OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Malaysia puji tindakan pantas AHA Centre tangani kesan gempa bumi di Myanmar

Oleh BERNAMA

JAKARTA: Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, hari ini memuji tindakan pantas Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre) dalam menangani kesan gempa bumi yang melanda Myanmar pada hujung bulan lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia turut menyambut baik pengaktifan mekanisme tindak balas bawah Prosedur Operasi Standard bagi Pengaturan Siap Sedia Serantau dan Penyelarasan Bantuan Bencana Bersama dan Tindak Balas Kecemasan (SASOP) bagi memudahkan pergerakan aset serta sokongan serantau untuk bantuan kemanusiaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu berkata, penyelarasan yang pantas dan cekap berkenaan jelas membuktikan peranan penting AHA Centre dalam rangka kerja tindak balas bencana kolektif ASEAN.

"Perpaduan serantau yang ditunjukkan oleh semua negara anggota ASEAN melalui penempatan pasukan mencari dan menyelamat, bantuan kemanusiaan serta bekalan penting, jelas membuktikan semangat ASEAN yang kuat," katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke ibu pejabat Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia dan AHA Centre, di sini.
 

Gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu telah meragut sekurang-kurang 3,726 nyawa dan menyebabkan 5,105 orang cedera, manakala 129 lagi masih hilang setakat 18 April.

Gegaran turut dirasai negara berhampiran, termasuk Thailand.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan kepentingan menegakkan prinsip 'One ASEAN, One Response' sebagai komitmen yang melampaui retorik dan ia dizahirkan dalam tindakan bersama sebagai gabungan negara ASEAN dalam mendepani bencana.

Mengulas mengenai lawatan berkenaan, beliau menzahirkan perasaan kagum terhadap kesiapsiagaan BNPB.

Beliau sekali gus percaya banyak perkara boleh dipelajari oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menyelaras gerak kerja pengurusan kecemasan.

"Kita hanya ada satu (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia) SMART Team yang akan menangani semua jenis bencana, tetapi BNPP mempunyai SMART Team dalam semua sektor seperti kebakaran, banjir, gempa bumi, letusan gunung berapi dan kemalangan di laut," katanya.

Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan rasmi ke Indonesia selama tiga hari yang berakhir esok.

 
 

Hospital Medan Malaysia di Sagaing, Myanmar beroperasi secara rasmi

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengoperasikan Hospital Medan Malaysia (HMM) secara rasmi hari ini dalam Operasi Bantuan Kemanusiaan (Op Starlight III) di daerah Sagaing, Myanmar.

Markas ATM berkata, hospital berkenaan mula beroperasi jam 8.20 pagi waktu Myanmar (9.50 pagi waktu Malaysia) di daerah berkenaan yang juga antara kawasan paling terjejas akibat gempa bumi.

"HMM yang diuruskan Tim Op Starlight III adalah HMM Tahap Dua dengan kapasiti 20 katil, turut dilengkapi dengan kemudahan seperti wad, bilik pembedahan, unit rawatan rapi, radiologi, makmal dan menawarkan dua kepakaran iaitu pembedahan am dan ortopedik.

"HMM Tahap Dua berkeupayaan melaksanakan pelbagai bentuk rawatan kritikal termasuk prosedur pembedahan dan penjagaan pesakit secara menyeluruh.

"Antara keupayaan HMM Tahap Dua, termasuk pelaksanaan dua pembedahan secara serentak pada satu-satu masa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Markas Angkatan Tentera Malaysia berkata selain itu, HMM Tahap Dua Op Starlight III turut menyediakan perkhidmatan klinik pesakit luar di mana perkhidmatan ini dijangka menerima sekitar 80 ke 100 pesakit luar dari kalangan penduduk sekitar.

Katanya, perkhidmatan ini turut dibantu oleh tiga pegawai perubatan dari Hospital Sagaing.

"Ketua Menteri Wilayah Sagaing, Myint Naing dan Panglima Biro Operasi Khas bagi Wilayah Yangon, Leftenan Jeneral Thet Pon, turut hadir selepas pembukaan operasi HMM bagi menyatakan dukungan serta meninjau keperluan tambahan Tim Op Staight III," katanya.

Pada 19 April lalu, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing melawat persiapan pengoperasian HMM sebagai bukti pengiktirafan dan komitmen kerajaan Myanmar terhadap usaha Malaysia.

Sejak pembukaannya secara rasmi, HMM menerima aliran pesakit tanpa henti dari kawasan sekitar dan beberapa daripadanya dirujuk oleh Hospital Sagaing.

Tim Op Starlight III berjaya melaksanakan pembedahan pertama pada jam 10.30 pagi waktu Myanmar (12.00 tengah hari waktu Malaysia).

Penduduk tempatan yang hadir turut menyatakan penghargaan mereka terhadap usaha Malaysia menubuhkan HMM kerana ia memberi makna besar kepada mereka terjejas akibat bencana gempa bumi.

 

Benteng pecah burukkan keadaan

Usaha menyelenggara parit dan saliran di kawasan berisiko di daerah ini bagi mengatasi masalah banjir dilaksana berterusan, namun berdepan cabaran disebabkan cuaca tidak menentu.

Faktor terbabit juga yang mendorong banjir luar biasa dengan paras air naik mendadak terutama di Kampung Baharu, Sri Gading dan kawasan berdekatan, baru-baru ini.

Selain itu, benteng yang dibina di kawasan tambakan untuk pembangunan taman perumahan didakwa pecah, yang memburukkan lagi keadaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Raja, Rashidah Ramli mengakui masalah yang berlaku dan berkata, mesyuarat penyelarasan dianjur bagi mencari penyelesaian banjir yang membabitkan beberapa kampung.

Katanya, antara langkah jangka pendek dicapai dalam mesyuarat yang disertai wakil kerajaan negeri bersama jabatan dan agensi daerah, termasuk menambah mesin pam bagi menyedut air banjir.

“Segala butiran dan keperluan setempat untuk penyelesaian segera digerakkan termasuk penyelesaian jangka panjang.

“Usaha turut dijalankan dengan membersihkan saliran parit bermula di Lorong 1, Kampung Baharu sehingga Parit Karjo. Ini termasuk membersihkan sebarang halangan yang menyekat aliran air.

“Kami juga menggerakkan mesim pam di Sungai Senggarang,

dekat Parit Karjo, selain kawalan pintu air. Operasi mesin pam air masih diteruskan berdasarkan situasi semasa air pasang surut,” katanya.

Dalam pada itu, Rashidah berkata, kerja menggali sungai di Parit Karjo sepanjang lapan kilometer sudah dijalankan, disusuli sungai di Kampung Baharu.

Katanya, kerja mendalamkan sungai itu dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah sebagai antara langkah penyelesaian jangka panjang.

“Dua pam bergerak juga dipasang di Parit Sapran dan Parit Hj Hassan dengan setakat ini, keadaan semakin bertambah baik,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan berkata, isu banjir perlu diatasi segera menerusi pemasangan pam air berkuasa tinggi bagi mempercepatkan proses banjir surut.

Katanya, antara kampung yang terjejas termasuk Parit Karjo, Parit Baru, Parit Kaspan, Parit Bengkok dan Parit Samion.

“Sekiranya ada lebih banyak pam, air boleh disedut dan dialirkan keluar dengan lebih cepat. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu kampung yang dinaiki air supaya banjir surut lebih cepat.

“Masalah banjir ini berlaku hampir setiap kali hujan lebat dan air banjir surut terlalu perlahan kerana sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak.

“Saya sudah mengemukakan cadangan kepada pihak berkuasa supaya pam air dipasang di beberapa lokasi kritikal bagi mempercepatkan proses pengaliran keluar air banjir,” katanya.

‘Segera selesai isu banjir di Kelantan’

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menggesa Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan dan Sungai Golok dapat disegerakan bagi menyelesaikan isu banjir di negeri itu.

Sultan Muhammad V bertitah, baginda menekankan kepentingan penyelesaian segera terhadap isu banjir tahunan di Kelantan.

“Beta menggesa projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan dan Sungai Golok dapat disegerakan bagi semua fasa.

“Keutamaan harus diberikan kepada pembinaan Empangan Lebir yang menjadi keperluan mendesak dalam mengatasi isu banjir di Kelantan,” titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah demikian dalam Titah Ucapan Diraja ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan Ke-15 di Kota Darulnaim di sini, semalam.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan timbalannya, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan serta Speaker Dun Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Turut berangkat tiba, Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah. Dalam titah itu, baginda turut memandang serius isu keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand.

“Maka cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di kawasan Sungai Golok perlu dimuktamadkan dengan segera. “Beta juga menzahirkan rasa sukacita dengan hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Antara yang menjadi keutamaan ialah pembangunan infrastruktur membabitkan pelaksanaan projek penting yang diluluskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan Ke-12,” titah baginda.

Pada masa yang sama, baginda menyeru jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan yang terbabit dalam sektor pertanian tetap fokus kepada fungsi dan tugas utama masing-masing serta meningkatkan usaha bagi memastikan sekuriti makanan negeri dan negara terjamin.

Sultan Muhammad V berharap pihak kerajaan dan rakyat meneroka serta mendinamikkan tanaman berpotensi tinggi seperti kelapa dan durian sebagai sumber pendapatan dalam bidang pertanian.

“Selaras dengan Enakmen Pemajuan Pertanian Negeri Kelantan 2022, beta berharap sebuah pusat pengumpulan hasil pertanian Lojing dapat dibangunkan dengan segera.

“Tanpa langkah tegas untuk memperkukuhkan jenama hasil pertanian Lojing, Kelantan akan kehilangan peluang daripada segi hasil, pelaburan dan pembangunan ekonomi.

“Dengan strategi penjenamaan, infrastruktur yang baik dan pematuhan undang-undang, Kelantan berpotensi mengukuhkan jajahan kecil Lojing sebagai pusat pertanian berdaya saing di Malaysia,” titah baginda.

Concern over potential impact of regional quakes

PETALING JAYA: With 398 high-rise buildings over 150m tall in Malaysia, experts are raising concerns that many of these structures may not be adequately designed to withstand the increasing threat of regional earthquakes.

According to the Council on Tall Buildings and Urban Habitat, Malaysia, now in fourth place, trails China, the United States and the United Arab Emirates in the number of skyscrapers exceeding 150m.

Although the country has long been regarded as low-risk for seismic activity, structural engineers argue that this perception is outdated, especially as tremors from nearby countries such as Indonesia and Myanmar grow more frequent and intense.

Universiti Teknologi Malaysia structural earthquake engineering expert Prof Dr Azlan Adnan said tremors in Sabah and along fault lines in Peninsular Malaysia indicate that the country now lies in a low to moderate seismic zone.
 
“With the growing number of high-rise buildings, particularly in urban areas like Kuala Lumpur and Penang, the potential impact of even distant earthquakes becomes a real concern.”
 
Azlan pointed out that newer public buildings in Malaysia, constructed after it adopted in 2017 Eurocode 8 (European standard for seismic-resistant design), are generally better equipped.
 
However, many older and privately developed high-rises remain vulnerable to significant seismic risks.
 
“One of the key issues is inconsistent enforcement. Eurocode 8 offers a strong framework, but it’s often overlooked unless required by authorities or foreign consultants.

“Some developers still cut corners. Without strict enforcement, seismic safety becomes a matter of individual discretion.”

He warned that buildings constructed on soft soil, common in parts of the Klang Valley, are particularly at risk, as tremors from major quakes in Indonesia or Myanmar can be amplified in such conditions.

The recent earthquake in Myanmar, which caused tremors as far away as Bangkok, has reignited concerns about Malaysia’s exposure to regional seismic activity.

Azlan said retrofitting vulnerable buildings is not only possible but necessary, especially for hospitals, schools and densely occupied residential towers.

“It’s technically feasible, but the cost and complexity often discourage building owners.

“What we need is a nationwide assessment and retrofitting programme to identify and strengthen these at-risk structures.”

Universiti Malaya senior lecturer Assoc Prof Dr Tan Chee Ghuan echoed similar concerns, particularly regarding high-rises built before seismic design became standard practice.
 

“There’s no official definition of a high-rise in our building codes, but once a building exceeds 10 storeys or around 35m, it starts to respond differently to forces.

“At those heights, wind and seismic loads become dominant, and with soft soil conditions in places like the Klang Valley, the shaking can be much worse,” said Tan, who is also a structural earthquake engineering expert.

He said seismic waves from distant earthquakes can travel over 1,000km and still cause significant shaking due to soil amplification.

“While landmark towers like KLCC Twin Towers, Merdeka 118 and The Exchange 106 were designed with seismic forces in mind, many typical residential towers were not. They may withstand wind, but earthquakes are a different issue.”

Tan underscored the urgent need to retrofit older buildings, noting that many were constructed before seismic considerations were included in the design process.

He added that while effective materials such as reinforced concrete jackets, steel bracing and fibre-reinforced polymer composites are available, their use in Malaysia remains limited to specialised or large-scale projects.

“Cost is part of the challenge, but perception is another. Too many still believe Malaysia is immune to earthquakes. That mindset has to change.” Azlan added that true resilience goes beyond engineering.

“Earthquake preparedness isn’t just about concrete and steel, it’s about people, planning, and systems working together. Taking action now will not only reduce risks in the future but also build a safer, more resilient Malaysia.”

 

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search