JAKARTA: Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini, menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA).
Pusat AHA dalam kemas kini bencana mingguannya untuk minggu ke-18 tahun 2024 berkata Indonesia, Thailand dan Vietnam dilaporkan terjejas oleh bencana-bencana berkenaan.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), banjir dan tanah runtuh berlaku di Sulawesi Tengah, Sulawesi Selatan, Kalimantan Tengah, Sulawesi Utara, Banten, Kalimantan Timur, Sulawesi Tenggara, Gorontalo, Jawa Tengah, Maluku Utara, Sumatera Barat dan Riau.
Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM) di Thailand melaporkan ribut dan insiden berkaitan angin di beberapa wilayah di utara, timur laut, tengah dan selatan.
Di Vietnam, VDDMA mendokumentasikan ribut dan kejadian berkaitan angin di wilayah Lao Cai, Yen Bai, Ha Giang, Cao Bang, Bac Kan, Tuyen Quang, Phu Tho, Thai Nguyen dan Quang Ninh.
Menurut laporan Pusat AHA, BNPB Indonesia melaporkan impak banjir dan tanah runtuh yang menyebabkan 13 kematian, 551 kehilangan tempat tinggal dan menjejaskan seramai 14,800 keluarga atau 56,500 orang. Data daripada agensi bencana Indonesia juga mendedahkan bahawa kira-kira 12,400 rumah rosak, dengan 261 rosak sepenuhnya bersama-sama dengan 40 sekolah, 14 kemudahan kesihatan, lima pejabat kerajaan dan 20 rumah ibadat.– BERNAMA
KUALA LUMPUR - Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri bagi semakan semula dasar itu, yang sekali gus dapat memastikan ancaman bencana negara berada pada tahap minimum.
"Sebagai usaha permulaan terhadap hasrat itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedang di peringkat akhir proses semakan semula Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara agar selari dengan keperluan dan evolusi pengurusan bencana yang semakin kompleks.
"Pindaan Arahan MKN No. 20 dijangka memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisme pengurusan bencana negara,” katanya.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM5 juta yang disediakan kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).
Beliau berkata, ia bagi pelaksanaan program serta latihan kesiapsiagaan dan kesedaran komuniti untuk menghadapi bencana termasuk program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan untuk digunakan oleh agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana.
Secara keseluruhannya, Ahmad Zahid berkata sepanjang musim MTL lepas, sebanyak 27,505 keluarga dan 92,534 mangsa telah ditempatkan di 751 pusat pemindahan sementara (PPS).
Katanya, jumlah mangsa juga adalah jauh lebih rendah berbanding 2022 iaitu 251,799 mangsa yang dipindahkan.
Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi penguat kuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan dan pihak media yang terlibat sepanjang musim MTL 2023/2024. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak yang terlibat termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Nur-ul Afida Kamaludin. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyemak semula Dasar Pengurusan Bencana Negara dalam meningkatkan daya tahan, mengukuhkan kesiapsagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mendapatkan persetujuan jemaah menteri untuk menyemak semula untuk memastikan ancaman bencana berada pada tahap minimum.
“Sebagai menyahut saranan ini, NADMA sedang di peringkat akhir proses semakan semula Arahan MKN Nombor 20, Dasar dan Mekanisme Pengurudan Bencana Negara, agar selaru dengan keperluan dan evolusi pengurusan bencana yang semakin kompleks. “Pindaan itu dijangka akan memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisma pengurusan bencana negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 di ibu negara hari ini.
Dalam pada itu beliau turut mengumumkan kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang dikelolakan oleh NADMA telah bersetuju menyediakan peruntukan awal berjumlah RM5 juta.
Peruntukan itu katanya bagi membolehkan ia digunakan oleh agensi-agensi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pengurusan bencana.
“ Pihak NADMA akan memperincikan dan memaklumkan syarat-syarat dan kaedah permohonan peruntukan ini dalam masa yang terdekat, Insya-Allah,” katanya.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melaporkan kawasan Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan merekodkan status cuaca panas Tahap Dua atau gelombang haba, hari ini.
Menurut METMalaysia, cuaca panas Tahap Dua dikeluarkan bagi suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Ia selaras rekod bacaan yang dikemas kini agensi itu setakat jam 4.30 petang tadi. Berdasarkan maklumat itu, 11 kawasan di Semenanjung mencatatkan status cuaca panas Tahap Satu. Kawasan terlibat ialah Baling di Kedah; Hulu Perak di Perak; Jeli, Pasir Puteh dan Kota Bharu di Kelantan; Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Setiu) serta Raub, Rompin dan Temerloh di Pahang.
Di Sabah pula, hanya Kota Marudu merekodkan status cuaca panas Tahap Satu.
Status cuaca panas Tahap Satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri bagi semakan semula dasar itu, yang sekali gus dapat memastikan ancaman bencana negara berada pada tahap minimum. “Sebagai usaha permulaan terhadap hasrat itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang di peringkat akhir proses semakan semula Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara agar selari dengan keperluan dan evolusi pengurusan bencana yang semakin kompleks. “Pindaan Arahan MKN No. 20 dijangka memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisme pengurusan bencana negara,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini. Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM5 juta yang disediakan kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN). Beliau berkata ia bagi pelaksanaan program serta latihan kesiapsiagaan dan kesedaran komuniti untuk menghadapi bencana termasuk program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan untuk digunakan oleh agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana. Secara keseluruhannya, Ahmad Zahid berkata sepanjang musim MTL lepas, sebanyak 27,505 keluarga dan 92,534 mangsa telah Katanya, jumlah mangsa juga adalah jauh lebih rendah berbanding 2022 iaitu 251,799 mangsa yang dipindahkan. Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi penguat kuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan dan pihak media yang terlibat sepanjang musim MTL 2023/2024. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak yang terlibat termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Nur-ul Afida Kamaludin.