Kuala Lumpur: Hampir keseluruhan negeri termasuk Kuala Lumpur berdepan cuaca amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berterusan sehingga 6 petang ini.
Menurutnya, selain itu, beberapa kawasan Perak iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim serta Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan turut berdepan cuaca sama.
"Di Terengganu cuaca itu dijangka membabitkan Besut, Hulu Terengganu dan Dungun, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin selain Selangor akan membabitkan Sabak Bernam,Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
"Selain itu turut berdepan cuaca sama ialah Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Tampin selain Johor membabitkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi," katanya, hari ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) juga dijangka berdepan cuaca sama. -HARIAN METRO
KUALA LUMPUR: Seramai 427 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan negeri di utara Semenanjung dijangka mengalami angin baratan yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.
Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed, berkata bagi berdepan cuaca itu yang dijangka berlaku sehingga Rabu ini, petugas akan digerakkan setiap hari bagi memantau lokasi panas atau 'hotspot' dan kawasan yang mungkin berlaku runtuhan, kenaikan air dan sebagainya.
"Saya merancang untuk minta mereka melihat kemungkinan pokok tumbang disebabkan angin kencang. Sekiranya ada, kita akan maklumkan kepada pihak berkenaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan," katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan dikeluarkan 9 pagi tadi memaklumkan keadaan berterusan sehingga Rabu ini akan turut meliputi Kelantan dan Terengganu.
KUALA LUMPUR: Seramai 427 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan negeri di utara Semenanjung dijangka mengalami angin baratan yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.
Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed, berkata bagi berdepan cuaca itu yang dijangka berlaku sehingga Rabu ini, petugas akan digerakkan setiap hari bagi memantau lokasi panas atau 'hotspot' dan kawasan yang mungkin berlaku runtuhan, kenaikan air dan sebagainya.
"Saya merancang untuk minta mereka melihat kemungkinan pokok tumbang disebabkan angin kencang. Sekiranya ada, kita akan maklumkan kepada pihak berkenaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan," katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan dikeluarkan 9 pagi tadi memaklumkan keadaan berterusan sehingga Rabu ini akan turut meliputi Kelantan dan Terengganu.
"JBPM akan melakukan rondaan melalui Safety Water and Rescue Team (SWART) di sebelah Pantai Timur untuk memastikan dan memberikan ingatan kepada orang ramai agar tidak mengunjungi kawasan pantai dan melakukan apa jua aktiviti termasuk bermandi-manda manakala masyarakat nelayan tidak turun ke laut," katanya.
Berdasarkan tinjauan di negeri terbabit, ramai sedar dengan perubahan cuaca dan telah membuat persediaan dengan sendiri.
Di KEDAH, sedar dengan keadaan cuaca hujan dan angin kencang yang berlaku sejak beberapa hari lalu, Mazlan Abu Bakar, 61, dari Kampung Alor Serdang di Alor Setar mengambil keputusan membatalkan hasrat keluar memancing di Kuala Sala, dekat Kuala Kedah kerana bimbang dengan keselamatan.
"Setiap hari saya buka laman media sosial MetMalaysia untuk lihat ramalan cuaca…difahamkan keadaan hujan lebat dan angin kencang ini akan berterusan lagi beberapa hari, jadi kami buat keputusan untuk batalkan perjalanan memancing yang sudah dirancang sejak lebih seminggu lalu," katanya.
Di KELANTAN, kebanyakan penduduk di sekitar jajahan Pasir Puteh mengambil pendekatan menebang pokok yang hampir dengan kediaman sebagai persiapan menghadapi kejadian ribut petir, sejak seminggu lalu.
Antaranya, penduduk Kampung Bukit Abal, Azman Ismail, 36, yang berkata kerja menebang itu dilakukan bagi mengelak pokok menghempap kediaman apabila berlaku ribut.
Di TERENGGANU, seorang nelayan dari Kampung Pangkalan Maras, Nik Mohd Hasni Chik, 54, berkata sebagai penduduk di kawasan pinggir pantai, dia sentiasa peka dan mengikuti perkembangan cuaca di laman web Met Malaysia.
"Walaupun musim tengkujuh sudah berlalu, kami kena sentiasa peka dengan amaran cuaca. Tetapi kami tetap akan ke laut pada sebelah pagi dan pulang tengah hari, tidak ada masalah kerana amaran itu pada sebelah petang," katanya.
Di PULAU PINANG, seorang penduduk di Kampung Kijang Bukit Mertajam, R Emily, 64, berkata beliau sedar dengan perubahan cuaca dan akan membuat persiapan diperlukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan beliau tinggal di kawasan yang selalu berlakunya banjir.
"Sekarang saya sudah tahu pasal ini dan saya akan membuat persediaan dan persiapan yang diperlukan. Pertama sekali, saya akan meletakkan dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat," katanya. – BERNAMA
KUALA LUMPUR: Muhammad Zubir Mohamed, 42 menghela nafas panjang sebaik diberitahu oleh pekerjanya mengenai kematian seekor lagi lembunya ketika dia sedang bersiap memulakan rutin hariannya seawal jam 7 pagi di ladang fidlotnya di Bangi.
Lembu pedaging yang diternaknya secara fidlot untuk memenuhi permintaan ibadah korban bersempena dengan Aidiladha dipercayai mati akibat tekanan haba berikutan cuaca panas yang berlaku ketika ini.
Kematian terbaharu itu bermakna sudah 20 lembu ternakannya menjadi korban cuaca panas melampau susulan fenomena El Nino yang sedang melanda banyak negara di dunia ketika ini dengan tempoh jangkaan hingga September depan.
"Cuaca panas melampau ketika ini banyak memberi impak kepada penternak. Kami turut terkesan apabila 20 lembu yang sepatutnya dijual untuk ibadah korban mati sepanjang tempoh tiga bulan lepas.
SINGAPURA: Gelombang haba di Asia menguji tenaga boleh diperbaharui, menuntut keperluan bekalan sokongan, peningkatan sistem penghantaran dan pembaharuan tarif untuk memastikan kebolehpercayaan dan mengelakkan kadar perlahan dalam penggunaan tenaga hijau.
Pada akhir April lalu, suhu di rantau ini mencecah 40 darjah Celsius, lebih awal daripada biasa, menyebabkan kerosakan infrastruktur yang meluas dan gangguan bekalan elektrik.
Di China, negara yang mana tenaga boleh diperbaharui menyumbang lebih separuh daripada kombinasi bekalan kuasa campuran, pihak berkuasanya bertindak mengekalkan loji arang batu dan gas sandaran dalam keadaan siap sedia bagi memenuhi permintaan dan peningkatan mendadak dalam penggunaan akibat gelombang haba awal, kata perunding Rystad.
Sementara itu menurut seorang pegawai kementerian kuasa persekutuan India, negeri pengeluar tenaga suria terkemuka India, Rajasthan memperoleh 'amaran awal' mengenai cabaran teknikal yang mungkin timbul apabila penggunaan tenaga boleh diperbaharui meningkat.
Ini kerana meningkatkan kebolehpercayaan grid akan membabitkan peningkatan yang mahal.
Penambahbaikan rangkaian penghantaran dan pengedaran berkemungkinan menelan belanja sekurang-kurangnya AS$2 trilion (RM9.35 trilion) sepanjang dekad akan datang di rantau Asia-Pasifik, kata perunding Wood Mackenzie yang membuat ramalan bulan ini.
India memanjangkan hayat loji jana kuasa arang batu, sementara China sedang membina loji baharu untuk memastikan terdapat bekalan sokongan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan tenaga yang lebih tinggi, yang berpotensi meningkatkan pelepasan tanpa adanya peraturan dan pembaharuan dasar.
"Gelombang haba adalah permulaan kitaran ganas ke bawah. Anda mencipta perubahan iklim tetapi anda juga menyebabkan permintaan untuk tenaga yang lebih banyak dan kemudian ia mewujudkan lebih banyak perubahan iklim," kata Pengarah Urusan APAC di bahagian kelestarian Engie Engie Impact, Malavika Bambawale.
Kekurangan insentif ketiadaan struktur tarif di kebanyakan negara Asia untuk menggalakkan loji jana kuasa berasaskan arang batu atau gas hanya untuk beberapa jam puncak sehari yang boleh mendorong pengendali grid untuk mengendalikan loji bahan api fosil sebanyak mungkin, kata Lauri Myllyvirta, penganalisis utama di Pusat untuk Penyelidikan Tenaga Bersih dan Udara.
Tenaga daripada matahari dan angin lebih sukar untuk diramal dan dikawal kerana ia berbeza mengikut keadaan cuaca tempatan dan tidak boleh dinaikkan atau turun sebagai tindak balas kepada lonjakan atau penurunan permintaan secara tiba-tiba tidak seperti hidro dan gas.
"Jika struktur tarif yang sesuai yang memberi insentif kepada penjanaan haba fleksibel tidak diperkenalkan, ia boleh mengakibatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang lebih perlahan.
"Justeru, pengawal selia grid perlu membina grid yang boleh mengawal voltan dan kekerapan solar bertindak. Itu sudah tentu menjadi satu cabaran," katanya.
China dan India sebelum ini mengkaji cara untuk memberi insentif kepada generasi fleksibel.
PARIS: Suhu purata global pada awal Jun tahun ini adalah yang paling panas pernah direkodkan oleh unit pemantauan iklim Kesatuan Eropah (EU) untuk tempoh itu, sekali gus mengatasi rekod sebelumnya dengan perbezaan yang besar.
Fenomena El Nino secara rasmi meningkatkan kebimbangan berlakunya cuaca melampau dan lebih banyak peningkatan suhu direkodkan selepas ini.
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S), Samantha Burgess, berkata, dunia baru sahaja mengalami suhu paling panas pada awal Jun ini.
“Purata suhu udara permukaan global untuk hari pertama Jun 2023 adalah yang tertinggi dalam rekod data ERA5, dengan jurang yang besar, berdasarkan data unit itu yang mula dikumpulkan pada 1950,” katanya.
Terdahulu, C3S mengumumkan suhu lautan global lebih panas pada bulan lalu berbanding bulan Mei yang lain dalam rekod.
Unit itu juga memaklumkan, pada awal Jun ini, suhu global melebihi paras pra-industri sebanyak lebih 1,5 darjah Celsius, iaitu had paling tinggi untuk pemanasan global dalam Perjanjian Paris 2015.
Menurut data, suhu purata global harian berada pada atau melebihi ambang 1.5 darjah Celsius antara 7 hingga 11 Jun, mencapai maksimum 1.69 darjah Celsius pada 9 Jun.
Kebanyakan tahun paling panas dalam rekod berlaku semasa El Nino, dan saintis bimbang bahawa musim panas ini dan seterusnya dapat melihat rekod tertinggi suhu di darat dan di laut. -