Bencana berlaku sebagai teguran daripada Pencipta
- Admin UKK
- Berita
Banyak bukti yang jelas apabila Allah berkehendak menghancurkan sesuatu negeri, maka pembesar, pemerintah atau orang yang hidup dalam kemewahan antara mereka menzahirkan kesombongan dan kederhakaan barat neraka dunia,” itu ungkapan yang tersebar dan terpampang di dada akhbar mahupun halaman media sosial tatkala menggambarkan kebakaran dahsyat yang melanda bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat, Los Angeles baru-baru ini.
Bencana terbabit mengakibatkan kemusnahan terbesar yang pernah direkodkan yang mana kos kerugian dianggarkan mencecah antara AS$135 bilion(RM607 bilion) sehingga AS$150 bilion (RM674 bilion).
Ramai pengkaji membuat analisis bahawa bencana terbabit adalah suatu fenomena alam luar biasa yang digelar sebagai firenado, fire tornado atau fire devil diakibatkan oleh suhu yang sangat panas serta angin kencang dan kering yang disebut dengan Santa Ana
Winds. Namun, bagi orang yang beriman, bencana yang berlaku ini diyakini tidak lepas daripada teguran Tuhan Semesta Alam.
Apabila ditelusuri al-Quran, ada sekurang-kurangnya tiga faktor yang menyebabkan Allah mendatangkan bencana kepada umat manusia.
Faktor pertama ialah kerana manusia melakukan maksiat kepada-Nya. Antara sebab Allah menghancurkan sesebuah negeri ialah disebabkan perbuatan tangan manusia seperti disebutkan melalui firman-Nya: “Telah tampak kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan tangan manusia kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan buruk mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah ar-Ruum: 41)
Dalam ayat yang mulia ini, Allah Taala menyatakan bahawa segala kerosakan dan bala bencana yang berlaku di muka bumi dalam pelbagai bentuknya, penyebab utamanya ialah perbuatan buruk iaitu maksiat yang dilakukan manusia itu sendiri.
Seperti dikemukakan oleh Imam asy-Syawkani rahimahullah dalam kitabnya, Fathul Qadir yang menafsirkan bahawa dalam ayat ini, Allah menjelaskan bahawa perbuatan syirik dan maksiat merupakan sebab timbulnya (pelbagai) kerosakan di alam semesta.
Begitu juga tafsiran oleh Imam Ali as-Sabuni rahimahullah dalam kitab tafsirnya, Safwah at-Tafasir yang menjelaskan maksud ayat sudah tampak kerosakan dan bencana di permukaan bumi dan di laut ialah disebabkan kemaksiatan dan dosa manusia kepada Allah Taala.
Hal ini menunjukkan bahawa perbuatan maksiat adalah inti ‘kerosakan’ yang sebenarnya dan merupakan sumber utama kerosakan yang tampak di muka bumi.
Faktor kedua Allah mendatangkan bencana ialah kerana manusia tidak bersyukur kepada-Nya (kufur nikmat). Hal ini terlihat jelas melalui kisah kaum Saba’ yang diceritakan dalam al-Quran.
Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Kepada mereka dikatakan), “Makanlah olehmu daripada rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” Tetapi, mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Athl dan sedikit daripada pohon Sidr. Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka; dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang amat kufur.” (Surah Saba’: 15-17)
Menurut catatan sejarah, kerajaan Saba’ terkenal dengan hasil buminya sehingga ramai yang berhijrah dan berdagang di sana. Oleh sebab itu, kerajaan ini mampu menjadi kerajaan yang kaya raya dan makmur pada zamannya.
Kekayaan kerajaan Saba’ digambarkan melalui dua kebun yang sangat luas dan terletak di hamparan lembah antara dua gunung di Ma’rib. Tanahnya sangat subur dan menghasilkan pelbagai macam tanaman dan buah-buahan.
Muhammad Tahir bin ‘Asyur dalam kitab tafsirnya, at-Tahrir wa at-Tanwir menukilkan keterangan Qatadah rahimahullah dan ‘Abdurrahman bin Zaid rahimahullah yang menceritakan bahawa apabila ada seseorang masuk dalam kebun itu dengan membawa bakul di atas kepalanya, ketika keluar maka bakul terbabit akan dipenuhi buah-buahan tanpa perlu memetik buah terbabit. Dan di sana tidak ditemui nyamuk, lalat, serangga, kala jengking dan ular. Betapa suburnya kebun dan makmurnya kehidupan masyarakat pada ketika itu.
Namun, sampai waktu kurun tertentu, kaum Saba’ yang sebelumnya dalam keadaan bertauhid kepada Allah mula ingkar dan kembali ke agama nenek moyang mereka dengan menyembah matahari dan bintang.
Akibatnya, Allah datangkan banjir besar yang menghancurkan tanah pertanian mereka yang subur dalam sekelip mata. Bahkan, selepas surut banjir, tanah pertanian mereka tidak dapat lagi ditumbuhi tanaman, kecuali tanaman liar yang tidak berguna.
Ini adalah gambaran contoh balasan bagi umat manusia yang sangat kufur kepada Allah dan tidak mensyukuri nikmat-Nya.
Faktor ketiga Allah mendatangkan bencana terhadap umat manusia ialah disebabkan sikap sombong dan derhaka kepada-Nya. Hal ini seperti dijelaskan melalui firmanNya, “Dan apabila sampai tempoh Kami hendak
“Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkan sehancur-hancurnya.”
Surah al-Isra’: 16 membinasakan sesuatu negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkan sehancur-hancurnya.” (Surah al-Isra’: 16)
Mengenai ayat ini, Imam Ibnu Kathir rahimahullah dalam kitab tafsirnya yang terkenal, Tafsir al-Quran al-‘Azim menukilkan pendapat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma yang menjelaskan bahawa Allah Taala jadikan orang-orang jahat di sesebuah negeri berkuasa, sehingga mereka berbuat derhaka di negeri terbabit.
Jika mereka sudah melakukan hal itu, maka Allah akan membinasakan mereka dengan azab.
Banyak bukti yang jelas apabila Allah berkehendak menghancurkan sesuatu negeri, maka pembesar, pemerintah atau orang yang hidup dalam kemewahan antara mereka menzahirkan kesombongan dan kederhakaan. Sebagai contoh, merasa sombong kerana memiliki kekuatan untuk menghancurkan negara lain yang dianggap musuhnya.
Lalu Allah tampakkan kekuasaan-Nya dengan bencana dahsyat sepertimana yang berlaku di Los Angeles, tidak lama selepas kenyataan bongkak yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat yang dipilih, Donald Trump yang mahu menjadikan Timur Tengah sebagai ‘neraka’ jika Hamas tidak membebaskan tawanan Zionis Israel.
Mereka sombong dengan kekuatan, kemajuan dan kecanggihan teknologi yang dimiliki, namun mereka tewas tidak berdaya hanya dengan angin yang meniupkan api sekaligus menghancurkan segala kesombongan dan kemewahan.
Justeru, masihkah manusia menganggap bencana yang berlaku hanyalah sebagai fenomena alam biasa? Apakah tidak ada kehendak dan campur tangan Allah atas berlakunya bencana dan musibah di dunia ini? Hanya orang yang beriman kepada Tuhan Semesta Alam yang mampu memahaminya.
Sama-sama kita merenunginya dan menjadikannya sebagai iktibar.