BIDOR: Hundreds of people were stranded at the Sungai Klah hot spring yesterday after a bridge collapse cut off the main access route to the area.
It is learnt that the bridge collapsed on Saturday night following heavy rain.
Perak Fire and Rescue Department operations chief Sabarodzie Nor Ahmad said the department received a distress call at 10.46am yesterday, and a team of firemen from Bidor was despatched to the scene.
He said the incident happened on the main access road leading to the Sungai Klah hot spring, Kampung Tisong and the Buyong Mas Sanctuary campsite.
“No injuries or casualties were reported.
“Among those stranded were 17 families comprising 39 adults and 16 children, along with residents from the Orang Asli village of Kampung Tisong.
“In addition, 81 students from Politeknik Sultan Azlan Shah in Behrang and 10 staff members were at the Buyong Mas Sanctuary camp site at the time of the incident.”
He said firemen were working with other agencies to evacuate the victims.
“The operation involved the Batang Padang district office, Sungkai police and the Muallim Civil Defence Force.”
Baling: Hujan tanpa henti selama tiga jam malam kelmarin menyebabkan tiga kampung di daerah ini dilanda banjir kilat, awal pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat membabitkan Kampung Padang Setul, Kampung Kledang dan Kampung Tawar jam 4.34 pagi.
Beliau berkata, banjir menyebabkan 20 keluarga terjejas selepas kediaman mereka dinaiki air. “Jumlah itu membabitkan 40 mangsa, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
“Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Samsari Ibrahim bersama tujuh anggota melakukan pemantauan di kawasan rumah penduduk yang terjejas,”
Jumlah itu membabitkan 40 mangsa namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini” Zulkhairi Mat Tanjil katanya ketika dihubungi, semalam.
Zulkhairi berkata, bomba menasihatkan penduduk bersiap sedia berpindah sekiranya hujan berterusan dan kediaman mereka dinaiki air.
Beliau berkata, banjir kilat berlaku akibat limpahan air Sungai Ketil dan sistem perparitan bertakung di kawasan itu.
Rumah belum didiami dah dilanda banjir
- Admin UKK
- Berita
Rumah belum didiami namun sudah dilanda banjir. Itu masalah yang berlaku di Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) Felda Pasoh Dua di sini.
Pengerusi Pertubuhan 1 Silaturahim Anak Felda (1SAF), Mohammad Yahya Zakaria, berkata PGBF itu sudah siap dibina, namun dilanda banjir setiap kali hujan lebat.
Beliau berkata, keseluruhan 70 rumah PGBF di situ, berdepan masalah banjir dan sudah dua kali dilanda banjir pada bulan ini selain turut dilanda banjir pada bulan lalu.
“Ini yang merunsingkan pembeli berikutan keseluruhan 70 kediaman PGBF yang baru siap dibina itu berdepan banjir setiap kali hujan lebat.
“Terbaru adalah malam tadi (kelmarin). Secara umumnya perumahan ini mengalami banjir setiap bulan, terutama apabila hujan lebat,” katanya.
Mohammad Yahya yang juga generasi kedua Felda, berkata banjir yang berulang itu pasti merisaukan pembeli rumah yang sudah tidak sabar untuk mendiami kediaman itu.
Katanya, pemaju PGBF iaitu Felda sendiri mengetahui perumahan ini sangat berisiko mengalami banjir. Menurutnya, walaupun beberapa tindakan sudah diambil seperti pembesaran longkang namun ia bagaikan tidak berkesan.
“Projek PGBF sebelum ini terbengkalai lama, namun akhirnya siap pada tahun 2024 dan majlis cabutan pemilihan pembeli juga sudah selesai dilakukan.
“Bagaimanapun penyerahan kunci terpaksa ditangguhkan sejak Oktober 2024 dan sehingga isu berisiko banjir ini tidak diselesaikan, pembeli tidak senang hati untuk menerima unit rumah yang memang diketahui akan banjir apabila hujan lebat,” katanya.
Selangor akan menghantar pegawai unit pengurusan bencana negeri ke negara yang berpengalaman menghadapi serta menguruskan bencana seperti gempa bumi.
EXCO Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi, berkata antara negara berkenaan ialah Jepun dan Turkiye.
Beliau berkata, pihaknya sedang melihat semula gerak kerja terbabit kerana sebelum ini lebih bertumpu kepada bencana yang lazim berlaku di negara ini seperti banjir dan tanah runtuh.
“Kita tidak meminta ia (gempa bumi) berlaku tetapi kita perlu bersiap siaga.
“Mungkin pada Mei atau Jun depan, kita akan menghantar pegawai sama ada membuat lawatan kerja atau berkursus di negara yang berpengalaman menghadapi serta menguruskan bencana itu, seperti Jepun dan Turkiye.
“Kita boleh belajar daripada mereka berhubung cara menguruskan pasca bencana, pasca gempa. Itu antara perancangan terkini kerajaan negeri untuk kita melengkapi pegawai pengurusan bencana dengan kemahiran dan gerak kerja baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, di sini, semalam.
Mohd Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik berkata, perancangan berkenaan turut mengambil kira Thailand dan Myanmar yang dilanda gempa bumi, baru-baru ini.
“Negara ini bukan negara berisiko gempa bumi. Biasanya Indonesia, Jepun tetapi sekarang berlaku di negara lain (Thailand dan Myanmar).
“Oleh itu, kita juga perlu membuat persiapan. Kita akan bersiap sedia di Selangor,” katanya.
Kerja pembersihan diteruskan
Sementara itu, beliau memaklumkan kerja pembersihan di kawasan sekitar kawasan letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights masih diteruskan secara berperingkat.
“Pembersihan di kawasan kejadian masih dilaksanakan, cuma bukan secara besar-besaran seperti yang kita lakukan minggu lalu. Kita tidak boleh menjalankan kerja pembersihan sesuka hati.
“Laporan awal berhubung kejadian itu akan dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, selepas mesyuarat pada minggu depan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Takbir Aidilfitri yang biasanya mengisi ruang masjid dan rumah di tanah air, kali ini hanya bergema selama 10 minit di Sagaing.
Namun bagi 50 anggota Pasukan Khas SMART yang menyambut lebaran dalam misi bantuan kemanusiaan — itu sudah cukup membawa erti besar dalam seribu kepayahan.
Seramai 50 anggota SMART berlepas dari Malaysia pada malam 30 April lalu, sehari sebelum sambutan Aidilfitri. Ketibaan mereka disusuli perjalanan selama 11 jam dari Naypyidaw ke Sagaing, melintasi lebih 10 sekatan jalan raya dan diiringi enam pasukan keselamatan tempatan.
Komander Kontinjen MAS-01, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Hafiezul Abdul Halim berkata, anggota tetap menunaikan solat sunat Aidilfitri dan bertakbir secara ringkas sebelum memulakan operasi.
“Takbir hanya lima ke sepuluh minit, tetapi cukup menyentuh hati. Dalam kepenatan, kami tetap tunaikan walau di perantauan,” katanya dalam temu bual khas Podcast Utama yang disiarkan di platform digital Buletin TV3, semalam.
Misi menyelamat di lokasi runtuhan itu menyaksikan pasukan SMART berjaya mengesan 10 mayat mangsa, termasuk seorang sami dan dua beranak yang terperangkap di bawah runtuhan kuil.
“Keadaan di lokasi sangat mencabar. Struktur bangunan runtuh hingga dua tingkat ke bawah. Kami perlu menggali dua hingga tiga meter untuk sampai ke mangsa,” kata Hafiezul.
“Rumah-rumah di Sagaing biasanya empat hingga lima tingkat. Tapi bila gempa melanda, tingkat satu dan dua seolah-olah hilang tenggelam terus. Jadi kita nampak tiga tingkat, tapi dua tingkat di bawah tu masih ada, tersembunyi di bawah timbunan konkrit,” katanya.
Pasukan SMART menggunakan pelbagai kaedah pencarian termasuk kaedah fizikal, teknikal dan visual.
“Kaedah pertama ialah pencarian fizikal — kami akan buat barisan panjang, jerit nama mangsa, dan tanya penduduk setempat kalau dengar bunyi ketukan atau jeritan,” katanya.
Kaedah kedua ialah pencarian teknikal menggunakan alat pengesan khas seperti Delsar, sejenis gabungan mikrofon sensitif dan sensor getaran.
“Apabila kami gunakan Delsar, semua orang kena berhenti kerja dan senyap sepenuhnya. Kalau ada bunyi kecil macam ketukan atau jeritan, sensor akan kesan.
Bagi kaedah ketiga pula, SMART menggunakan kamera IRIS — kamera kecil beresolusi tinggi yang boleh dimasukkan ke celahan sempit dan runtuhan.
“Ia sangat berguna kalau kami syak ada mangsa hidup berdasarkan tanda-tanda tertentu,” jelasnya.
Namun, cabaran operasi tidak terhenti pada runtuhan semata-mata. Suhu di lokasi mencecah sehingga 41 darjah Celsius, memaksa anggota mengambil satu botol air setiap jam dan menjana sekurang-kurangnya 2,500 kalori sehari bagi mengekalkan tenaga.
Jelasnya, satu-satunya mangsa yang berjaya diselamatkan masih menerima rawatan di hospital. Semua mayat lain dikeluarkan mengikut keutamaan dan diserahkan kepada pihak tempatan untuk pengebumian.
“Kami tak boleh tinggal mayat di bawah. Jika tak dikeluarkan, mereka mungkin terus ditanam atau dibakar di situ juga. Itu bukan prinsip kami,” tegas Hafiezul.
Menurut Hafiezul, ketika operasi di celah rutuhan bangunan, ramai keluarga mangsa menaruh harapan agar pasukan SMART dapat membawa keluar mayat ahli keluarga dengan sempurna, sekalipun jasad tidak lagi utuh.
“Itulah detik-detik yang benar-benar menguji kami. Mental, emosi, semuanya. Tapi kami dilatih untuk itu. Kami ikut SOP, ada penggiliran masuk dua orang satu masa saja. Safety officer pantau dari luar. Setiap inci kerja perlu dibuat dengan teliti,” tegasnya.
Menurut Hafiezul, misi di Myanmar bukan sekadar operasi mencari mangsa, malah ia menjadi simbol solidariti, kemanusiaan dan harapan.
“Kita bukan saja selamatkan mangsa hidup. Yang meninggal dunia pun ada hak untuk dibawa keluar dengan bermaruah. Kami tak akan tinggalkan mereka,” katanya lagi.