Storm warning: Thunderstorms, heavy rain expected over nine states, two FTs until 7pm
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA: Thunderstorms, heavy rain and strong winds are expected over parts of nine states and the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya until 7pm Saturday (Jan 18).
In an advisory issued by the Meteorological Department at S.40pm Saturday, it said the areas affected include Kedah (Baling), Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang and Muallim), Terengganu (Besut and Setiu), Pahang (Bentong, Bera, and Rompin), Selangor, Negri Sembilan, Melaka and Johor (Tangkak, Segamat, Muar and Batu Pahat).
10,000 penduduk Pitas terjejas banjir
- Admin UKK
- Berita
KOTA KINABALU: Kira-kira 10,000 penduduk di Pitas, di utara Sabah terjejas akibat banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan di daerah itu dengan seramai 213 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 9 malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas, Asdi @ Mohd Faizal Hussin, berkata anggaran setakat itu membabitkan kampung yang terkurung, terjejas dan tidak jalan raya tidak dapat dilalui.
Katanya, ia membabitkan kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas dan DUN Bengkoka dengan empat pusat penempatan sementara (PPS) sudah dibuka setakat jam 9 malam tadi.
Empat PPS terbabit, katanya ialah Dewan Kusilad, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan II, SK Salimpodon Darat dan Balai Raya Kampung Lugu.
“Setakat ini, seramai 38 keluarga dengan 106 mangsa membabitkan 15 lelaki, 36 wanita, 30 kanak-kanak lelaki, 21 kanak kanak perempuan, tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan ditempatkan di PPS SK Pekan II.
“Selain itu, 21 keluarga dengan 47 mangsa membabitkan 10 lelaki dewasa, 24 wanita, lima kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dipindahkan di PPS SK Salimpodon Darat.
“Setakat jam 9 malam tadi juga, seramai 21 keluarga membabitkan seramai 66 mangsa dipindahkan di Balai Raya Kampung Lugu, masing-masing 29 lelaki, 25 wanita, masing-masing lima kanak-kanak lelaki dan perempuan serta dua bayi perempuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Setakat ini, katanya banjir di daerah itu menyebabkan 16 batang jalan tenggelam dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan setakat malam tadi iaitu Jalan Kampung Manduring Laut, Jalan Salungkapit, Jalan Dandun Seberang, Jalan Bilangau Besar, Jalan Dandun Pusat dan Jalan Dandun Laut.
Selebihnya ialah Jalan Dandun Darat, Jalan Kampung Masin, Jalan Layung, Jalan Rukom, Jalan Sulakalung, Jalan Sinukab, Jalan Pangkalan Kanibongan, Jalan Pandai Mandamai, Jalan Kampung Kusilad dan Jalan Kampug Layang.
Asdi berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pitas turut mengesahkan dua sekolah terkesan akibat banjir setakat ini iaitu SK Nibang dan SK Pandai Mandamai.
Sementara itu, katanya JPBD juga giat meningkatkan kesedaran mengenai langkah keselamatan menghadapi banjir menerusi kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Pitas dengan menyebar luas maklumat terkini melalui media sosial kepada ahli Komuniti Madani dan masyarakat.
“Masyarakat Pitas dinasihatkan agar sentiasa peka dan berwaspada terhadap keadaan semasa. Sekiranya perlu dipindahkan maka arahan pemindahan perlu dipatuhi.
“Selain itu, masyarakat juga perlu memantau anak-anak agar tidak bermain air ketika musim banjir serta memastikan dokumen penting dibawa bersama semasa berpindah ke PPS,” katanya.
Katanya, sebarang pertanyaan lanjut mengenai banjir boleh diperolehi dengan menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang dianggotai pelbagai agensi serta jabatan dan sudah diaktifkan 24 jam di Bangunan Urusetia Pitas, Pejabat Daerah Pitas, Blok A, Tingkat 1 atau menerusi talian 088-615655.
Banjir melanda daerah ini berikutan limpahan air Sungai Kabatasan dan Sungai Bengkoka yang masing-masing mencatat 4.57 meter dan 2.69 meter, iaitu melebihi paras bahaya setakat jam 9 malam tadi.
Mangsa banjir di Sabah meningkat
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat, sementara situasi di Pahang kekal setakat awal pagi tadi.
Situasi terkini di Sabah menunjukkan dua daerah baharu terjejas banjir iaitu Pitas dan Paitan, yang mencatatkan lonjakan mendadak kepada 862 mangsa daripada 282 keluarga.
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pitas mencatatkan bilangan mangsa tertinggi, dengan 784 mangsa daripada 259 keluarga ditempatkan di tujuh PPS, manakala Paitan melibatkan 61 mangsa dari 17 keluarga di tiga PPS.
Banjir turut melibatkan 19 kawasan di Pitas, tiga kampung di Paitan, dan dua kampung di Kota Marudu.
Pengerusi JPBD Pitas, Asdi@Mohd Faizal Husin, berkata operasi menyelamat tertangguh akibat jalan yang tidak boleh dilalui.
Sekolah yang terjejas di Pitas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Nibang dan SK Pandai Mandamai.
Sementara di Pahang, seramai 32 mangsa banjir dari 13 keluarga di Raub masih berlindung di PPS SK Ulu Sungai.
Pada masa sama, empat sungai di negeri itu turut mencatatkan paras melebihi tahap waspada, iaitu Sungai Dong, Sungai Keratong, Sungai Pahang, dan Sungai Belat.
Tuaran: Penduduk Kampung Tambalugu, di sini, hidup dalam kebimbangan apabila kediaman mereka digenangi air berpanjangan akibat limpahan dari Loji Penapisan Air Telibong Dua, yang didakwa berlaku sejak lebih sedekad lalu.
Keadaan semakin memburuk sejak kebelakangan ini, dengan paras air meningkat ketara terutama ketika hujan lebat, menyebabkan beberapa rumah penduduk terjejas teruk akibat limpahan air yang tidak pernah kering.
Tinjauan mendapati empat rumah penduduk dikenal pasti berada dalam keadaan kritikal, manakala beberapa bidang tanah pertanian tidak lagi boleh diusahakan.
Wakil penduduk, Stanley Jungkat, 62, berkata, masalah itu berpunca daripada ketiadaan sistem perparitan untuk mengalirkan air ke sungai berhampiran, sehingga menyebabkan tanah menjadi lembap dan tapak rumah berisiko mendap.
"Kejadian itu menyebabkan ada rumah penduduk terbabit mengalami mendapan dan berisiko roboh apabila tapak kediaman menjadi lembut.
"Permasalahan itu sudah kerap kali disuarakan penduduk terjejas kepada pihak berkaitan, namun tiada tindakan diambil menanganinya sehingga kini," katanya ketika ditemui.
Beliau berkata, kebun buah-buahan milik penduduk yang sebelum ini menjadi punca pendapatan turut rosak teruk akibat air bertakung, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi penduduk.
Stanley berkata, hidup penduduk yang dahulunya selesa berubah menjadi tidak menyenangkan, dengan ancaman risiko rumah roboh dan kehidupan dalam persekitaran air bertakung yang berterusan.
Sehubungan itu, beliau berharap Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, dapat campur tangan sebelum kejadian lebih buruk berlaku dan sukar ditangani.
Dalam perkembangan berkaitan, Madius memberi jaminan akan turun padang melihat sendiri masalah dihadapi penduduk Tambalugu dalam waktu terdekat.
Katanya, antara pendekatan yang akan dicadangkan kepada kerajaan ialah memindahkan penduduk Tambalugu ke lokasi baharu sebagai jalan penyelesaian jangka panjang.
KOTA BHARU - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempercepatkan proses tuntutan insurans pemilik rumah bumbung rosak kerana dipukul ribut di Kampung Danan, Pasir Puteh.
SPNB dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya mengadakan lawatan tapak pada 5 Jun tahun lalu bagi menilai tahap kerosakan yang dialami bagi tujuan proses tuntutan insurans oleh pemilik Rumah Mesra Rakyat, Norazizah Tuan Mat Zin, 50.
SPNB Cawangan negeri Kelantan menerima aduan pada 4 Jun tahun lalu daripada suami pemilik, Wan Rozee Wan Abd Rahman, 49, berkenaan kerosakan rumah akibat ribut di Pasir Putih pada 31 Mei 2024.
“Kami bersimpati dengan pemilik atas bencana yang menimpa kediamannya.
“SPNB amat prihatin terhadap isu ini dan komited untuk mempercepatkan proses tuntutan insurans agar pemilik rumah dapat menggunakan pampasan yang diperolehi bagi kerja-kerja pembaikan kediaman mereka,” kata kenyataan itu.
Kata kenyataan itu lagi, SPNB menegaskan komitmen syarikat dalam memastikan hak pemilik RMR di seluruh negara tidak dinafikan, khususnya berkaitan dengan isu tuntutan insurans.
“SPNB sentiasa mengutamakan kepentingan dan hak para pemilik RMR serta berusaha menangani setiap aduan dengan teliti, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
“Kami akan terus memastikan setiap aduan diberi perhatian sewajarnya serta diselesaikan dengan sebaik mungkin,” ujar kenyataan itu.
Sebelum ini, akhbar melaporkan, empat sekeluarga berkenaan terpaksa menumpang di rumah saudara sejak tujuh bulan lalu kerana tidak mampu membaiki sendiri bumbung rumah RMR SPNB yang rosak, dianggarkan menelan kos RM38,000.