Pensijilan Semula Pasukan Mencari dan Menyelamat Belarus Mengikut Piawaian INSARAG
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Pensijilan Semula Pasukan Mencari dan Menyelamat Belarus Mengikut Piawaian INSARAG | 13 & 14 Ogos 2025 | Minsk, Belarus
Pasukan mencari dan menyelamat Kementerian Situasi Kecemasan Belarus telah menjalani latihan pensijilan semula mengikut piawaian Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (INSARAG). Latihan ini bertujuan untuk mengesahkan status pasukan sebagai “Heavy Class” – tahap tertinggi yang diiktiraf oleh PBB bagi pasukan yang layak menyertai operasi antarabangsa. Proses penilaian melibatkan 172 kriteria yang ditetapkan oleh INSARAG.
Seramai 12 wakil antarabangsa dari jabatan kecemasan Algeria, China, Jordan, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Rusia, Arab Saudi dan Turki terlibat sebagai penilai. Malaysia telah diwakili oleh dua orang pegawai, iaitu Inspektor Muhamad Zul Khairi Idris (Search) dan Encik Rosli Shaari (Logistics). Turut hadir sebagai pemerhati ialah wakil dari Azerbaijan, Jordan, Kyrgyzstan dan Rusia.
Latihan pensijilan semula ini telah dijalankan dalam bentuk simulasi operasi antarabangsa selepas berlakunya gempa bumi besar. Antara aspek yang diuji termasuk pencarian mangsa menggunakan anjing pengesan dan peralatan teknikal, pengeluaran mangsa dengan peralatan khas, pemberian rawatan perubatan di lokasi, pengukuhan struktur bangunan yang lemah, serta pelaksanaan operasi di kawasan runtuhan, ruang sempit dan situasi berisiko tinggi.
Seminar Integriti dan Antirasuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Seminar Integriti dan Antirasuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025 | 13 Ogos 2025 | Dewan Wawasan, Markas SMART
Telah berlangsung Seminar Integriti dan Antirasuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025 yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab dalam memerangi rasuah serta menyemai sikap disiplin dalam kalangan warga NADMA. Selain itu, taklimat ini membolehkan warga NADMA lebih cakna akan kesan dan akibat rasuah yang bukan sahaja memudaratkan diri sendiri, malah mencemarkan imej agensi.
Dalam masa yang sama, program ini juga mengingatkan kita tentang kepentingan mematuhi peraturan dan tatatertib perkhidmatan awam agar setiap tindakan dan keputusan yang diambil sentiasa berlandaskan undang-undang, etika kerja dan nilai integriti. Seminar ini telah disampaikan oleh dua (2) orang penceramah iaitu YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia dan YM Raja Adnan Raja Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Melalui perkongsian kedua-dua penceramah, warga NADMA telah diberikan input yang padat dan bermanfaat, merangkumi strategi pencegahan rasuah, pengukuhan budaya kerja berintegriti serta langkah-langkah memperkukuh tatakelola organisasi. Diharapkan penganjuran seminar ini menjadi pemangkin kepada pembentukan persekitaran kerja yang telus, bertanggungjawab dan bebas daripada sebarang salah laku seterusnya memperkukuhkan reputasi NADMA sebagai agensi yang berwibawa.
Mesyuarat Persediaan Latihan Skala Penuh IER Siri 2 2025 | 13 Ogos 2025 | Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Pentadbiran SMART
Telah berlangsung Mesyuarat Persediaan Latihan Skala Penuh IER Siri 2 2025 yang diadakan sebagai persiapan terakhir untuk Program Pre-International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) External Reclassification (IER) 2 bersama Mentor dari Australia yang akan berlangsung pada 18 hingga 24 Ogos 2025 di Markas SMART, Puchong.
Encik Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SpeO) NADMA telah mempengerusikan mesyuarat ini dengan dihadiri oleh Puan Che Siti Noor Koh Poh Lee @ Che Mamat, Ketua Penolong Pengarah SPeO, Mejar Mohd Izzuddin Mat Hassan, Pemangku Komander SMART, Encik Shanmugam Gopalan, Penolong Pengarah Kanan SPeO, PgKB II Mohamad Hafiezul Abdul Halim, Ketua Seksyen Latihan SMART dan pegawai-pegawai dan kakitangan SPeO dan SMART yang akan terlibat dalam role-play dan EXCON semasa program tersebut.
Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Bencana NADMA bersama Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Bencana NADMA bersama Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2025 | 13 Ogos 2025 | Hotel Villea, Port Dickson, Negeri Sembilan
Program CBDRM9 Siri 8
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Program CBDRM9 Siri 8 | 9 Ogos 2025 | Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Sabak Bernam
Telah berlangsung Program CBDRM9 Siri 8 yang dianjurkan oleh UPBN Selangor, Pelaksana NADIM dengan sokongan NADMA dan rakan strategik seperti UiTM ARC, DPPC MJIIT UTMKL, PLANMalaysia dan lain lain.
Matlamat program ini adalah untuk memperkukuh daya tahan komuniti terhadap bencana serta meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kesiapsiagaan masyarakat.
Antara aktiviti utama adalah:
•Taklimat keselamatan dan pengenalan program.
•Perkongsian mekanisme pengurusan bencana (Arahan NADMA No.1).
•Modul latihan: sejarah bencana, komunikasi risiko (Konsep 3A), pemetaan risiko komuniti, pelan tindakan komuniti.
•Pembentangan kumpulan dan sesi panel.
•Majlis penutup dan penyampaian sijil.
Hasil yang diperolehi dari program ini adalah antaranya peningkatan kesedaran risiko bencana tempatan. Terhasilnya peta risiko dan pelan tindakan komuniti yang boleh digunakan secara langsung di lapangan. Selain itu, kerjasama erat agensi, NGO, akademik dan masyarakat setempat.
