OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

Majlis Serahan Kompleks Tandas dan Tangki Air bagi Pembekalan Air Bersih PPS Premis Milik KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, Pasir Mas, Kelantan | 9 Ogos 2025
 
Telah berlangsung Majlis Serahan Kompleks Tandas dan Tangki Air bagi Pembekalan Air Bersih Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Premis Milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, Pasir Mas, Kelantan yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha KPM bersama YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA dan turut dihadiri oleh Ir. Sulaiman Kamari, Pengarah Seksyen Teknikal & Infratruktur (STI), En Zulkeflee Yusof, Ketua Penolong Pengarah STI serta Pegawai-Pegawai Kanan KPM, JPBN, JPBD, JPN, JKM PPD dan lain-lain jabatan.
 
Program pembinaan baharu kompleks tandas & penyediaan tangki bagi pembekalan air bersih di PPS aktif terutamanya di premis milik KPM adalah hasil dari keputusan Jemaah Menteri yang bersetuju bahawa NADMA perlu memberi perhatian serius isu berkaitan fasiliti tandas dan bilik air berserta keperluan air bersih yang merupakan masalah besar sering berlaku di PPS.
 
YBhg. Dato’ KSU KPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada NADMA di atas inisiatif murni dalam penyediakan peruntukan bagi menyediakan kemudahan tersebut terutamanya di PPS milik KPM dan berharap inisiatif ini akan diperluas ke seluruh negara kepada PPS milik KPM yang aktif. KPM menyokong usaha murni tersebut dan percaya bahawa pelaksanaan projek ini mampu meningkatkan kesejahteraan penghuni PPS ketika bencana tetapi kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah ketika PPS tidak diaktifkan.
Previous Next

INSARAG Asia Pacific Regional Meeting 2025 | 7 & 8 Ogos 2025 | Tokyo, Jepun
 
Telah berlangsung Mesyuarat INSARAG Serantau Asia Pasifik (AP) 2025 yang bertempat di Keio Plaza Hotel Tokyo, Jepun. Malaysia telah diwakili oleh Encik Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi dan DSP. Safrizan Suhaini daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). Penyertaan ini melengkapi kehadiran Malaysia di samping negara-negara ahli INSARAG Rantau Asia Pasifik ke mesyuarat tahunan yang dihoskan bersama oleh Jepun selaku Pengerusi INSARAG AP 2025 dan UNOCHA Regional Office.
 
Antara pengisian mesyuarat pada kali ini ialah perbincangan AP Regional Work Plan 2026 selari dengan INSARAG Strategic Plan 2021-2026; perkongsian pengalaman aturgerak Pasukan USAR ke operasi bencana 2024/2025 termasuk Papua New Guinea, Vanuatu dan Myanmar serta perbincangan dalam kumpulan mengikut topik seperti penyetempatan (localization) dan pembangunan kapasiti. Wakil Malaysia iaitu DSP Safrizan Suhaini turut terlibat sebagai salah seorang pemudahcara ketika aktiviti perbincangan berkumpulan.
Previous Next

Kunjungan Hormat Anley Holding (Group) Co., Ltd kepada Ketua Pengarah NADMA | 8 Ogos 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menerima kunjungan hormat daripada syarikat Anley Holding (Group) Co., Ltd yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Penasihat Pembangunan Perniagaan Antarabangsa.
 
Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan peluang kerjasama bagi penggunaan peralatan teknologi tinggi berasaskan kecerdasan buatan (AI) NADMA dalam operasi pengurusan bencana. Pihak syarikat juga memperkenalkan teknologi amaran cuaca serta mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan AI.
 
Kunjungan hormat ini turut disertai Gordon Lee, Pengarah Urusan Anley International; Max Xu, Pengerusi Zhong Miao Safety Technology (Jiangsu) Co., Ltd; Prof. Kevan Xing, Penasihat Zhong Miao Safety Technology (Jiangsu) Co., Ltd; Li Yan Hua, Pegawai Syarikat dan Prof. Matthew Lau, Penterjemah.
 
Manakala pihak NADMA dihadiri oleh Datuk Dr. Abdul Gapar Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi); Rosnadi Majid, Pengarah (Pusat Kawalan Bencana Negara); Zurriyati Ya’kub, Ketua Penolong Pengarah (ICT); Shanmugam Gopalan, Penolong Pengarah Kanan (Seksyen Penyelarasan Operasi) dan Mejar Mohd Izuddin Mat Hassan, Pemangku Komander (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia).
Previous Next

Program Asean Committee on Disaster Management (ACDM): Mesyuarat Ke-10 ACDM Working Group on Preparedness, Response and Recovery (WG On PRR) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan serta Aktiviti-Aktiviti di bawah WG On PRR | 5 hingga 7 Ogos 2025 | Pulau Langkawi, Kedah
 
Telah berlangsung program ACDM di bawah Working Group on Preparedness, Response and Recovery (WG On PRR) yang dipengerusikan oleh Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar NADMA selaku wakil National Disaster Management Organization (NDMO) Malaysia bersama dengan wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar. WG on PRR merupakan salah satu kumpulan kerja di bawah ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) yang berperanan penting dalam menyelaras usaha serantau berkaitan kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan bencana.
 
Kumpulan kerja ini dipengerusikan bersama oleh Malaysia, Myanmar dan Singapura. Fokus utama WG on PRR adalah memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara anggota ASEAN terhadap bencana, meningkatkan keberkesanan tindak balas sewaktu kejadian bencana serta memastikan proses pemulihan pasca bencana dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Selaras dengan ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) dan AADMER Work Programme, kumpulan kerja ini juga berperanan membangunkan pelan, garis panduan dan strategi serantau bagi mengurangkan risiko serta kesan bencana.
 
Mesyuarat WG on PRR kali ini merupakan mesyuarat terakhir bagi kitaran semasa AADMER Work Programme 2021–2025, sebelum memasuki fasa baharu program kerja seterusnya. Penganjuran program ini dilaksanakan oleh AHA Centre selaku penganjur utama, manakala NADMA bertindak sebagai tuan rumah bagi mesyuarat kali ini. Program ini telah dihadiri oleh ahli-ahli kumpulan kerja iaitu NDMO dari Brunei, Filipina, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor-Leste selaku pemerhati selain turut disertai oleh Sekretariat ASEAN dan AHA Centre. Turut hadir ialah wakil daripada Mission of Japan to ASEAN serta Japan-ASEAN Integrated Fund (JAIF) Management Team.
 
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai NADMA yang terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah (Logistik), Ketua Penolong Pengarah (Mitigasi), Penolong Pengarah Kanan I dan II (Dasar) dan Penolong Pengarah (Operasi) selaku wakil Malaysia untuk mesyuarat dan program yang berkaitan.
Previous Next

Kunjungan Hormat Mitracorp Resources Sdn. Bhd. kepada Ketua Pengarah NADMA | 7 Ogos 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menerima kunjungan hormat daripada Mitracorp Resources Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Pengarah Syarikat, Ts. Zakir Yusoff. Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan pelbagai isu berkaitan ICT bagi menambah baik perkhidmatan sedia ada syarikat kepada NADMA.
 
Kunjungan hormat ini turut disertai Zerajmahal Biansing, Ketua Teknikal dan Siti Aishah Aminuddin, Ketua Operasi. Manakala pihak NADMA, dihadiri oleh Mohamed Azriza Abdul Karim, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Ts. Abrar Noor Akramin Kamarudin, Seksyen Teknologi Maklumat.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search