PAPAR: Hujan yang terhasil menerusi operasi pembenihan awan pada Khamis dan Jumaat lalu belum dapat menurunkan kadar kemasinan air Sungai Papar yang sebelum ini menyebabkan sebuah Loji Rawatan Air (LRA) ditutup.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Mohd Fuad Abdullah, berkata bacaan tahap kemasinan air Sungai Papar di muka sauk LRA Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) Limbahau setakat semalam masih tinggi.
"Setakat jam 3 petang Isnin, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Papar merekodkan bacaan tahap kemasinan air 3,038 miligram per liter (MGL) di LRA EWSS Limbahau dan ia masih tidak dapat dirawat," katanya dalam kenyataan perkembangan harian bencana kemarau daerah Papar, malam tadi.
Loji berkapasiti 10 juta liter sehari (MLD) itu ditutup sejak lebih sebulan lalu, manakala sebuah lagi LRA dikendalikan syarikat konsesi air, Jetama Sdn Bhd hanya dapat beroperasi separuh daripada kapasitinya.
Situasi itu menyebabkan kira-kira 150,000 penduduk di daerah ini berdepan masalah air yang kritikal sehingga Papar diisytiharkan kawasan bencana kemarau sejak 13 Mac lalu.
LRA yang ditutup hanya boleh beroperasi semula apabila tahap kemasinan air sungai kembali ke paras maksimum yang boleh dirawat iaitu 120 MGL. Dalam pada itu, Mohd Fuad berkata penghantaran air bersih menggunakan lori masih diteruskan setiap hari di semua 12 lokaliti daerah ini menggunakan 11 lori sewaan PKOB, 13 lori agensi kerajaan dan enam lori sukarelawan yang membabitkan 200 petugas daripada 27 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 7 malam ini.
MetMalaysia berkata, antara negeri yang terlibat ialah Perlis dan beberapa daerah di Kedah merangkumi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik serta Baling.
Menurut agensi itu lagi, cuaca sama diramalkan berlaku di Perak melibatkan Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang manakala Kelantan pula ialah di Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai serta Gua Musang.
"Ribut petir, hujan lebat turut diramal di seluruh Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya manakala Pahang pula membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut. Di Selangor pula ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat serta Sepang.
"Di Sarawak, cuaca sama diramal di kawasan Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis)," katanya menerusi hantaran di platform X pada Sabtu.
MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. "Orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih," ujarnya lagi.
PAPAR: Papar masih mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat walaupun operasi pembenihan awan yang dilaksanakan semalam dan Jumaat lalu berhasil menurunkan hujan dengan kejayaan 67 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Mohd Fuad Abdullah, berkata bacaan IPU di daerah ini yang diambil di Kimanis mencecah hingga 200 kelmarin sebelum turun ke paras 175 selepas hujan pada jam 9 malam tadi, manakala 158 pada jam 9 pagi ini.
Bagaimanapun, katanya penurunan itu masih pada paras tidak sihat dan beliau mengingatkan orang ramai di sekitar daerah ini supaya mengelakkan sebarang pembakaran terbuka bagi mengelak situasi bertambah buruk.
“Daerah Papar turut menerima kesan langsung daripada bacaan IPU tidak sihat melebihi 24 jam iaitu antara 151 hingga 200 dikenal pasti di kawasan Kimanis.
“Selepas kejayaan operasi pembenihan awan (OPA) semalam, IPU di Kimanis setakat jam 9 malam tadi sedikit berkurang kepada 175 tetapi masih pada tahap tidak sihat.
“Oleh itu, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya pembakaran terbuka pada musim panas, Jabatan Penerangan Negeri Sabah khususnya Pejabat Penerangan Daerah Papar melaksanakan Info On Wheels di beberapa lokasi,” katanya dalam kenyataan perkembangan semasa bencana kemarau daerah, di sini.
Semalam, katanya program Info On Wheels Jabatan Penerangan dilaksanakan di Kampung Belud Kota Kawang, Kampung Lama Kawang, Kampung Tanaki dan Kampung Marahang.Sementara itu, katanya daerah ini merekodkan curahan hujan sebanyak empat milimeter selepas operasi pembenihan awan yang dilaksanakan di kawasan tadahan di kawasan Papar, semalam.
Operasi itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Bahagian Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan dimulakan pada jam 11.05 pagi hingga 1.56 tengah hari semalam.
“Sehingga jam 4 petang semalam, jumlah hujan di Papar mencatatkan empat milimeter iaitu dengan kejayaan 67 peratus,” katanya.
Operasi pembenihan awan yang menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM dimulakan Jumaat lalu dan dijadual berakhir hari ini dengan tumpuan di kawasan tadahan daerah Papar, Lahad Datu dan Tawau.
Kemarau sejak Februari lalu menjejaskan sebanyak 44 kampung, 37 sekolah, 19 taman perumahan dan lapan rumah ibadat di sekitar daerah Papar membabitkan kira-kira 150,000 penduduk.
Situasi itu menyebabkan penduduk daerah ini menghadapi masalah air yang kritikal hingga daerah ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau sejak 13 Mac lalu bagi membolehkan operasi penghantaran air kepada penduduk diselaraskan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
KUALA LUMPUR - Sumber bekalan air mentah dan perkhidmatan di 47 empangan serta 67 Loji Rawatan Air (LRA) utama di seluruh Semenanjung dan Labuan, masih berada dalam keadaan terkawal.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, paras empangan utama di Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan kebanyakan empangan di Johor, berada pada paras memuaskan iaitu melebihi 80 peratus.
Memperincikan peratusan paras simpanan semasa empangan di utara Semenanjung, SPAN memaklumkan empangan di Timah Tasoh, Perlis berada pada tahap 56.21 peratus; empangan Muda di Kedah 40 peratus.
Sementara itu, Wilayah Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang, sebahagian besar empangan atau sungai berada pada paras stabil, dengan kesemua LRA beroperasi pada kapasiti normal kecuali LRA Kelar di Kelantan, yang merekodkan penurunan disebabkan penyusutan sumber air mentah.
"Terdapat beberapa kawasan di Kelantan turut mengalami tekanan air rendah disebabkan kemerosotan sumber bekalan air mentah, khususnya bagi punca air melalui sumber bawah tanah,” menurut kenyatana SPAN.