Malaysia berisiko mengalami gempa bumi
- Admin UKK
- Berita
Kuala Lumpur: Malaysia mungkin tidak terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, namun negara ini masih berisiko mengalami gempa bumi akibat pergerakan zon sesar aktif, kata Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nor Shahidah Mohd Nazer.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pakar Geologi Sabah, Prof Dr Felix Tongkul yang meramalkan kemungkinan gempa bumi sehingga 6.5 skala Richter boleh berlaku di Malaysia, khususnya di daerah Ranau dan Lahad Datu, Sabah.
"Saya bersetuju dengan pandangan Prof Dr Felix bahawa Malaysia tidak mempunyai sesar aktif sepanjang Myanmar, tetapi kita tetap mempunyai zon-zon sesar aktif yang boleh mencetuskan pergerakan plat dan mengakibatkan gempa bumi.
"Bukit Tinggi di Pahang, sebagai contoh, adalah antara kawasan aktif, tetapi gegarannya masih dalam kategori rendah kerana pelepasan tenaga yang minimal," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, walaupun risiko gempa bumi kuat di Malaysia adalah rendah, ia tidak bermakna negara ini boleh mengambil ringan aspek kesediaan menghadapi bencana alam.
"Kita perlu meningkatkan kajian dan pemantauan terhadap zon sesar yang berpotensi untuk aktif serta mengambil langkah berjaga-jaga dari segi pembinaan bangunan yang tahan gegaran di kawasan berisiko," katanya.
Terdahulu, Dr Felix dalam kenyataannya berkata, gempa bumi besar berpotensi berlaku di Lahad Datu dalam beberapa tahun akan datang, memandangkan kali terakhir gempa kuat berlaku di kawasan itu adalah pada 1923 dan 1976.
Dalam sejarah Malaysia, antara gempa bumi terbesar yang pernah direkodkan ialah di Lahad Datu dengan magnitud 6.2 pada 26 Julai 1976 dan 6.3 pada 11 Ogos 1923.
Sementara itu, gempa bermagnitud 6.0 di Ranau pada 5 Jun 2015 turut mengakibatkan kemusnahan serta korban nyawa di Gunung Kinabalu.
Dr Nor Shahidah turut menegaskan kepentingan pemetaan kawasan berisiko tinggi serta mempertingkat kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya gempa bumi di Malaysia.
"Walaupun kita bukan dalam Lingkaran Api Pasifik, tetapi kesan pergerakan plat tektonik di negara jiran tetap boleh memberi impak kepada kita," katanya.
Kuala Lumpur: Kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi tadi menggemparkan penduduk sekitar dengan ada menyifatkannya bagaikan satu bencana gempa bumi yang dahsyat.
Impak kebakaran dengan api yang marak menjulang ke udara sehingga dapat dilihat sejauh beberapa kilometer dari lokasi kejadian.
Setakat ini usaha menyelamat dan memadam kebakaran sedang giat dijalankan.
Berikut adalah kronologi kebakaran yang berlaku:
8.23 PAGI
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan berlaku kejadian kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor. Panggilan kecemasan diterima pada 8.23 pagi. Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Puchong, Shah Alam, Bukit Jelutong, Cyberjaya, Rawang, Klang Selatan, Klang Utara dan Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian.
9.30 PAGI
Operasi padam kebakaran terus dilakukan, api masih menjulang tinggi, video kemusnahan di kawasan sekitar, kebakaran rumah mula membanjiri laman sosial. Penduduk di perumahan berhampiran lokasi kebakaran dipindahkan.
10.35 PAGI
25 mangsa terima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan, lima daripadanya dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut. Antara kecederaan dilaporkan adalah luka, melecur dan kesukaran bernafas.
10.57 PAGI
Mangsa lain yang diselamatkan ditempatkan di kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya, berhampiran lokasi kejadian.
11 PAGI
Beberapa lagi mangsa menerima rawatan awal serta dihantar ke Hospital Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya untuk rawatan lanjut.
11.06 PAGI
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Masjid Putra Heights.
11.14 PAGI
Tenaga Nasional Berhad (TNB) maklumkan bekalan elektrik di kawasan sekitar Subang dan Putra Heights terjejas.
11.15 PAGI
TNB gerakkan pasukan teknikal ke lokasi kejadian bagi menilai situasi semasa.
11.20 PAGI
Laporan awal bomba sahkan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter.
11.25 PAGI
Petronas Gas Bhd sahkan kebakaran berlaku di saluran paip utamanya berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor pada 8.10 pagi. Petronas Dagangan Bhd (PDB) mengesahkan kejadian kebakaran tidak berlaku di mana-mana stesen minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
11.30 PAGI
Gangguan bekalan elektrik di sekitar kawasan Subang Jaya pulih sepenuhnya.
11.54 PAGI
Jabatan Alam Sekitar lakukan pemantauan kualiti udara di kawasan sekitar kejadian.
12.19 TENGAH HARI
Masjid Al-Falah USJ 9 di Subang Jaya dibuka kepada mangsa terjejas untuk berlindung.
1 TENGAH HARI
78 anggota bomba dengan 22 aset, termasuk 10 jentera Fire Rescue Tender (FRT), empat unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS), lima unit Water Tanker dan masing-masing satu unit Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat), unit BA Tanker dan unit ALP berada di lokasi kejadian82 mangsa diselamatkan dengan 12 orang dilaporkan cedera setakat ini.
1.05 TENGAH HARI
Laluan antara Seafield dan Bandar Saujana Putra di Lebuhraya Elite ditutup kepada semua kenderaan. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sahkan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Subang berjalan seperti biasa.
1.25 TENGAH HARI
63 mangsa yang cedera akibat melecur dibawa ke Hospital Cyberjaya, Putrajaya dan Serdang. Empat injap utama di Dengkil, Puchong, Batu Tiga dan Meru dilaporkan ditutup bermula 11.48 pagi bagi melepaskan saki baki gas asli. Proses melepaskan gas berkenaan akan mengambil masa kira-kira empat jam.
1.30 TENGAH HARI
Bomba sahkan 112 mangsa dan 49 rumah terjejas setakat ini.
1.40 TENGAH HARI
Kerja-kerja memadam kebakaran masih giat dijalankan, kenderaan polis, jentera bomba dan ambulans dilihat keluar masuk daripada kawasan kejadian.
KUALA LUMPUR – Pas menggesa siasatan mendalam dan menyeluruh dijalankan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights, Puchong, pagi tadi.
Sambil melahirkan simpati kepada mangsa terlibat, Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keutamaan mesti diberikan kepada aspek keselamatan awam, lebih-lebih lagi membabitkan kemudahan dan infrastruktur gas negara.
“Semoga semua mangsa diberikan kekuatan dan semoga kejadian ini menjadi pengajaran penting agar tragedi seumpama ini tidak berulang,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.
SUBANG JAYA: The cause of the gas pipeline fire has yet to be identified, says Fire and Rescue Department director-general Datuk Nor Hisham Mohamad.
This comes amid claims that the fire was caused by construction work near the pipeline. "It is too early to say," he told reporters here.
"An investigation will be conducted by all the relevant agencies led by the Police and the Department of Occupational Safety and Health," he said.
He said more information would be divulged once the investigation was completed. "There are many statements being made following this incident, but we cannot verify these claims yet," he said.
Earlier today, a massive fire broke out at a Petronas gas pipeline in Putra Heights, Subang Jaya, causing widespread panic as flames shot up in the air.
The heat from the flames — visible from kilometres away — were said to have melted plastic and metal located within a wide radius of the pipeline.
The fire was reported to have been accompanied by several explosions that shook the ground. The flames set off fires in several houses as the pipeline is located near residential areas.
There were also reports that several people were trapped in burning houses, even as the authorities began evacuating residents from the nearby areas.
More than 100 people have been injured so far and are being treated at hospitals and a temporary medical base at the Sri Maha Kaliamman Temple.
Dozens of firemen are still battling the flames in an attempt to prevent it from spreading.
The valve for the gas has been shut off, and the fire is only expected to be extinguished later today once the remaining gas in the pipeline runs out.
The Selangor Disaster Management Unit has activated a temporary evacuation centre at Putra Heights to assist residents, while traffic along the Elite Highway has been diverted.
KUALA LUMPUR: The people of quake-hit Myanmar have flooded the comments section of a Facebook post by the Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (Smart) to thank the Malaysian government for sending the specialist rescue unit.
A 50-member Smart team has been deployed to Myanmar after a 7.7-magnitude earthquake rocked the country late on Friday, just two days before the major holiday of Hari Raya Aidilfitri in Malaysia.
Myanmar nationals expressed gratitude to the Malaysian government for sending the Smart team and for the team's efforts working through Hari Raya.
The Facebook post detailed that the team managed to recover two bodies under the rubble during a nine-hour operation from 9am to 6pm yesterday.
Facebook user Thomas KD commented on the post saying "Thank you so much for coming to Myanmar to help, instead of celebrating Hari Raya with your family. May God bless you and your entire family."
While most comments were positive, a number of them were worried that the military junta in control of Myanmar would disrupt the efficiency of the operations.
"We are grateful for the humanitarian aid for Myanmar's earthquake victims. However, since the recipient on Myanmar's side is the military junta, we are deeply concerned that the aid will not effectively reach the people who are truly in need," user Thi Ha Naing Zaw said.
Another user Hsu May Nwe said: "So much appreciation. How kind of them. Shame about our military, we also worry about the safety of all of you."
About 2,000 people have so far been reported dead following Friday's earthquake.
To date, China, India, the United States, Vietnam, South Korea, Thailand, Russia, Japan, Singapore, Indonesia, the United Kingdom, New Zealand, the Philippines and Taiwan.
