OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

Asean Regional Disaster Emergency Response Simulation Exercise 2025 (ARDEX25) | 21 hingga 25 Julai 2025 | Phnom Penh, Cambodia
 
Program latih amal bencana peringkat ASEAN ini diadakan secara dwitahunan, dianjurkan secara bersama oleh Sekretariat ASEAN, AHA Centre dan the National Committee for Disaster Management of the Kingdom of Cambodia (NCDM).
 
Setiap 2 tahun, semua 10 negara anggota ASEAN selaku ahli ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) akan mengambil bahagian dalam latih amal bantuan bencana serantau yang diadakan secara fizikal untuk menguji instrumen ASEAN dalam menghadapi bencana berskala besar termasuk pelan kontigensi ASEAN Joint Disaster Response Plan (AJDRP), prosedur standard pengurusan bantuan bencana serantau - Standby Arrangement SOP (SASOP) dan mekanisme tindak balas serantau dan antarabangsa dalam 3 kaedah latih amal - Table Top Exercise (TTX), Field Training Exercise (FTX) dan Command Post Exercise (CPX).
 
Penglibatan Malaysia dalam program latih amal ini sebagai mematuhi Perjanjian ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) yang menuntut semua negara anggota mengambil bahagian dan terlibat dalam menguji kesiapsiagaan ASEAN dalam tindak balas bencana serantau berdasarkan prinsip ‘One ASEAN One Response’.
Previous Next

Program Perkongsian Kumpulan Kajian Sistem Commcity sebagai Mekanisma Pengurusan Bencana oleh Konsortium Rakan NADMA – USM
 
25 Julai 2025 - Telah berlangsung program Perkongsian Kumpulan Kajian Sistem Commcity Konsortium Rakan NADMA - USM. Antara perkongsian yang dibentangkan iaitu prototaip Pengurusan Risiko Bencana yang berpotensi untuk kegunaan komuniti di lapangan berfokuskan akses, parkir dan info bencana. Prototaip ini juga berpotensi untuk menjadi sub modul myibjkm.
Previous Next

Pemakluman Penempatan Pegawai Bertukar Masuk ke NADMA

 

Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Encik Abdul Aziz bin Mahamad Zabidin , Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M12 yang ditempatkan sebagai Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial, Bahagian Pengurusan Pasca Bencana mulai 18 Julai 2025.

Previous Next

Kunjungan Hormat oleh High Commission of India ke NADMA | 23 Julai 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Telah berlangsung sesi kunjungan hormat oleh High Commission of India (HCI) yang diwakili oleh Mrs. J. Rocheus Sukanya, Kaunselor (Politik) HCI yang diadakan di Bilik Mesyuarat Lubuk Paku, Aras 7, Ibu Pejabat NADMA. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan mewakili YBhg. Datuk Timbalan Ketua Pengarah (Dasar).
 
Dalam sesi ini, Mrs. J. Rocheus Sukanya telah berkongsi mengenai sistem amaran awal yang telah dibangunkan oleh Kerajaan India, di bawah Ministry of Telecommunication of India, iaitu C-DOT Cell Broadcast Solution. Sistem ini menyediakan amaran dalam masa nyata (real-time delivery warning) yang mengguna pakai teknologi penyiaran sel (cell broadcast) sebagai satu usaha mengurangkan risiko bencana.
 
Sistem ini telah berada dalam fasa awal pelaksanaan di India dan merupakan penyelesaian menyeluruh untuk amaran kecemasan berbilang bahasa yang disasarkan kepada berjuta-juta telefon mudah alih dalam beberapa saat. Proses penyampaian maklumat bencana melalui sistem ini melibatkan integrasi automatik antara platform penyebaran amaran kecemasan kerajaan dan rangkaian telekomunikasi di India bagi memastikan penyampaian maklumat segera kepada rakyat yang terjejas.
 
Selain itu, beliau turut berkongsi mengenai CAP-Integrated Alert System iaitu satu sistem yang turut dibangunkan oleh Kerajaan India bagi membolehkan pihak berkuasa pengurusan bencana menghantar amaran bencana dalam bentuk multimedia secara automatik kepada rakyat melalui SMS, siaran sel (cell broadcast), televisyen, radio dan media sosial. Sistem ini melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk mengurangkan jurang komunikasi dan menggunakan teknologi satelit untuk memastikan komunikasi yang berkesan serta capaian hingga ke peringkat terakhir.
Previous Next

Sesi Libat Urus NADMA bersama Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2025: Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Bencana NADMA | 22 Julai 2025 | Bilik Mesyuarat Unit Pembangunan Ekonomi Negeri, Aras 19, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Pengerusi: YBrs. Tn. Hj. Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca), NADMA

 

Objektif Program:

(i) Pengemaskinian maklumat pelaporan bagi perbelanjaan peruntukan BWI, pengurusan pengoperasian bencana MTL 2024/2025 serta lain-lain peruntukan NADMA.

(ii) Perbincangan isu dan permasalahan di lapangan berkaitan peruntukan BWI, pengurusan pengoperasian bencana dan lain-lain.

(iii) Pemantauan status pelaksanaan projek State Disaster Command Centre (SDCC) dan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) serta penyelenggaraan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

(iv) Pendaftaran terkini NGO di negeri Sabah.

(v) Pengenalan Arahan NADMA No. 1, Dasar Pengurangan Risiko Bencana (DRR) 2030 dan Cadangan Pelaksanaan BWI melalui sistem MyIBJKM.

 

Kesimpulan:

Kedudukan semasa baki peruntukan bencana adalah mencukupi di negeri Sabah. Pihak JPBN dan JPBD di negeri Sabah disarankan agar mengambil perhatian dan memahami dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh NADMA seperti Arahan NADMA No. 1, Dasar DRR 2030 dan Garis Panduan-Garis Panduan NADMA berkaitan pemberian bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian bencana dalam memastikan keberkesanan pengurusan bencana di negeri Sabah.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search