir: 168 orang masih ditempatkan di tiga PPS di Perak

Banjir: 168 orang masih ditempatkan di tiga PPS di Perak

IPOH: Seramai 168 orang daripada 51 buah keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) susulan bencana banjir yang berlaku di Perak.
Menurut jurucakap Pengurusan Bencana Daerah pada Rabu, terdapat dua daerah yang terjejas banjir iaitu Kerian dan Hilir Perak.

 

Katanya, ia merangkumi lapan lokasi membabitkan Kampung Matang Tengah, Kampung Beriai, Kampung Air Itam 2, Kampung Parit Ali Kalang, Kampung Beriah, Kampung Batu 8, Kampung Batu 9 serta Kampung Tengah Ayer Itam.
 
PPS yang menjadi tempat berlindung pula di SK Changkat Lobak, SK Parit Haji Aman Bagan Serai dan Dewan Serbaguna Padang Tembak.
Jelasnya lagi, mangsa banjir di Kerian sebanyak 128 orang daripada 37 keluarga dan Hilir Perak dengan 40 orang daripada 14 keluarga.
 
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat pada Rabu yang membabitkan kebanyakan daerah di negeri ini.
Ramalan cuaca negeri Perak pula menunjukkan kebanyakan daerah akan hujan pada sebelah pagi, petang dan malam.
 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search