PELBAGAI episod kejayaan berjaya dilakar Negeri Perak sepanjang tahun lalu, merangkumi soal ekonomi, kewangan dan pelancongan.
Walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, kerajaan negeri berjaya menutup Akaun Hasil Disatukan dengan nilai surplus sebanyak RM45.62 juta.
Malah lebih manis apabila Perak menerima pengiktirafan Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 2023, sekali gus menjadikan Perak antara lima negeri terbaik dalam mentadbir urus kewangan.
Tirai Tahun Melawat Perak 2024 yang dilabuh pula diserikan dengan kejayaan melepasi sasaran pelancong domestik dan antarabangsa di samping Ibu Negeri, Ipoh, tersenarai antara 10 bandar terbaik untuk dilawati di Asia bagi tahun 2025 menurut majalah gaya hidup terkenal, Time Out.
Lima fokus yang diberi keutamaan pada tahun ini adalah Ekonomi Mapan dan Berkelanjutan; Sistem Penyampaian Berimpak Tinggi; Menggilap Modal Insan Menuju Perak Sejahtera 2030; Teknologi dan Inovasi Pemacu Perubahan, serta Kelestarian dan Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana.
Di bawah fokus pertama, Ekonomi Mapan dan Berkelanjutan, Saarani berkata, kerajaan negeri akan terus memperhebatkan Ekonomi Biru, Hijau, Penjagaan dan Digital sebagai langkah strategik untuk merealisasikan aspirasi pelan pembangunan negeri.
Ekonomi Biru misalnya, beliau menjelaskan Perak memberi tumpuan kepada pengurusan sumber laut yang mampan melalui akuakultur, pelancongan maritim, selain menajamkan inisiatif mengurangkan kesan perubahan iklim.
“Kita akan melancarkan Pelan Tindakan Ekonomi Biru Negeri Perak pada tahun ini. Ia dijangka memperkukuh potensi sektor ini secara menyeluruh.
“Dengan kawasan persisiran pantai sepanjang 378 kilometer, sektor perikanan, pelancongan maritim, dan tenaga laut mampu menjadi pemacu baharu pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Executive Talk Dan Perutusan Tahun Baru 2025 Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, dekat sini, baru-baru
Menerusi fokus kedua iaitu Sistem Penyampaian Berimpak Tinggi, kerajaan negeri terus memberi penumpuan kepada soal keberkesanan penyampaian awam agar semua pihak dapat merasai segala inisiatif yang dilaksanakan kerajaan.
Saarani berkata, seperti yang dipedomankan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, tadbir urus dan ekosistem sistem penyampaian perlu sentiasa ditambah baik bagi memastikan pembangunan yang lebih berkesan dan berimpak tinggi.
Justeru beliau memberitahu, antara perkara yang diberi perhatian adalah mengurangkan birokrasi yang melambatkan pelaburan, meningkatkan ketelusan dalam pengurusan sumber awam serta mengeratkan kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
“Kelemahan dalam sistem penyampaian boleh menyebabkan kekecewaan dan kegelisahan rakyat, dan ini berisiko menjejaskan keberkesanan dasar-dasar kerajaan.
“Oleh itu, adalah penting bagi setiap agensi kerajaan untuk sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan, ketelusan, dan responsif dalam menyampaikan perkhidmatan, ujarnya.
Perak sebagai Koridor TVET Negara
Sementara pada fokus ketiga, Menggilap Modal Insan Menuju Perak Sejahtera 2030, Saarani berkata, kerajaan negeri bertekad untuk menjadikan Perak sebagai Koridor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara.
Jelas beliau, Perak mahu muncul sebagai pusat kecemerlangan bidang berkenaan yang mana ia bukan hanya memenuhi keperluan tempatan, malah kerajaan negeri mahu usaha itu juga menjadi rujukan nasional.
Tambah Saarani, kerajaan negeri mahu projek-projek berimpak tinggi seperti Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, dan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) menjadi pentas utama graduan TVET untuk menunjukkan kemampuan anak muda Perak.
Justeru dalam menyokong usaha itu, di samping perubahan dunia dalam bidang teknologi, Perak menggariskan fokus keempat iaitu Teknologi dan Inovasi Pemacu Perubahan.
Menurut Saarani, semua pihak perlu pantas dalam beradaptasi dengan perkembangan teknologi masa kini baik dalam soal industri 5.0, internet benda (IoT) mahupun kecerdasan buatan (AI) yang mencakupi pelbagai bidang.
“Pelan Transformasi Digital Negeri Perak memastikan kemajuan teknologi ini dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Kita tidak boleh berlengah untuk terus mendekatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.
“Kemajuan AI dan pendigitalan ini adalah pelengkap kepada usaha TVET. Kedua-duanya saling melengkapi dalam membentuk ekosistem yang mampan, inovatif, dan inklusif,” jelas beliau lagi.
Sementara itu, tragedi kebakaran hutan di Los Angeles di Amerika Syarikat yang menyebabkan kerugian kira-kira RM1.15 trillion menjadi pengajaran buat Perak dalam merangka fokus kelima, iaitu Kelestarian dan Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana.
Jelas Saarani, usaha kerajaan negeri dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana adalah termasuk kepada memperluaskan latihan simulasi bencana kepada komuniti setempat agar bersedia menghadapi situasi seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran hutan, dan tragedi kepala air.
“Pada masa sama, pelaksanaan projek-projek infra yang berkaitan bencana mesti dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan.
“Ini termasuklah Projek Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM841.79 juta di bawah Rolling Plan Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12, termasuk RTB Sungai Kinta dan RTB Kampung Gajah,” katanya.
Tambah beliau, pengurusan bencana yang cekap bukan sahaja mampu mengurangkan kemusnahan harta benda dan nyawa, malah ia juga dapat mengurangkan tekanan kepada ekonomi negeri. – MG Perak
KULAI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor masih menjalankan siasatan ke atas kes kebakaran yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Kampung Oren, Ulu Tiram di sini, pada 17 Januari lalu.
Pengarahnya, Siti Rohani Nadir berkata hasil siasatan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 14 hari termasuk merangkumi punca kebakaran.
Katanya, sekiranya sesuai, waris mangsa akan dimaklumkan perkembangan siasatan.
"Siasatan masih berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada waris sekiranya sesuai," katanya.
Mangsa yang maut dalam kejadian berkenaan dikenal pasti sebagai Ng Geok Choo, 63, anak perempuannya, Lee Chiw Yong, 30, dan cucu perempuan, Chen Si Jing, 11.
Mereka ditemui dalam keadaan melecur seluruh badan, masing-masing di bilik tidur hadapan dan seorang di bilik air.
Seorang lagi mangsa iaitu cucu lelaki berusia 12 tahun selamat dan cedera di muka serta tangan. Mangsa yang terselamat dipercayai berada di ruang tamu ketika kejadian.
Terdahulu Siti Rohani menyempurnakan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025 di Hentian Sebelah Kulai (arah selatan) Lebuhraya Utara-Selatan di sini, semalam.
Beliau berkata JBPM Johor meningkatkan kesiapsiagaan di dua lokasi risiko kemalangan iaitu di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Yong Peng dan Sedenak.
Beliau berkata, antaranya menerusi emergency response team bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, sepasukan anggota dan jentera akan bersiap sedia di Pejabat Seksyen PLUS di KM100 Yong Peng dan KM41 Sedenak arah utara.
"Kita akan menempatkan jentera bersama Unit 'Rapid Intervention Motorcycle' (RIM) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
"Seorang penyelia bersama lapan pegawai akan ditugaskan di lokasi terbabit berikutan ia adalah lokasi strategik yang biasa berlaku kemalangan.
"Ia memudahkan memudahkan untuk menggerakkan mereka apabila berlaku kemalangan ketika musim perayaan ini," katanya.
Siswa cuci inap desa
- Admin UKK
- Berita
Banjir melanda Kelantan baru-baru ini menyebabkan sebahagian besar lokasi peranginan beberapa daerah termasuklah kawasan Inap Desa Nelayan Pantai Suri terjejas.
Sehubungan itu, seramai 150 sukarelawan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) membabitkan 60 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kota Bharu dan Machang, Kelantan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kampung serta 15 inap desa baru-baru ini.
Meskipun menaiki bot merentasi Sungai Kelantan dalam keadaan hujan dan ombak bergelora, situasi itu tidak melenyapkan semangat peserta Skuad Ihsan Madani MOTAC untuk tiba bersama segala kelengkapan yang diperlukan untuk aktiviti seharian itu.
Menurut penuntut Tahun Dua Jurusan Pentadbiran Awam dari UiTM Machang, Wan Rifqi Danish Wan Rashidi, 20, rasa terujanya untuk menyertai aktiviti gotong-royong itu tidak dapat dibendung kerana pertama kali menjejakkan kaki ke kampung yang terbabit.
"Sebelum ini saya hanya pernah sampai ke Pasar Terapung Pantai Suri sahaja yang terletak bersebelahan sahaja namun kali ini saya berkesempatan untuk berjalan-jalan ke sekitar kampung.
"Gotong-royong seperti ini agak mengujakan saya kerana selain ingin menolong penduduk kampung menceriakan semula persekitaran, aktiviti ini juga menghilangkan tekanan belajar," katanya yang juga berasal dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu itu.
Bermula jam 10 pagi, semua peserta termasuk sukarelawan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Kraftangan Malaysia memulakan kerja masing-masing selepas dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot.
Bagi penuntut Tahun Satu Jurusan Sains Matematik, Muhammad Aidil Najmi Mohd Fairus, 19, kehadirannya di Kampung Pantai Suri itu adalah bagi menghulurkan bantuan tenaga untuk sama-sama 'menukar wajah' lokasi pelancongan yang sebelum ini suram akibat banjir menjadi kembali ceria.
"Saya difahamkan kampung ini dinaiki air sehingga paras 0.7 meter ketika banjir lalu dan mengambil masa untuk surut kerana mengalami air pasang memandangkan lokasinya berhampiran Sungai Kelantan.
"Tidak salah jika kami datang sama-sama membersihkan kampung yang menyediakan inap desa untuk pelancong luar ini kerana sekurang-kurangnya, masa kami dimanfaatkan sebaiknya," katanya yang berasal dari Besut, Terengganu.
KULAI: More than 50 buildings have been inspected by the Fire and Rescue Department as part of its preparations to ensure fire safety during the Chinese New Year.
Its director Siti Rohani Nadir said the inspection was conducted under Ops Tahun Baru Cina which runs from Jan 13 to Feb 6.
"These include fire hazard inspections with a focus on places frequently visited by the public, especially shopping malls.
"As of Friday (Jan 24), we have inspected a total of 53 premises," she told the press during a fire safety awareness campaign at the Kulaijaya rest stop on the North-South Expressway (NSE) on Monday (Jan 27).
She added that the department has also deployed personnel and fire engines to two locations along the NSE.
"We are also part of the Emergency Response Team (ERT) under Ops Selamat, which is coordinated by the police.
"As such, we have identified two accident and congestion-prone areas and have deployed eight firemen and one supervisor, along with one fire engine each, to these two places.
"They will be on standby at the PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Yong Peng office and its Sedenak office," she said, adding that the team will be stationed there until Sunday (Feb 2).
She added that throughout the festive season, only a maximum of 30% of the department's workforce is allowed to take leave at any one time.
"I hope that the public will also do their part to ensure fire safety, including when handling fireworks.
"Since Chinese New Year coincides with the school holidays, many may also use this opportunity to go on vacation.
"My advice to the public is to avoid taking part in water-related activities owing to the ongoing monsoon season and unpredictable weather conditions," she said.
HULU SELANGOR: Sebuah ladang penternakan ayam pedaging di Batang Kali di sini, diarah tutup serta-merta Jumaat lalu, selepas gagal mengatasi kacau ganggu pencemaran bau tinja.
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata, pihaknya sebelum ini menerima aduan berhubung perkara terbabit daripada orang awam.
"Hasil siasatan menemukan longgokan tinja ayam yang banyak.
"Tinja ayam terbabit dikeluarkan daripada enam reban yang dikosongkan baru-baru ini apabila pengeluaran ayam pedaging dibuat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Untuk rekod sebelum arahan penutupan dilakukan, MPHS berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis arahan kepada pemilik ladang supaya menghapuskan kacau ganggu pencemaran bau, pada 10 Januari lalu.
Menurutnya, pemilik juga dinasihatkan agar menguruskan longgokan tinja ayam dengan betul selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa.
"Semasa pemantauan pada Sabtu lalu, didapati pemilik ladang masih gagal menghapuskan pencemaran bau selain melanggar arahan penutupan iaitu membawa masuk kira-kira 80 ribu anak-anak ayam baru ke dalam reban.
"Susulan kegagalan berterusan mematuhi arahan, maka MPHS mengeluarkan kompaun kerana kegagalan pemilik yang tidak mematuhi arahan," katanya.
Sehubungan itu, MPHS memanjangkan perkara itu kepada Jabatan yang bertanggungjawab memberi lesen unggas kepada ladang penternakan ayam pedaging.
"Semua pemilik diingatkan supaya mematuhi garis panduan pengurusan ladang ayam yang lestari khususnya berkaitan pengurusan tinja.
"Hal ini penting bagi mengelakkan berlakunya pencemaran bau yang boleh menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar serta bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar khususnya sumber air," katanya.