OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

Bengkel Pengurusan Bencana Daerah Gombak Tahun 2025 | 28 Julai 2025 | Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong
 
Telah berlangsung Bengkel Pengurusan Bencana Daerah Gombak Tahun 2025 yang bertujuan untuk menambah pengetahuan pengurusan bencana secara bersepadu dan sebagai panduan bagi memastikan komunikasi yang berkesan di peringkat KKM termasuk agensi di dalam dan luar negara. Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah dijemput bagi menyampaikan taklimat berkenaan ‘Arahan NADMA No. 1’.
Previous Next

Bengkel Emergency Response Kejadian Wabak dan Bencana bagi Pasukan Rapid Assessment Team (RAT), Rapid Response Team (RRT) dan Medical Assessment Team (MAT) Peringkat Pejabat Kesihatan Titiwangsa Tahun 2025 | 28 Julai 2025 | Klinik Kesihatan, Kuala Lumpur
 
Telah berlangsung Bengkel Emergency Response Kejadian Wabak dan Bencana yang bertujuan untuk melatih pegawai di lapangan termasuk di Klinik Kesihatan dan Klinik Komuniti dalam usaha mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam kesiapsiagaan dan respons menghadapi sebarang wabak dan bencana.
 
Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah dijemput bagi menyampaikan taklimat berkenaan 'Mekanisme Pengurusan Bencana di Malaysia'.
Previous Next

Bengkel Migrasi Fail ke arah Pelaksanaan Sistem DDMS 2.0 | 25 hingga 27 Julai 2025 | Geno Hotel, Shah Alam
 
Telah berlangsung Bengkel Migrasi Fail ke arah Pelaksanaan Sistem DDMS 2.0 yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan serta latihan kepada para peserta berkaitan proses migrasi fail, proses analisa dan pemetaan daripada kod lama kepada kod baharu.
 
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj. Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA dan dihadiri oleh seorang penceramah dan dua orang fasilitator daripada Arkib Negara Malaysia. Seramai 37 orang peserta termasuk pegawai dari setiap seksyen, pembantu tadbir, setiausaha pejabat dan pemandu yang telah hadir ke bengkel ini. Tahniah diucapkan kepada para peserta kerana telah memberikan komitmen, kesepakatan dan kerjasama yang padu sepanjang bengkel ini.
Previous Next

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah METMalaysia atas Ketua Pengarah NADMA | 25 Julai 2025 | Ibu Pejabat NADMA
 
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), YBrs. Dr Mohd Hisham Mohd Anip telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah bertempat di Pejabat Ketua Pengarah, Aras 7.
 
Dr. Fariza bin Yunus, Pengarah Kanan, Pusat Meteorologi Penerbangan Nasional, En. Maqrun Fadzli Mohd Fahmi, Pengarah Kanan Pusat, Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional serta beberapa orang pegawai kanan MET Malaysia lain turut hadir mengiringi.
 
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan bagi memperkukuh dan mengerat kerjasama antara NADMA dan MET Malaysia terutamanya dalam aspek pengurusan bencana. Antara perkara yang dibincangkan ialah, penyelarasan siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia, penglibatan NADMA dalam Forum Iklim Kebangsaan (FIK) anjuran MET Malaysia, dan kerjasama MET Malaysia-NADMA dalam World Meteorology Organization.
 
Secara prinsipnya, Datuk Abdul Halim bin Hamzah amat berbesar hati dengan setiap cadangan dan pandangan yang telah diutarakan. NADMA sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dalam pelbagai bentuk memandangkan MET Malaysia merupakan salah satu agensi teknikal yang amat besar peranannya dalam pengurusan bencana di Malaysia.
 
Turut hadir dari pihak NADMA, YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Encik Rusli Bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan, Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Ir. Sulaiman bin Kamari, Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur dan Encik Rosnadi bin Majid, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara.
Previous Next

Asean Regional Disaster Emergency Response Simulation Exercise 2025 (ARDEX25) | 21 hingga 25 Julai 2025 | Phnom Penh, Cambodia
 
Penyertaan pegawai NADMA dan Pasukan SMART ke latih amal ini telah mencapai objektifnya dalam memenuhi obligasi negara di peringkat ASEAN berdasarkan bentuk bantuan yang telah dipersetujui oleh setiap negara dalam AJDRP Standby Arrangement (Malaysia- Pasukan USAR); serta menguji pengetahuan dan kefahaman pegawai NADMA dalam mekanisme tindak balas /bantuan bencana serantau.
 
Pada masa yang sama, penyertaan ini bukan sahaja memberi mata kredit kepada Pasukan SMART untuk IER 2026, malahan juga merealisasikan langkah NADMA dalam rangka mempromosi keupayaan teknikal dan taktikal SMART kepada negara ASEAN lain dan menjadi aktiviti yang menyokong kepengerusian ASEAN pada tahun 2025 ini.
 
ARDEX 2027 yang bakal diadakan di Singapura, mensasarkan penglibatan aktif pegawai NADMA dan SMART seumpama ARDEX25, dengan penambahan penyertaan komponen bantuan bencana lain seperti Emergency Medical Team (EMT) daripada KKM dan WHO-certified EMT dari Mercy Malaysia, serta pasukan bantuan bencana ATM.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search