OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Rawat mangsa gempa bumi: Hospital Medan ATM sedia 2 pembedahan serentak di Myanmar

KUALA LUMPUR – Hospital Medan Malaysia (HMM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Operasi Bantuan Kemanusiaan (Op STARLIGHT III) mula beroperasi bermula hari ini bermula 8.20 pagi waktu Myanmar (9.50 pagi waktu Malaysia) di daerah Sagaing, antara kawasan paling terjejas akibat gempa bumi.

Markas Angkatan Tentera Malaysia Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan menerusi kenyataan berkata, HMM Tahap Dua yang diuruskan Tim Op STARLIGHT III itu mampu melaksanakan pelbagai bentuk rawatan kritikal termasuk prosedur pembedahan dan penjagaan pesakit secara menyeluruh.

“Antara keupayaan HMM Tahap Dua termasuklah pelaksanaan dua pembedahan secara serentak pada satu-satu masa,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, HMM itu turut menyediakan perkhidmatan klinik pesakit luar di mana perkhidmatannya dijangka menerima sekitar 80 ke 100 pesakit luar dari kalangan penduduk sekitar.

“Perkhidmatan ini juga turut dibantu oleh tiga pegawai perubatan dari Hospital Sagaing,” tambahnya.

Sejak pengoperasiannya bermula HMM menerima aliran pesakit tanpa henti dari kawasan sekitar dan beberapa daripadanya dirujuk oleh Hospital Sagaing.

Malah Tim Op STARLIGHT III telah berjaya melaksanakan pembedahan pertama pada pukul 10.30 pagi waktu Myanmar (12.00 tengah hari waktu Malaysia).

Terdahulu menurut kenyataan itu, HMM tersebut mempunyai 20 buah katil selain dilengkapi kemudahan seperti wad, bilik pembedahan, unit rawatan rapi, radiologi, makmal termasuk dua kepakaran iaitu pembedahan am dan ortopedik.

Terdahulu pembukaan HMM tersebut turut dihadiri oleh Ketua Menteri Wilayah Sagaing, Myint Naing dan Panglima Biro Operasi Khas bagi Wilayah Yangon, Leftenan Jeneral Thet Pon.- MalaysiaGazette

ATM buka Hospital Medan bantu mangsa gempa di Myanmar

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia mengoperasikan Hospital Medan Malaysia (HMM) secara rasmi hari ini dalam Operasi Bantuan Kemanusiaan (Op Starlight III) di daerah Sagaing, Myanmar.

Markas Angkatan Tentera Malaysia dalam kenyataan berkata, hospital berkenaan mula beroperasi jam 8.20 pagi waktu Myanmar (9.50 pagi waktu Malaysia) di daerah berkenaan yang juga antara kawasan yang paling terjejas akibat gempa bumi.

"HMM yang diuruskan Tim Op Starlight III adalah HMM Tahap Dua dengan kapasiti 20 buah katil, turut dilengkapi dengan kemudahan seperti wad, bilik pembedahan, unit rawatan rapi, radiologi, makmal dan menawarkan dua kepakaran iaitu pembedahan am dan ortopedik.

"HMM Tahap Dua berkeupayaan melaksanakan pelbagai bentuk rawatan kritikal, termasuk prosedur pembedahan dan penjagaan pesakit secara menyeluruh.

"Antara keupayaan HMM Tahap Dua termasuklah pelaksanaan dua pembedahan secara serentak pada satu-satu masa," katanya, hari ini.

Menurutnya, HMM Tahap Dua Op Starlight III turut menyediakan perkhidmatan klinik pesakit luar, perkhidmatan ini dijangka akan menerima sekitar 80 ke 100 pesakit luar dari kalangan penduduk sekitar.

"Perkhidmatan ini juga turut dibantu oleh tiga Pegawai Perubatan dari Hospital Sagaing. Ketua Menteri Wilayah Sagaing, Myint Naing dan Panglima Biro Operasi Khas bagi Wilayah Yangon, Leftenan Jeneral Thet Pon, turut hadir selepas pembukaan operasi HMM bagi menyatakan dukungan serta meninjau keperluan tambahan Tim Op Starlight III," katanya.

Terdahulu, pada 19 April lalu, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing melawat persiapan pengoperasian HMM sebagai bukti pengiktirafan dan komitmen kerajaan Myanmar terhadap usaha Malaysia.

Sejak pembukaannya secara rasmi, HMM menerima aliran pesakit tanpa henti dari kawasan sekitar dan beberapa daripadanya dirujuk oleh Hospital Sagaing.

Tim Op Starlight III berjaya melaksanakan pembedahan pertama pada jam 10.30 pagi waktu Myanmar (12.00 tengah hari waktu Malaysia).

Penduduk tempatan yang hadir turut menyatakan penghargaan mereka terhadap usaha Malaysia menubuhkan HMM kerana ia memberi makna yang besar kepada mereka yang terjejas akibat bencana gempa bumi yang berlaku.

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama strategik pengurusan bencana

JAKARTA, 21 April – Malaysia menzahirkan komitmen untuk memperkukuh kerjasama strategik bersama Indonesia dalam aspek pengurusan bencana, termasuk pertukaran kepakaran dan pendekatan dengan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun skala bencana di Malaysia tidak sebesar yang dihadapi Indonesia, aspek latihan dan persediaan tetap perlu ditingkatkan demi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jadi kita telah menawarkan diri untuk mengundang rakan-rakan, terutamanya Ketua BNPB, untuk berkunjung ke Malaysia. Bukan untuk mempelajari tetapi untuk memahami apa yang sedang dan akan kita lakukan. Saya juga yakin pasukan dari Malaysia telah datang ke sini untuk mempelajari dan mendapatkan maklum balas bagi meningkatkan ilmu dalam menangani bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan ke Ibu Pejabat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia serta Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre) di sini, hari ini.

Tambah beliau, kunjungan pasukan dari Malaysia ke Indonesia membolehkan mereka memahami sistem pengurusan bencana negara jiran itu sekali gus memperluas ilmu dan pengalaman untuk memperkukuh kesiapsiagaan negara.

Local Malaysia commends AHA centre’s prompt response to Myanmar earthquake

JAKARTA: Malaysia, as the Chair of ASEAN in 2025, has commended the ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) for its prompt response in managing the aftermath of the earthquake that struck Myanmar late last month.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said Malaysia also welcomes the activation of the response mechanism under the Standard Operating Procedures for Regional Standby Arrangements and Coordination of Joint Disaster Relief and Emergency Response Operations (SASOP), which facilitates the deployment of regional assets and humanitarian support.

Ahmad Zahid, who also chairs Malaysia’s National Disaster Management Committee, said the prompt and effective coordination clearly demonstrates the AHA Centre’s vital role in ASEAN’s collective disaster response framework.

“The regional solidarity shown by all ASEAN member states through the deployment of search and rescue teams, humanitarian aid, and essential supplies clearly reflects the strong ASEAN spirit,” he said.
 
He was speaking during his visit to the headquarters of Indonesia’s National Disaster Management Agency (BNPB) and the AHA Centre here on Monday.
 
According to the Information Team of Myanmar’s State Administration Council, the 7.9-magnitude earthquake that struck Myanmar on March 28 claimed 3,726 lives, injured 5,105 people, and left 129 still unaccounted for as of April 18.
 

The tremors were also felt in neighbouring countries including Thailand.

Ahmad Zahid further emphasised the importance of upholding the “One ASEAN, One Response” principle, saying it must go beyond rhetoric and be reflected in joint actions by ASEAN nations during times of disaster.

Commenting on the visit, Ahmad Zahid expressed admiration for BNPB’s preparedness, stating that Malaysia’s National Disaster Management Agency (NADMA) could learn much from its Indonesian counterpart in coordinating emergency response operations.

“While Malaysia has only one Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) to respond to all types of disasters, BNPB has SMART teams specialised in various areas such as fires, floods, earthquakes, volcanic eruptions, and maritime accidents,” he noted.

Ahmad Zahid is currently on a three-day official visit to Indonesia, which concludes tomorrow.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search