KUALA LUMPUR – Dua beradik yang menetap di Kampung Kuala Sungai Baru, dekat sini tidak menyangka ‘hujan batu’ pada pagi semalam berpunca daripada letupan di Putra Heights.
Wan Maznah Wan Yusoff, 43, berkata, bunyi bising turut kedengaran di udara yang disangka pesawat terhempas seperti yang digambarkan anaknya.
Menceritakan kejadian itu, wanita tersebut berkata, mereka sekeluarga ketika itu sedang bersiap untuk beraya di Perak.
“Ketika sedang menunggu dobi pakaian selesai, anak saya menelefon memaklumkan ‘api besar’ di belakang rumah tok.
“Tiba di selekoh menuju ke rumah, saya dapat rasa hujan batu halus-halus dan lihat api yang cukup marak tidak berapa jauh dari rumah. Masa itu saya redha saja,” ujarnya ketika ditemui di pusat penempatan sementara, Masjid Putra Heights dekat sini.
Menurut Wan Maznah, keadaan ketika itu panas dan bahangnya tidak mampu digambarkan.
“Mujur api menjulang, jika api merebak secara mendatar memang rumah kami terbakar kerana ia terletak berdekatan di antara satu sama lain,” ujarnya.
Menurut Wan Maznah semua lima ahli keluarganya sempat menyelamatkan dua buah motosikal keluar dari tempat kejadian.
“Saya sempat melawat rumah hari ini, syukur struktur binaan masih kekal, namun bahagian dalam rumah bertaburan,” ujarnya.
Sementara itu, kakaknya Wan Azizan, 46, berkata, trauma masih dirasakan sehingga tidak mampu melelapkan mata malam tadi kerana masih dihantui kejadian tersebut.
Ujarnya, dia sekeluarga yang tinggal bersebelahan dengan adiknya hanya keluar sehelai sepinggang menyelamatkan diri daripada bahang api yang terlalu panas. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Dua beradik yang menetap di Kampung Kuala Sungai Baru, dekat sini tidak menyangka ‘hujan batu’ pada pagi semalam berpunca daripada letupan di Putra Heights.
Wan Maznah Wan Yusoff, 43, berkata, bunyi bising turut kedengaran di udara yang disangka pesawat terhempas seperti yang digambarkan anaknya.
Menceritakan kejadian itu, wanita tersebut berkata, mereka sekeluarga ketika itu sedang bersiap untuk beraya di Perak.
“Ketika sedang menunggu dobi pakaian selesai, anak saya menelefon memaklumkan ‘api besar’ di belakang rumah tok. “Saya yang ketika itu sedang minum di kedai mamak bergegas pulang ke rumah.
“Tiba di selekoh menuju ke rumah, saya dapat rasa hujan batu halus-halus dan lihat api yang cukup marak tidak berapa jauh dari rumah. Masa itu saya redha saja,” ujarnya ketika ditemui di pusat penempatan sementara, Masjid Putra Heights dekat sini.
Menurut Wan Maznah, keadaan ketika itu panas dan bahangnya tidak mampu digambarkan.
“Mujur api menjulang, jika api merebak secara mendatar memang rumah kami terbakar kerana ia terletak berdekatan di antara satu sama lain,” ujarnya.
Menurut Wan Maznah semua lima ahli keluarganya sempat menyelamatkan dua buah motosikal keluar dari tempat kejadian.
“Saya sempat melawat rumah hari ini, syukur struktur binaan masih kekal, namun bahagian dalam rumah bertaburan,” ujarnya.
Sementara itu, kakaknya Wan Azizan, 46, berkata, trauma masih dirasakan sehingga tidak mampu melelapkan mata malam tadi kerana masih dihantui kejadian tersebut.
Ujarnya, dia sekeluarga yang tinggal bersebelahan dengan adiknya hanya keluar sehelai sepinggang menyelamatkan diri daripada bahang api yang terlalu panas. – MalaysiaGazette
‘Kami sudah beri amaran, tetapi tidak diendahkan’: Mangsa kecewa dengan MBSJ kerana letupan gas Putra Heights
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR – Mangsa letupan saluran paip gas Putra Heights berang dan mendakwa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) meluluskan lot kedai berhampiran kediaman mereka tanpa penilaian asas yang sewajarnya, sehingga menyebabkan kebakaran besar itu berlaku.
Penduduk berang berikutan spekulasi meluas di media sosial yang mengatakan kerja-kerja penggalian untuk projek di tanah rizab terbabit menjadi punca kepada insiden letupan saluran paip gas semalam.
Difahamkan, syarikat pembinaan, Hong & Hong Homes Sdn. Bhd., kini dalam siasatan polis berhubung kejadian itu, yang menyebabkan lebih 100 orang cedera dan ramai lagi kehilangan tempat tinggal.
Ketika meninjau dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Masjid Putra Heights dan dewan serbaguna Dewan Camelia, Majlis Bandaraya Subang Jaya, beberapa penduduk memberitahu Scoop mereka telah membuat aduan rasmi kepada MBSJ pada 2023, menggesa pihak berkuasa menghentikan pembinaan sebelum ia dimulakan.
Shahrul Hamdan, 39, yang tinggal hanya 50 meter dari lokasi letupan berkata, amarannya berulang kali mengenai potensi bahaya projek itu tidak diendahkan.
“Saya telah menghantar beberapa aduan kepada MBSJ sejak tahun lepas, memberi amaran kepada mereka tentang bahaya pembinaan ini, tetapi setiap kali saya tidak diendahkan. Saya juga ada menyebut dalam surat bahawa saya boleh menghidu bau gas yang kuat di kawasan itu, tetapi tiada siapa yang mengambil serius. Sekarang, lihat apa yang telah berlaku.
“Saya mempunyai rakan yang bekerja dalam sektor gas, dan mereka memberi amaran kepada saya bahawa sebarang penggalian berhampiran saluran paip gas adalah amat berisiko. Saya bimbang suatu hari nanti, gas itu akan bocor dan membawa kepada bencana—kini, apa yang saya bimbangkan sudah menjadi kenyataan.
“Disebabkan kecuaian MBSJ dan kecuaian mereka yang terlibat, kami kehilangan rumah, harta benda dan ketenangan fikiran. Tiada seorang pun daripada mereka akan bertanggungjawab atas kemusnahan ini.
“Sebaliknya, kami yang menderita. Kami sedang berbincang dengan peguam dan merancang untuk menyaman MBSJ atas kecuaian mereka. Mereka tidak mengendahkan amaran kami, dan kini kami terpaksa membayar harganya. Kami tidak akan membiarkan perkara ini tanpa melawan,” kata Shahrul ketika ditemui di Masjid Putra Heights.
Seorang lagi mangsa, Wan Aidid Wan Hassan, 25, berkongsi kekecewaan yang sama, berkata jabatan perancangan bandar MBSJ sepatutnya menjalankan penilaian yang sewajarnya sebelum meluluskan projek itu.
“Saya, isteri dan anak kami hampir dibakar hidup-hidup kerana kecuaian pihak berkuasa yang terlibat dalam meluluskan projek ini, dan saya pasti kebakaran besar itu berpunca daripadanya.
“Kami tinggal berhampiran tapak pembinaan, dan setiap hari kami akan mendengar banyak kerja-kerja penggerudian dibuat. Saya banyak kali menelefon MBSJ untuk membuat aduan, tetapi mereka sentiasa mengelak panggilan saya. Pada satu ketika, saya mengalah, tetapi saya tidak pernah menjangka kesannya seteruk ini.
“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kerajaan negeri Selangor kerana memberikan bantuan kepada kami, tetapi kami berharap pada masa akan datang, MBSJ akan melakukan usaha sewajarnya sebelum meluluskan projek pembinaan seperti itu,” kata Wan Aidid ketika ditemui di Dewan Camelia.
Bagaimanapun, seorang tukang paip dan juruelektrik, Kamarudin Haji Mat Rata, percaya menyalahkan pihak berkuasa adalah sia-sia, kerana kejadian seperti itu tidak dapat diramalkan.
“Dari perspektif teknikal, saya percaya terdapat pergerakan di bawah tanah semasa pembinaan, yang boleh menyebabkan paip gas bocor.
“Oleh itu, saya lebih suka untuk tidak membuat spekulasi, kerana kejadian seperti ini tidak dapat diramalkan. Saya percaya pihak berkuasa sedang menyiasat perkara itu, dan kita harus menunggu kesimpulan akhir mereka,” katanya.
Datuk Bandar Subang Jaya Datuk Amirul Azizan Abd Rahim mengesahkan projek pembangunan itu telah mendapat kelulusan perancangan daripada MBSJ pada 2022.
Beliau juga menyatakan bahawa projek itu adalah sah, menjelaskan bahawa ia tidak terletak di atas tanah rizab atau hak laluan (ROW) untuk Petronas. Beliau menambah bahawa Petronas telah memberikan kebenaran untuk penggunaan ROWnya untuk kemudahan pembetungan. – 3 April 2025
KEJADIAN kebakaran paip gas yang berlaku ketika umat Islam meraikan hari kedua Aidilfitri pada Selasa benar-benar menggemparkan negara.
Menurut laporan muka depan Sinar Harian, api yang marak, letupan dahsyat dan kepulan asap tebal itu telah menyebabkan sebanyak 237 rumah atau premis terjejas, 275 kenderaan dan 57 motosikal terbakar, sementara seramai 67 penduduk pula melecur.
Mengimbas kembali kronologi insiden tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor mengesahkan kejadian berlaku di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Selangor pada jam 8.23 pagi dan ia telah menjejaskan 305 penduduk secara keseluruhannya.
Kira-kira dua jam selepas itu, 25 mangsa menerima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala lima yang lain dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk rawatan lanjut melibatkan kecederaan seperti luka, melecur dan kesukaran bernafas.
Menghampiri jam 11 pagi, mangsa lain yang diselamatkan ditempatkan di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya, berhampiran lokasi kejadian.
Selepas lebih sejam kemudian, Masjid Al-Falah USJ 9 pula dibuka kepada mangsa terjejas untuk berlindung.
Dilaporkan juga, Masjid Nurul Iman dan Masjid Putra Height turut dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).
Sinar Harian ingin mengambil kesempatan memuji tindakan rumah ibadat yang membuka pintu mereka dalam misi memberi bantuan awal kepada mangsa terjejas.
Ia menunjukkan rumah ibadat bukan sahaja tempat untuk melakukan ibadat semata-mata, malah berfungsi menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja memerlukan terutama ketika penduduk ditimpa bencana.
Inilah contoh sebenar perpaduan dan solidariti melangkaui batasan agama serta kaum.
Dalam situasi getir seperti kejadian dahsyat itu, tiada perbezaan yang menjadi penghalang mereka, apa yang ada hanyalah rasa kemanusiaan yang mendalam dan keinginan membantu mereka terjejas.
Kejadian tersebut turut membuktikan peranan penting rumah ibadat dalam masyarakat yang menjadi pusat kebajikan.
Tindakan pantas yang dilakukan mereka harus dijadikan inspirasi kepada semua pihak termasuk organisasi lain untuk bersiap sedia menghadapi bencana dengan semangat membantu tanpa mengira latar belakang.
YANGON - Seorang kakitangan hotel berusia 26 tahun diselamatkan daripada runtuhan sebuah bangunan hotel di Nay Pyi Taw pada Rabu, lima hari selepas gempa bumi bermagnitud 7.9 melanda Myanmar, menurut pasukan penerangan Majlis Pentadbiran Negara, lapor Xinhua.
Dua individu dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan, dan pasukan penyelamat dari Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar serta Turkiye berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang terselamat, menurut pasukan penerangan itu.
Operasi di hotel berkenaan bermula sekitar 3.00 petang waktu tempatan pada Selasa, dan lelaki itu berjaya diselamatkan kira-kira 12.30 tengah malam waktu tempatan pada Rabu, katanya.
Usaha masih diteruskan bagi mengesan dan menyelamatkan individu yang masih terperangkap. - Bernama
