OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah NADMA bersama-sama Datuk Mohd Razali Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah telah turun ke lokasi tanah runtuh di Kampung Gonipis, Serapung dan Apartment Country Height di Minitod, Penampang sejurus tiba di Kota Kinabalu jam 2.45 petang tadi bagi meninjau keadaan mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana tanah runtuh akibat hujan lebat yang melanda negeri tersebut. Lebih signifikan, hari ini juga merupakan 100 hari Datuk Abdul Halim Hamzah menerajui NADMA.

Previous Next

Program CBDRM daerah Hulu Selangor | 13 September 2025 | Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru
 
Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor serta ucapan aluan disampaikan oleh YBrs Tuan Hj. Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA. Program ini melibatkan sekitar 150 orang peserta daripada kalangan agensi setempat dan ketua-ketua komuniti bagi Daerah Hulu Selangor.
 
Program ini merupakan penutup bagi program CBDRM 9 daerah di Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama NADMA serta Pertubuhan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADIM) sebagai pelaksana. Program CBDRM 9 bagi Negeri Selangor ini telah berjaya melatih 673 orang peserta kepimpinan komuniti dari semua daerah di Selangor.
 
Objektif program ialah untuk melatih dan memperkasakan pimpinan komuniti dan agensi setempat akan kepentingan kesiapsiagaan bencana luar jangka di peringkat komuniti disamping memberi pendedahan kaedah-kaedah pengurusan & kesiapsiagaan bencana seperti mengenal bahaya, penyediaan peta selamat, laluan selamat dan tindakan sebelum, semasa dan selepas bencana. Taklimat mengenai NADMA No.1 telah disampaikan oleh Encik Mohd Azam Zakuan, Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial NADMA.
Previous Next

Latihan Kecemasan (Tabletop Exercise) Bencana Kebocoran Gas dan Kebakaran Fasiliti Petronas Subang Jaya (Ex-Subang) Tahun 2025 | 10 September 2025 | KLIA, Sepang, Selangor

 

Penganjur: Petronas Gas Berhad (PGB) - Gas Transportation and Regassification (GTR) Selangor

  1. OBJEKTIF

 

  1. Untuk mempersiap kesiapsiagaan PGB-GTR Selangor bagi mendepani risiko kejadian bencana yang boleh mengancam komuniti setempat, alam sekitar, aset fizikal dan fasiliti;
  2. Untuk memahami prosedur yang sedang berkuat kuasa dan keupayaan Jabatan/Agensi Kerajaan termasuk pemegang taruh berkaitan dalam penyelarasan terhadap tindak balas penyelamatan nyawa dan harta benda yang terkesan bencana; dan
  3. Untuk meneliti keberkesanan pelan tindak balas kecemasan (ERP) PGB-GTR dalam menghadapi insiden yang berlaku dalam premis dan fasiliti Petronas dengan penglibatan pihak berkepentingan serta komuniti setempat.

 

  1. PESERTA

Pegawai SPO yang terlibat;

  1. DCP Datuk Mazli bin Mazlan
  2. ⁠PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin (Moderator/Fasilitator)
  3. ⁠PgKB I Arjunaidi bin Ismail (Penceramah/Pembentang)
  4. ⁠Azri Fazri bin Tuan Mohamad (Penyedia Laporan/Jurukamera)

 

  1. DAPATAN PROGRAM

Latihan ini diadakan di Subang Jaya yang merupakan salah satu daripada 9 lokasi di jajaran Peninsular Gas Utilisation (PGU) yang berkepadatan tinggi di bawah anjuran Petronas Gas Berhad (PGB) - Gas Transportation and Regasification (GTR) Selangor. Pelaksanaan latihan ini adalah berikutan daripada pengalaman insiden kebocoran gas dan kebakaran besar pada saluran paip fasiliti Petronas di Putra Heights pada April 2025 lalu. Penganjuran latihan ini telah melibatkan semua Jabatan/Agensi Kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun/korporat dalam pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana di Daerah Petaling, Selangor dengan kerjasama NADMA. Jalinan kerjasama dalam protocol komunikasi bagi tujuan kecemasan telah diwujudkan dan beberapa aspek berkaitan pengendalian insiden di lapangan ditambah baik secara bersama. Komuniti setempat juga telah dilibatkan bagi meningkatkan tahap kesediaan mereka untuk bertindak balas sekiranya berdepan dengan risiko kejadian ini.

Previous Next

Sesi Penyerahan Nota Serah Terima Tugas, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana | 10 September 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Telah berlangsung Sesi Penyerahan Nota Serah Terima Tugas antara YBhg. Datuk Mohd Razali Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah selaku mantan Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana bersama YBrs. Haji Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana yang baharu.
 
Majlis ini telah disaksikan oleh YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah NADMA serta YBrs. Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pengurusan Pasca Bencana dan juga turut disaksikan oleh pengarah-pengarah seksyen serta pegawai-pegawai NADMA.
 
Seluruh warga NADMA termasuk Pasukan SMART merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada YBhg. Datuk Mohd Razali Wahab di atas pelantikan sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Perdana Menteri yang berkuat kuasa pada 2 September 2025 serta tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Haji Ahmad Rajiun Abu Bakar atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana NADMA yang berkuat kuasa pada 8 September 2025.
Previous Next

NADMA-UMT Teroka Kolaborasi Strategik | 10 September 2025
 
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Jaharudin Padli Al Banjari, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya.
 
Kunjungan hormat ini bertujuan meneroka kolaborasi strategik antara dua organisasi dalam bidang penulisan dan penerbitan ilmiah berkaitan pengurusan bencana. Sesi ini turut disertai oleh Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Yahaya, Pengerusi Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd manakala pihak NADMA pula disertai oleh Siti Mariam Abu, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Mitigasi.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search