PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

360 terkesan banjir

360 terkesan banjir

Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah meningkat kepada 360 orang melibatkan 109 keluarga setakat jam 8 pagi semalam berbanding 248 orang daripada 48 keluarga malam kelmarin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemua mangsa terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

Beliau berkata PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 61 mangsa daripada 13 keluarga manakala PPS Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Masjid Tanah, sebanyak 13 mangsa daripada empat keluarga berada di sana.

“Di PPS Balai Raya Ayer Paabas, sebanyak 13 mangsa ditempatkan di PPS berkenaan melibatkan lapan keluarga sementara di PPS Sekolah Sungai Jernih, sebanyak 15 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di situ.

“Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka Ar-Rasyidin adalah sebanyak 163 orang melibatkan 59 keluarga manakala sebanyak 95 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di Japerun Kuala Linggi,” katanya..

Beliau berkata PPS Balai Raya Kampung Ramuan China Besar pula ditutup pada 9 malam kelmarin.

Katanya, 21 kawasan di daerah itu terjejas akibat bencana, termasuk Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar,

Kampung Bukit Apit, Kampung, Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lu bok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Brisu.

Katanya lokasi lain ialah Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai dan Panchor.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search