KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 1,054 penduduk daripada 355 keluarga, setakat jam 11 malam tadi.
Ia berbanding 845 penduduk daripada 276 keluarga, petang tadi.
Mereka kini ditempatkan di dua daerah di 10 pusat pemindahan sementara (PPS).
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri menerusi kenyataan memaklumkan, daerah Pitas kekal mencatat angka tertinggi iaitu seramai 993 mangsa daripada 338 keluarga dan kini ditempatkan di tujuh PPS.
“Bagaimanapun, Paitan pula mencatatkan bilangan mangsa banjir sama dengan statistik petang tadi iaitu seramai 61 mangsa daripada 17 keluarga.
“Semua penduduk terjejas di daerah itu ditempatkan di tiga PPS,” katanya.
Sementara itu, APM dalam kenyataan sama turut memaklumkan semua PPS membabitkan daerah Kota Marudu ditutup jam 1.20 tengah hari tadi.
Menurutnya, sebanyak 20 kawasan terbabit banjir di Pitas, manakala daerah Paitan membabitkan tiga kampung secara keseluruhannya.
10,000 terjejas, 16 jalan tenggelam
- Admin UKK
- Berita
Kira-kira 10,000 penduduk di Pitas di utara Sabah terjejas akibat banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan di daerah itu dengan seramai 213 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 9 malam kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas, Asdi@Mohd Faizal Hussin berkata, anggaran setakat itu membabitkan kampung terkurung, terjejas dan jalan raya tidak dapat dilalui.
Katanya, ia membabitkan kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pitas dan Dun Bengkoka dengan empat pusat penempatan sementara (PPS) sudah dibuka sehingga kini.
Empat PPS terbabit katanya ialah Dewan Kusilad, Dewan Sekolah Kebangsaan
(SK) Pekan II, SK Salimpodon Darat dan Balai Raya Kampung Lugu.
“Setakat ini, seramai 38 keluarga dengan 106 mangsa membabitkan 15 lelaki, 36 wanita, 30 kanak-kanak lelaki, 21 kanak kanak perempuan, tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan ditempatkan di PPS SK Pekan II.
“Selain itu, 21 keluarga dengan 47 mangsa membabitkan 10 lelaki dewasa, 24 wanita, lima kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dipindahkan di PPS SK Salimpodon Darat.
“Setakat jam 9 malam tadi juga, seramai 21 keluarga
membabitkan 66 mangsa dipindahkan di Balai Raya Kampung Lugu, masing-masing 29 lelaki, 25 wanita, masing-masing lima
kanak-kanak lelaki dan perempuan serta dua bayi perempuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Setakat ini, katanya banjir di daerah itu menyebabkan 16 jalan tenggelam dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan iaitu Jalan Kampung Manduring Laut,
Jalan Salungkapit, Jalan Dandun Seberang, Jalan Bilangau Besar, Jalan Dandun Pusat dan Jalan Dandun Laut.
Selebihnya ialah Jalan Dandun Darat, Jalan Kampung Masin, Jalan Layung, Jalan Rukom, Jalan Sulakalung, Jalan Sinukab, Jalan Pangkalan Kanibongan, Jalan Pandai Mandamai, Jalan Kampung Kusilad dan Jalan Kampung Layang.
Asdi berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pitas turut mengesahkan dua sekolah terkesan iaitu SK Nibang dan SK Pandai Mandamai.
Katanya, sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang terdiri pelbagai agensi serta jabatan dan sudah diaktifkan 24 jam, atau menerusi talian 088-615655.
Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri meningkat kepada lebih 1,800 orang setakat 5.30 petang semalam.
Menurut laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat, di Sabah, sebanyak lapan PPS dibuka di tiga daerah terbabit dengan 1,695 dari 441 keluarga.
Jumlah itu meningkat berbanding 862 mangsa pagi semalam yang terjejas di Pitas, Paitan dan Kota Marudu.
Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia mengatakan sebanyak 16 jalan terjejas dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan, manakala Pejabat Pendidikan Daerah Pitas mengesahkan dua sekolah yang terkesan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nibang dan SK Pandai Mandamai.
Di Terengganu ada 71 mangsa banjir dari 21 keluarga ditempatkan di dua PPS di Chukai dan Paka.
Sementara itu, di Pahang 32 mangsa banjir di Raub membabitkan 13 keluarga kekal ditempatkan di PPS SK Ulu Sungai pagi semalam.
Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan empat sungai melebihi tahap waspada iaitu Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong Rompin; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan
Setakat 6 petang semalam, 51 mangsa banjir dari 16 keluarga masih ditempatkan di satu PPS, manakala di Sarawak terdapat 37 mangsa banjir di satu PPS.
RANAU: Sebuah homestay di Kundasang, di sini, ranap akibat tanah runtuh berikutan hujan lebat, hari ini.
Kejadian berlaku jam 5.30 petang bagaimanapun tidak membabitkan kehilangan nyawa berikutan tiada penghuni ketika kejadian berlaku.
"Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan pasukan bomba mengambil tindakan memantau keadaan.
"Pasukan bomba turut menasihatkan penduduk di sekitar untuk berpindah ke tempat selamat," katanya.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ranau turut berada di lokasi kejadian.
KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat jam 8 malam ini.
Di PAHANG, satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai, Raub yang menempatkan 32 mangsa daripada 13 keluarga ditutup jam 12 tengah hari tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub memaklumkan kesemua penduduk Kampung Ulu Sungai, Batu Malim yang terjejas sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di SABAH meningkat malam ini kepada 1,054 mangsa daripada 355 keluarga, berbanding 862 mangsa daripada 282 keluarga pagi tadi.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai 993 mangsa daripada 338 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di Pitas, manakala Paitan kekal 61 mangsa daripada 17 keluarga berlindung di tiga PPS.
"17 mangsa daripada enam keluarga yang sebelum ini ditempatkan di sebuah PPS di Kota Marudu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Tiada hujan turun malam ini di daerah Pitas dan Paitan,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan Sungai Kabatasan dan Sungai Bengkoka di Pitas telah melebihi paras bahaya pada bacaan jam 1 tengah hari tadi. - Bernama