OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jalan di kawasan tumpuan banjir Kelantan diselenggara

Jalan di kawasan tumpuan banjir Kelantan diselenggara

KOTA BHARU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di kawasan berisiko tinggi banjir sebagai langkah awal menghadapi musim tengkujuh.

Pengarahnya, Nik Soh Yaacoub berkata, lima arahan kerja telah dikeluarkan melibatkan laluan utama di beberapa daerah yang dikenal pasti sebagai ‘titik panas’ banjir saban tahun.

Katanya, kerja-kerja penyelenggaraan yang meliputi laluan Persekutuan dan negeri itu mendapat kerjasama dari dua syarikat konsesi  dilantik.

“Langkah ini  bagi memastikan rangkaian jalan raya kekal selamat dan boleh digunakan sepanjang musim hujan.

“Persediaan kali ini dilaksanakan lebih teratur dan menyeluruh. Setiap JKR jajahan telah digerakkan untuk memantapkan kekuatan logistik dan keanggotaan, agar bersedia bertindak pantas apabila banjir melanda,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Kembara Merdeka JKR Kelantan 2025 di Ibu Pejabat JKR Kelantan, di sini hari ini. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search