πππππβπππππ ππππππππ ππππππππ πππππππ πππππ ππππ πππππππππππ πππ ππππππππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππβπππππ ππππππππ ππππππππ πππππππ πππππ ππππ πππππππππππ πππ ππππππππππ πππππππ
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan sesi perbincangan bersama MERCY Malaysia yang diketuai oleh Presiden, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus. Sesi ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datoβ Hussain bin Moh, bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh misi kemanusiaan, bantuan kepada mangsa bencana serta kesiapsiagaan komuniti menghadapi bencana.
NADMA turut menghargai komitmen dan inisiatif MERCY Malaysia, khususnya dalam penyediaan Kit Respons Kecemasan kepada komuniti terjejas akibat jerebu di Lembah Klang, Sarawak dan Johor, terutama golongan rentan. NADMA komited untuk terus mempererat kerjasama bersama MERCY Malaysia dan Rakan NADMA dalam memperluas misi kemanusiaan serta program advokasi bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti terhadap bencana. Sesi ini turut dihadiri oleh pegawai kanan daripada NADMA dan MERCY Malaysia.
MTL 2026/2027: LEBIH 100,000 ANGGOTA, 8,321 PPS SIAP SIAGA HADAPI BENCANA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
MTL 2026/2027: LEBIH 100,000 ANGGOTA, 8,321 PPS SIAP SIAGA HADAPI BENCANA
Puchong, 30 Oktober - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 dengan penyelarasan seramai 101,901 anggota pelbagai agensi, 2,425 bot penyelamat dan 8,321 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara.
Persiapan ini dikongsikan dalam Sesi Libat Urus Bersama Media yang berlangsung di Markas SMART, Pulau Meranti, Puchong, dengan penyertaan 150 peserta terdiri daripada pengamal media serta wakil agensi teknikal, keselamatan, penyelamat dan kebajikan.
Sebanyak 8,321 PPS disediakan dengan kapasiti menempatkan sehingga 1.9 juta mangsa, manakala peruntukan RM7 juta disediakan bagi pengoperasian bencana. Persediaan turut merangkumi 60,000 kit makanan dan 170,000 pek makanan sedia dimakan bagi memenuhi keperluan mangsa sekiranya berlaku banjir.
Melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pengamal media, NADMA terus komited memastikan maklumat amaran awal, risiko cuaca dan langkah keselamatan disampaikan secara tepat, sahih dan berkesan agar rakyat sentiasa berwaspada serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
πππππβππππππππ ππππππππ πππππππππππππ πππ ππππππππππ ππππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππβππππππππ ππππππππ πππππππππππππ πππ ππππππππππ ππππππ πππππππ
CYBERJAYA, 27 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama PETRONAS telah menganjurkan program Natural Disaster Management Committee (NDMC) Engagement 2026 yang menghimpunkan 40 pegawai pengurusan bencana PETRONAS. Program ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama serta meningkatkan keupayaan pengurusan krisis dan bencana industri.
Menerusi program ini, MyCEDM, SMART, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Seksyen Mitigasi NADMA telah berkongsi pengetahuan serta pengalaman berkaitan kesiapsiagaan, peranan NADMA dan pengurangan risiko bencana. Para peserta turut melawat NDCC dan Pusat Simulasi Bencana bagi memahami dengan lebih mendalam keupayaan pemantauan, pelaporan dan penyelarasan pengurusan bencana negara.
ππππππππππππ ππππππππ πππππ πππππ ππππππππ πππππππππππππ πππππππ πππ ππππππππππππ πππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππππππ ππππππππ πππππ πππππ ππππππππ πππππππππππππ πππππππ πππ ππππππππππππ πππ
PUTRAJAYA, 27 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus menyokong usaha memperkukuh kesiapsiagaan bencana dan keterjaminan air negara menerusi cadangan Projek Bersepadu Pemuliharaan Sumber Air Empangan Bukit Merah di Daerah Kerian, Perak. Ketua Pengarah NADMA, Datoβ Meor Ismail bin Meor Akim, menerusi usaha ini menekankan kepentingan pemuliharaan infrastruktur strategik bagi mengurangkan risiko bencana serta melindungi kesejahteraan masyarakat.
NADMA sedang membincangkan usaha membantu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia mengemukakan permohonan peruntukan bagi tempoh 2027 hingga 2032 yang akan merangkumi pemulihan kapasiti takungan, penaiktarafan kemudahan keselamatan dan pemodenan sistem amaran awal bagi memperkukuh kawalan banjir serta menjamin bekalan air untuk kegunaan domestik dan pertanian.
πππππππππ ππππππ ππππππ πππππ πππππππππππππ πππππππ ππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππππ ππππππ ππππππ πππππ πππππππππππππ πππππππ ππππππ
PUTRAJAYA, 26 Oktober 2026 β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Kursus Pemerintahan dan Staf (BERSAMA) Siri 55/2026 di Maktab Turus Angkatan Tentera, Putrajaya. Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, dijemput sebagai penceramah bagi tajuk βNADMA Coordination Response to Disasterβ yang melibatkan 180 pegawai ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tentera luar negara.
Sesi ini berkongsi mekanisme penyelarasan NADMA serta perancangan operasi Bantuan Kemanusiaan dan Pertolongan Bencana (HADR). Perkongsian ini bertujuan memperkukuh persefahaman dan kerjasama rentas agensi bagi memastikan tindak balas bencana yang lebih terselaras dan berkesan.
