OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga

PUTRAJAYA: Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif meliputi kesan kesihatan, kekurangan bekalan air, kebakaran hutan atau belukar, jerebu serta kekurangan hasil pertanian susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu semua agensi pengurusan bencana diingatkan supaya mengambil langkah aktif dalam mengurangkan risiko bencana berkaitan. 
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia boleh dilaksanakan melalui tadbir urus yang cekap berlandaskan pengurangan risiko bencana dalam perancangan pembangunan, guna tanah, pengurusan air dan penyelenggaraan khususnya yang tertakluk di bawah kuasa negeri. 
"Perkara ini perlu diberikan penekanan bagi mengelakkan bencana daripada terus berlaku dan memastikan pembangunan mampan untuk kesejahteraan rakyat khususnya generasi akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 1/2024 di sini yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), agensi teknikal dan agensi tindak balas.
Ahmad Zahid yang juga pengerusi JPBP berkata Monsun Barat Daya dijangka membawa cuaca yang lebih kering dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.
Menurutnya mesyuarat tersebut turut mengambil maklum Sistem Pangkalan Data HidrogeologimyGEMS milik Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta ketersediaan sumber air bawah tanah yang boleh diguna pakai sebagai sumber air alternatif termasuk untuk pemadaman kebakaran di kawasan tanah gambut.
"Terdapat 640 telaga aktif untuk kegunaan domestik serta 104 telaga di kawasan gambut dan hutan dengan kapasiti 176.13 juta liter air sehari.
"JPBN diminta mengambil langkah sewajarnya untuk bersama-sama menghadapi situasi ini dengan meminta pengendali air meningkatkan kecekapan operasi mereka serta menyediakan sokongan logistik untuk memobilisasi bekalan air ke kawasan terjejas," katanya.
Bagi operasi memadam kebakaran, beliau berkata agensi tindak balas berada pada tahap siap siaga dengan persediaan logistik sewajarnya bagi menghadapi kebakaran terbuka, dan secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persiapan agensi kerajaan menghadapi cuaca panas serta kering semasa musim Monsun Barat Daya.
 
Sementara itu, menurut Ahmad Zahid Jabatan Alam Sekitar telah memaklumkan sejumlah 2,030 kes pembakaran terbuka disiasat dengan sembilan kes dibawa ke mahkamah, 630 dirujuk ke agensi lain, sementara 100 kompaun berjumlah RM200,000 dikeluarkan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 April lepas.
Dalam mesyuarat sama, beliau melancarkan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) di Malaysia yang dihasilkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Kolej Pengajian Kejuruteraan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Buku garis panduan itu bertujuan memastikan program CBDRM dapat dilaksanakan secara efektif di setiap peringkat JPBN dan daerah serta menyeragamkan pelaksanaan program CBDRM di Malaysia selaras dengan matlamat membentuk sebuah komuniti yang berdaya tahan terhadapbencana melalui aktiviti kesiapsiagaan.
Garis panduan tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang NADMA di www.nadma.gov.my.
-- BERNAMA
 

Managing catastrophes better

KUALA LUMPUR: The Cabinet has agreed to review the National Disaster Management Policy to further enhance the country’s ability in managing catastrophes, says Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

He said the National Disaster Management Agency (Nadma) is working on the recommendations and is in the final stages of reviewing the policy and mechanism of disaster management under National Security Council’s Order No. 20.

This would be in line with the requirement to handle more complex situations in disaster management, he added.

“As it is the main guide in the coordination and handling of national disasters, this will further fortify the mechanism of managing disasters,” Ahmad Zahid said in a speech at the Northeast Monsoon Frontliners Appreciation event yesterday.

He also said a new policy called the National Disaster Risk Lowering Policy is in its final stages before being enacted.

“This policy will outline the country’s direction in becoming a nation that can withstand disasters in all sectors, including the economy and environment,” he said.

The expected rise in disasters due to factors such as adverse weather conditions could cause significant losses each year, he added.

Ahmad Zahid said the northeast monsoon season between November last year and March had affected 92,534 people from 27,505 families, adding that they were placed in 751 temporary relief centres.

This number, he said, was way lower than the 251,799 victims who were evacuated in 2022.

Ahmad Zahid said the effective management of the recent disaster was a result of the close cooperation of 61,839 personnel from the police, military, Fire and Rescue Department, Welfare Department, Civil Defence Force, Health Ministry and Rela.

The government, he said, had allocated Rm11.8bil to undertake 33 high priority flood mitigation projects nationwide to minimise the risk of floods.

Ahmad Zahid said nine projects to develop permanent disaster evacuation centres with better facilities at a cost of Rm45mil is being undertaken by the Public Works Department in Perak, Penang, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah and Sarawak.

He said the government had also agreed to allocate Rm5mil from the National Disaster Relief Fund to agencies and non-governmental organisations to hold training as preparation for disasters and to raise community awareness.

Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan bersetuju menyemak semula Dasar Pengurusan Bencana Negara dalam meningkatkan daya tahan, mengukuhkan kesiapsagaan serta keupayaan menguruskan bencana dengan lebih baik.

"Pindaan itu dijangka akan memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisma pengurusan bencana negara," katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 di ibu negara.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM5 juta yang disediakan kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

Beliau berkata ia bagi pelaksanaan program serta latihan kesiapsiagaan dan kesedaran komuniti untuk menghadapi bencana termasuk program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan untuk digunakan oleh agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana.

"Kita harus bersiap siaga lebih daripada kebiasaan dengan itu saya mengharapkan bahawa program yang kita rancangkan iaitu program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM).

"Kita harus menyediakan kesiapsiagaan kita daripada sekarang," katanya.

Pada Majlis tersebut, seramai 400 petugas barisan hadapan diberikan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi penguat kuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan dan pihak media yang terlibat sepanjang musim Monsun Timur Laut 2023/2024 yang berakhir pada Mac lalu.

Dasar Pengurusan Bencana Negara disemak semula

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri bersetuju supaya Dasar Pengurusan Bencana Negara disemak semula bagi meningkatkan daya tahan, mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menguruskan bencana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan semula Dasar Pengurusan Bencana Negara tersebut sekaligus bertujuan memastikan ancaman bencana berada pada tahap minimum.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedang di peringkat akhir proses semakan semula Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara agar selari dengan keperluan dan evolusi pengurusan bencana yang semakin kompleks.

 “Pindaan Arahan MKN No.20 dijangka akan memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisma pengurusan bencana negara,” katanya pada Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024 di ibu negara hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan, kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) dikelolakan oleh Nadma bersetuju menyediakan peruntukan awal RM5 juta yang boleh digunakan oleh agensi-agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pengurusan bencana.

Menurut beliau, peruntukan itu bagi melaksanakan program dan latihan berkaitan kesiapsiagaan dan kesedaran komuniti menghadapi bencana termasuk program Pengurusan Risiko Bencana Berorientasikan Komuniti (CBDRM). 

Selain, beliau berkata, dasar khusus dalam mengarusperdanakan pengurangan risiko bencana juga sedang digubal melalui Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara (DRR)

Ujar beliau, dasar di peringkat akhir
penggubalan itu akan menjadi dokumen utama yang menggariskan hala tuju Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaya tahan bencana, merangkumi semua sektor termasuk ekonomi, alam sekitar, sosial dan keselamatan.

Sementara itu, beliau memaklumkan, kerajaan sedang memperkemaskan pengiktirafan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) sebagai Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG)

“Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah memberi persetujuan untuk menyambung mereka yang dipinjamkan daripada beberapa agensi untuk berada di Nadma bagi memperkukuhkan pasukan Smart ini untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun ini dengan beberapa kenaikan elaun dan gaji.

“Selain itu terdapat dua buah negara yang memerlukan khidmat nasihat dan latihan daripada Smart kerana di rantau ASEAN Malaysia merupakan satu-satunya negara ada pasukan Smart dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Dasar pengurusan bencana negara akan disemak semula - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau sudah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri bagi semakan semula dasar itu, yang sekali gus dapat memastikan ancaman bencana negara berada pada tahap minimum. 

"Sebagai usaha permulaan terhadap hasrat itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang di peringkat akhir proses semakan semula Arahan MKN No 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara agar selari dengan keperluan dan evolusi pengurusan bencana yang semakin kompleks.

"Pindaan Arahan MKN No 20 dijangka memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisme pengurusan bencana negara," katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM5 juta yang disediakan kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

 Beliau berkata, ia bagi pelaksanaan program serta latihan kesiapsiagaan dan kesedaran komuniti untuk menghadapi bencana termasuk program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan untuk digunakan oleh agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana.

Secara keseluruhannya, Ahmad Zahid berkata, sepanjang musim MTL lalu, sebanyak 27,505 keluarga dan 92,534 mangsa ditempatkan di 751 pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, jumlah mangsa juga adalah jauh lebih rendah berbanding 2022 iaitu 251,799 mangsa yang dipindahkan.

Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi penguat kuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan dan pihak media yang terbabit sepanjang musim MTL 2023/2024.

Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak yang terbabit termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Nur-ul Afida Kamaludin.

Berucap pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak media memberikan liputan yang amat baik ketika negara sedang mendepani bencana itu.

"Saya akan rasa bersalah kalau tidak berterima kasih kepada petugas media yang memberikan liputan amat-amat baik.

"Rupa-rupanya apabila kita menghadapi masalah bencana, tidak ada lontaran dan pandangan negatif yang dipalingkan kepada kita, ertinya kita sebagai rakyat Malaysia dan mereka sebagai pengamal media di negara ini tidak bergelut pendapat. Ini cukup membanggakan atas kerjasama pihak-pihak media," katanya.

Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan peranan agensi penguatkuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan yang turut sama berganding bahu semasa MTL. – BERNAMA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search