PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Seksyen ICT

Previous Next

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐓𝐒𝐔𝐍𝐀𝐌𝐈 𝐋𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐃𝐀𝐓𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔
LAHAD DATU, 5 NOVEMBER – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyertai Latih Amal 𝘛𝘢𝘣𝘭𝘦 𝘛𝘰𝘱 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 (𝘛𝘛𝘟) dan Field 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 (𝘍𝘛𝘟) Bencana Tsunami Zon Lahad Datu 2026 pada 3 hingga 5 November 2026 bagi menguji kesiapsiagaan dan keupayaan tindak balas agensi dalam menghadapi ancaman tsunami.
Latihan yang diterajui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lahad Datu ini melibatkan pelbagai agensi menerusi simulasi amaran awal, pemindahan penduduk, operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta pengurusan PPS. Penglibatan NADMA sebagai moderator turut menilai keberkesanan penyelarasan dan operasi PKOB bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan selaras dengan Arahan NADMA No. 1.
Previous Next

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀-𝐔𝐍𝐂𝐂 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
SELANGOR,5 NOVEMBER - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah diwakili oleh Tuan Shaiful bin Yazan, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), serta Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Dasar dalam Mesyuarat NADMA-UNCC. Mesyuarat ini merupakan platform bagi membincangkan perkara berkaitan dasar serta memperkukuh kerjasama dalam pengurusan bencana.
Penyertaan NADMA dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mempertingkatkan penyelarasan, kerjasama strategik dan kesiapsiagaan bagi memastikan pengurusan bencana negara dilaksanakan secara lebih bersepadu dan berkesan.
Previous Next

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 (𝐏𝐏𝐒) 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
KAMPUNG MELAYU SUBANG – Perdana Menteri telah mengadakan lawatan ke PPS Dewan Siantan bagi menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir kilat petang semalam. Lawatan tersebut turut memberi peluang kepada beliau untuk bertanya khabar, mendengar keluhan serta meninjau keperluan keluarga yang terpaksa dipindahkan ke PPS.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah NADMA, Encik Saiful Yazan bin Alwi serta Pengarah Seksyen Logistik NADMA, Encik Mohd Khairi bin Abd. Ghani Lawatan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mangsa banjir, di samping menekankan kepentingan penyampaian bantuan dan penyelarasan agensi serta pelaksanaan langkah mitigasi bagi mengurangkan risiko kejadian banjir berulang.
Previous Next

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐑𝐈𝐍𝐓𝐈𝐒 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑𝐀𝐓
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri telah melaksanakan Lawatan Kerja Projek Rintis Inspektorat Pengurusan Operasi Bencana di Negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia Tahun 2026 selama tiga hari, bermula 28 hingga 30 Oktober 2026 di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Inisiatif ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan, keupayaan serta keberkesanan pengurusan operasi bencana di peringkat negeri, khususnya menjelang Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.
Lawatan yang diselaraskan oleh Seksyen Pelaksanaan Operasi (SPO) NADMA ini memberi tumpuan kepada penilaian enam komponen utama, iaitu kewangan, sumber manusia, logistik dan bekalan, komunikasi, fasiliti dan infrastruktur serta pengurusan maklumat. Penilaian ini turut melibatkan kawasan berisiko banjir di ketiga-tiga negeri bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan jurang keupayaan dalam mekanisme pengurusan operasi bencana. NADMA berharap dapatan projek rintis ini dapat menjadi asas kepada pembangunan kerangka inspektorat yang lebih seragam dan sistematik, sekali gus memperkukuh penyelarasan antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan agensi berkaitan serta meningkatkan kesiapsiagaan negara menghadapi bencana. Delegasi NADMA diketuai oleh PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin bersama pegawai-pegawai NADMA.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search