PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tanah runtuh, penghuni diarah kosongkan rumah

Tanah runtuh, penghuni diarah kosongkan rumah

Hujan lebat melanda ibu negara semalam, menyebabkan tanah runtuh di kawasan Taman Bunga Raya di Jalan Genting Klang-kem Wardieburn, di sini.

Kejadian berlaku pada jam 5.43 petang itu menyebabkan sebuah rumah di taman terbabit terjejas, dengan penghuni di beberapa kediaman sekitar turut diarah mengosongkan rumah masing-masing.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, berkata enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan mengenai kejadian membabitkan kawasan lereng bukit itu.

“Maklumat diterima daripada pihak polis memaklumkan penghuni rumah berhampiran sudah diarahkan keluar berikutan masih terdapat pergerakan tanah,” katanya melalui kenyataan.

Pihak bomba memaklumkan

operasi pemantauan masih diteruskan anggota di lokasi dan setakat ini hanya sebuah rumah terbabit, namun terdapat rumah lain berdekatan dengannya.

Beberapa kawasan lain di sekitar ibu negara turut dilanda banjir kilat susulan peningkatan paras air Sungai Klang.

Ramalan ribut petir

Sementara itu, hujan lebat berserta ribut petir diramalkan

membadai negeri di utara Semenanjung hingga awal minggu depan, terutama pada sebelah petang dan awal malam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) dalam satu kenyataan, semalam, keadaan cuaca itu dijangka melanda Perlis dan Kedah.

Mengenai air pasang besar yang dijangka berlaku hingga Sabtu ini pula, Metmalaysia memaklumkan fenomena air

pasang besar berlaku beberapa kali dalam setahun dengan magnitud berbeza.

“Sekiranya hujan lebat bersekali dengan air pasang besar, maka terdapat kemungkinan banjir akan berlaku,” katanya.

Jadual air pasang harian boleh dirujuk melalui laman sesawang Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di https:// www.jupem.gov.my/peta-laman/ staps.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search