OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Junta Myanmar umum gencatan senjata sementara susulan gempa bumi

ISTANBUL: Junta tentera memerintah Myanmar mengumumkan gencatan senjata selama tiga minggu pada Rabu terhadap kumpulan pemberontak ekoran gempa bumi dahsyat yang meragut hampir 3,000 nyawa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Sebelum ini, junta menolak cadangan gencatan senjata daripada kumpulan pemberontak, yang bertujuan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, tentera Myanmar berkata bahawa gencatan senjata yang akan berkuat kuasa sehingga 22 April itu bertujuan untuk memudahkan usaha bantuan selepas bencana.

Pengumuman dibuat selepas laporan mengenai serangan terhadap konvoi bantuan Palang Merah China pada malam Selasa ketika kempen serangan udara terhadap kumpulan pemberontak.

Junta yang merampas kuasa pada 2021 turut memberi amaran kepada kumpulan itu supaya tidak melakukan sebarang gangguan.

Pengisytiharan gencatan senjata itu dibuat menjelang lawatan ketua junta, Min Aung Hlaing, ke Bangkok, Thailand bagi menghadiri sidang kemuncak serantau.

Menurut Kementerian Luar Thailand, Min Aung Hlaing dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Teluk Benggala bagi Kerjasama Teknikal dan Ekonomi Pelbagai Sektor (BIMSTEC) di Bangkok.

Lawatan itu adalah kunjungan pertamanya ke Bangkok sejak rampasan kuasa pada 2021 dan pada awalnya dijangka dibatalkan selepas Myanmar dilanda dua gempa bumi berukuran 7.7 dan 6.4 pada skala Richter pada Jumaat lalu.

Berdasarkan maklumat dari Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, jumlah kematian akibat bencana itu telah meningkat kepada hampi 3,000 orang, dengan 4,639 lagi cedera dan 373 masih hilang.

Jurucakap Kementerian Luar Thailand Nikorndej Balankura dipetik Thai PBS sebagai berkata, 'Lawatan Min Aung Hlaing ke Sidang Kemuncak BIMSTEC keenam pada 4 April akan diteruskan'.

Bagaimanapun, tempoh keberadaan pemimpin junta itu di Bangkok tidak dinyatakan.

Sidang Kemuncak BIMSTEC yang berlangsung dari Rabu hingga Jumaat menghimpunkan tujuh negara anggota iaitu Thailand, Myanmar, India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan Bhutan.

 

SMART berjaya keluarkan tujuh mangsa di Myanmar termasuk seorang lelaki masih hidup

KUALA LUMPUR, 2 April- Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya mengeluarkan tujuh mangsa termasuk seorang yang masih hidup di bawah runtuhan gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar setakat ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa meninggal dunia terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan berusia lingkungan lapan hingga 56 tahun, manakala mangsa yang hidup ialah seorang lelaki berusia 40 tahun.

"Pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini, dua tempat kerja telah dilakukan tinjauan dan kerja menyelamat iaitu di Mozar Quater, Sagaing dan Paramic Monastery.

"Tempat kerja mula berbau mayat dan peratusan menyelamat mangsa hidup berkurangan," menurut kenyataan itu.

Kesemua 50 pegawai dan anggota SMART dalam keadaan baik dari aspek kesihatan, makan minum dan kebajikan namun seorang daripada anggota pasukan mengalami kecederaan ringan.

"Cuaca semakin panas dan pasukan dinasihati minum air secukupnya, selain mengambil vitamin. Hal ini bagi mengelakkan anggota pasukan mengalami strok haba akibat suhu panas yang boleh mengakibatkan mereka mengalami batuk berterusan serta hilang tumpuan.

"Tempoh bencana telah melepasi tempoh kritikal 72 jam. Berdasarkan garis panduan Kumpulan Penasihat SAR Antarabangsa dan situasi semasa, pelan demobilisasi MAS-01 (SMART) akan mula dirancang dan dilaksana selaras dengan persetujuan pihak berkaitan terutama Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Tempatan (LEMA)," tambah kenyataan itu.

Morale still high among SMART members in quake-hit Myanmar

KUALA LUMPUR: The mental health of the Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) members is in good shape after landing in quake-hit Myanmar on March 30.

The team has been diligently conducting search and rescue operations beginning on March 31, on Hari Raya Aidilfitri, and has since recovered at least four bodies buried under the rubble of buildings.

The 50-member team is expected to spend seven to 14 days in Myanmar for this mission.

"The entire team is healthy and in good spirits to help and find victims that are still buried. They are a highly-trained team, both physically and mentally," National Disaster Management Agency (Nadma) Director-General Datuk Khairul Shahril Idrus told the New Straits Times.

The team performed brief Aidilfitri prayers in the morning before heading out to the site at 8.30am on March 31.

Despite some concerns that the military junta governing Myanmar would disrupt search and rescue operations, Khairul said that the operations were going smoothly as planned.

"Rescue operations are carried out together with the junta and the Myanmar security team which consistently ensures safety. Every day, the Smart team will discuss with the local authorities to determine the operation sites," he said.

On March 28, a 7.7 magnitude earthquake hit Myanmar with Mandalay, Bago, Magway, northeastern Shan State, Sagaing, and Naypyidaw being among the worst-affected areas. It also affected northern Thailand and parts of southern China.

Malaysia has pledged RM10 million in humanitarian aid for Myanmar.

 

Pasukan SMART temui mangsa hidup selepas terperangkap lebih 72 jam

SAIGANG: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dalam misi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Myanmar, berjaya menemukan seorang lelaki hidup selepas terperangkap lebih 72 jam di bawah runtuhan bangunan petang tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa yang ditemui merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dan ditemukan di kawasan kediaman Jalan Sagaing-Ta Da U.

“Mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 2.27 petang dengan kerjasama anggota bomba tempatan, dan kemudian dihantar dengan ambulans ke hospital untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Mengulas mengenai kejadian itu, Ahmad Zahid berkata penemuan mangsa yang masih hidup selepas terperangkap lebih tiga hari di bawah runtuhan adalah sesuatu yang luar biasa dan dianggap sebagai keajaiban.

Sebelum itu, pasukan SMART turut berjaya menemui dan mengeluarkan empat jasad mangsa yang terkorban dalam gempa bumi yang melanda Sagaing.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

“Kita mendoakan agar keluarga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian yang berat ini,” tambahnya.

Jumaat lalu, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Myanmar dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing dan Naypyidaw antara kawasan yang paling teruk terjejas.

Rakaman 'dashcam' papar kerja korek tanah sebelum kebakaran saluran gas

SHAH ALAM – Seorang pengguna TikTok berkongsi video rakaman kamera papan pemuka yang menunjukkan kehadiran jentera pengorek didakwa dalam kawasan jajaran paip gas berpagar, beberapa hari sebelum tragedi kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa.

Video rangkuman berdurasi satu minit 41 saat itu turut menunjukkan kerja-kerja pengorekan tanah melangkaui kawasan berpagar.

Rakaman dipercayai bertarikh 28 Mac dimuat naik oleh pengguna TikTok, miiraahz, memaparkan jentera pengorek berada tidak jauh dari lokasi kerja-kerja pengorekan tanah di tepi jalan.

Klip tersebut kemudian menunjukkan kemunculan jentera pengorek kaut pada sebelah petang 30 Mac, berada betul-betul di kawasan pengorekan tanah.

 

Berdasarkan pemerhatian, keluasan tanah yang dikorek bertambah besar dalam tempoh dua hari tersebut dan tiada sebarang papan tanda penyelenggaraan dipasang.

Miiraahz juga berkongsi pengalaman kerap kali melalui jalan berdekatan Putra Heights dan mengagumi kehijauan kawasan lapang yang berpagar namun kini meluahkan rasa hiba setelah lokasi itu bertukar seakan 'medan perang'.

"Selalu lalu jalan ni, selalu nampak hijau je cantik tapi sekarang... Semoga dipermudahkan urusan semua mangsa kejadian. Amin," tulisnya.

Rakaman itu secara tidak langsung mencetuskan persoalan serta menerima pelbagai reaksi daripada pengguna TikTok lain.

Seorang pengguna dikenali sebagai Ji mempersoalkan kehilangan jentera berat yang berada di kawasan berkenaan sebelum tragedi kebakaran berlaku.

"Tertanya-tanya mana pergi semua jentera yang buat kerja di situ. Adakah mereka dah tahu awal-awal lagi paip dah bocor?" soalnya.

Sementara itu, pemilik akaun belacan hangus pula mendakwa terdapat dua jentera berat dalam video yang tular tersebut.

"Ada dua buah, backhoe dan excavator. 28 hari bulan, excavator. 30 hari bulan, backhoe. Masaklah, dah ada bukti, kongsi sampai pihak sepatutnya tahu, terutamanya Petronas," komennya.

Bagi DonAfiez, dia berharap video yang dimuat naik dalam media sosial itu diserahkan kepada pihak polis untuk dijadikan bukti.

"Tuan video, saya harap bukti 'dashcam' ini diserahkan kepada pihak polis sebab bukti ini kukuh mengatakan ada backhoe yang tengah jalankan aktiviti korek-korek," katanya.

Setakat ini, video tersebut telah meraih 1.4 juta tontonan, sekali gus menarik perhatian ramai pengguna media sosial.

Bagaimanapun, Sinar Harian masih berusaha mendapatkan maklum balas lanjut daripada pengguna TikTok yang mendakwa sebagai pemilik rakaman berkenaan.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search