IPU Sri Aman kembali tidak sihat
- Admin UKK
- Berita
KUCHING: Kualiti udara di Sri Aman berada pada tahap tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 108 bermula jam 10 malam tadi.
Bacaan IPU di stesen itu terus meningkat setiap jam sehingga mencecah 126 setakat jam 6 pagi.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), 12 lagi stesen di Sarawak berada pada tahap hijau iaitu bacaan IPU sederhana.
Stesen IPD Serian (MCAQM) mencatat bacaan tertinggi iaitu 96 diikuti Samarahan (84), Kuching (83), Sarikei, Kapit dan Bintulu (77), Mukah (75), Sibu (74), Limbang (70), Samalaju (68), Miri (66) dan ILP Miri (64). -Berita Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada di tiga negeri mulai esok hingga lusa (5 Oktober).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, tiga negeri yang dijangka mengalami hujan berterusan itu ialah Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan Meteorologi di aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung talian hotline MET Malaysia di 1-300-22-1638. - BERITA HARIAN
Shah Alam pula catat IPU tidak sihat
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR: Empat lokaliti mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat petang ini, dengan terkini Shah Alam di Selangor antara turut disenarai.
Berdasarkan kemas kini laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Shah Alam merekodkan bacaan IPU 102.
Selain Shah Alam, Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan turut merekodkan IPU tidak sihat sihat dengan bacaan terkini masing-masing 157 dan 151.
Satu lagi kawasan adalah Cheras dengan caan IPU 155.
Selain empat kawasan itu, stesen pemantau di 61 lagi lokasi mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala baki tiga yang lain berada pada tahap baik.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). BERITA HARIAN
SEREMBAN: Rakyat di Negeri Sembilan diingatkan supaya berwaspada dan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu dan kualiti udara kurang sihat yang sedang berlaku termasuk di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keadaan ketika ini masih terkawal walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) menyaksikan peningkatan bacaan.
“Saya ingin menasihatkan masyarakat agar menjaga kesihatan, banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar di kawasan terbuka. Jaga kesihatan terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program MyPride Fair Peringkat Zon Tengah, Jabatan Penjara Malaysia di Seremban 2 di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara, Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak.
Sementara itu, Aminuddin memberitahu, kerajaan negeri akan memantau situasi jerebu yang berlaku dan akan mengambil langkah sesuai jika keadaan bertambah buruk.
Setakat pukul 1 tengah hari tadi, sebanyak 14 kawasan di seluruh Semenanjung telah mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu melebihi 101.
Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), antara kawasan itu ialah Nilai dengan bacaan 163, Seremban (157) dan Port Dickson (155). - UTUSAN
BATU PAHAT: "Kami kelam-kabut bila air naik mendadak, mujurlah sempat alihkan kenderaan ke tempat lebih tinggi," kata Arfah Arifin, 64, selepas pekarangan rumahnya di Kampung Sungai Ayam ditenggelami air susulan fenomena air pasang besar, pagi ini.
