OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

OP Stralight III bermula

Kuala Lumpur: Malaysia menghantar pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar, semalam bagi melaksanakan Operasi Bantuan Kemanusiaan (Operasi Starlight III) susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh berkata, seramai 69 orang terdiri daripada 16 pegawai dan 53 anggota daripada pelbagai kepakaran antaranya Forward Anaesthesia and Surgical Team (FAST) Hospital Medan Malaysia, elemen dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bersama pasukan keselamatan.

Pasukan yang diketuai Kolonel Dr Ahmad Farhan Ahmad Fuad sebagai pemerintah operasi itu turut membawa keperluan peralatan merangkumi Hospital Medan Tahap Dua, kit perubatan, komunikasi, teknikal, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua trak membabitkan muatan 18 tan.

"Perancangan melaksanakan (Hospital Medan) untuk tempoh sebulan pertama iaitu 30 hari dan selepas itu akan membuat penilaian berdasarkan pemerhatian di lapangan bagi keperluan seterusnya," katanya selepas upacara pelepasan aturgerak Hospital Medan Malaysia ke Operasi Bantuan Kemanusiaan di Myanmar di Pangkalan Udara Subang, semalam.

Beliau berkata, setakat ini, Hospital Medan berkenaan akan beroperasi di kawasan Sagaing, Myanmar dan tidak menolak kemungkinan lokasi itu berubah berdasarkan keadaan semasa.

Dr Zulkeffeli berkata, pasukan itu mengambil masa 72 jam untuk melakukan persediaan bagi mengaktifkan misi itu sebelum berlepas kerana mengambil kira pelbagai faktor termasuk keselamatan, bekalan air dan elektrik terhad di kawasan yang menempatkan Hospital Medan.

"Bagi faktor keselamatan, kita sudah mengambil kira perkara terbabit kerana keadaan di Myanmar ada kawasan sedang bergolak dan kerajaan Myanmar sudah memastikan kawasan penempatan diaturgerak itu selamat," katanya.

Operasi Starlight III diaturgerak dari Pangkalan Udara Subang menggunakan dua pesawat Airbus A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan masing-masing berlepas pada jam 4.45 pagi dan jam 5.15 pagi.

Kedua-dua penerbangan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay, Myanmar pada jam 7.30 pagi dan 8.00 pagi semalam waktu Malaysia.

Sementara itu, Dr Ahmad Farhan berkata, beliau dan pasukan akan memberikan rawatan kesihatan kepada mangsa terjejas sejurus tiba di daerah Sagaing, Myanmar.

Beliau berkata, walaupun bakal berdepan dengan kesukaran di lokasi terjejas, ia tidak mematahkan semangat pegawai dan anggota untuk memberikan rawatan kepada mangsa.

"Pegawai dan semua anggota Op Starlight III bersemangat tinggi untuk berkhidmat, sesuai dengan mandat diberikan Perdana Menteri selaku Pengerusi ASEAN," katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan kerajaan menghantar pegawai perubatan ATM, dengan kapasiti pesakit hospital medan akan ditentukan melalui kerjasama bersama negara-negara ASEAN lain yang turut menubuhkan fasiliti serupa di kawasan terjejas.

Pada 30 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan kemanusiaan berjumlah RM10 juta sebagai sumbangan awal kepada Myanmar yang terjejas akibat gempa bumi 7.7 magnitud.

Berdasarkan maklumat terkini oleh Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar, sejumlah 109 gegaran susulan telah direkodkan sejak kejadian gempa bumi utama bermagnitud 7.7 dan gegaran susulan bermagnitud 6.4 yang melanda kawasan tengah Myanmar pada 28 Mac lalu.

Angka korban kini meningkat melebihi 3,603 orang, dengan lebih 4,817 individu cedera dan 141 masih dilaporkan hilang.

Dianggarkan lebih sembilan juta penduduk terjejas teruk termasuk 2.7 juta kanak-kanak merangkumi 58 buah perbandaran di kawasan Bago Timur, Kayin, Magway, Mandalay, Nay Pyi Taw, Shan Selatan dan Sagaing.

 

 

Dasar Sifar Pelepasan dilaksana di Teluk Gong

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan Dasar Sifar Pelepasan (ZDP) di kawasan perindustrian Teluk Gong, Klang sebagai strategi jangka panjang dalam mengawal pencemaran sumber air daripada aktiviti industri.

Langkah itu dicapai melalui kerjasama antara Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Persatuan Pekilang-pekilang Teluk Gong serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, ZDP merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Peraturan-peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian serta Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024 yang bertujuan untuk memastikan tiada pelepasan buangan secara langsung ke alam sekitar.

Dengan ini, Teluk Gong menjadi kawasan perindustrian pertama di negeri ini yang melaksanakan dasar ini secara penuh, sekali gus menjadi model kawalan pencemaran industri yang mampan.

“Setakat ini, sebanyak 92 lesen ZDP telah dikeluarkan kepada premis-premis industri di kawasan Teluk Gong.

“Pelaksanaan dasar itu dijalankan menerusi kerjasama beberapa pihak terlibat termasuk ADUN menerusi sesi libat urus pada 5 Disember tahun lalu,” katanya.

Pada 11 April lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Sungai Teluk Gong diibaratkan sudah mati ekoran pencemaran yang serius dengan kualiti airnya tidak sesuai bagi sebarang kehidupan.

Hasil ujian kualiti air diambil dari empat anak sungai sepanjang kira-kira 20 kilometer yang mengelilingi Teluk Gong hingga ke Pelabuhan Klang oleh sebuah makmal bebas bertauliah di Selangor mendapati, kandungan amonia airnya amat tinggi.

Jamaliah berkata, selain pelaksanaan ZDP, LUAS melaksanakan Program Pemantauan Sungai (RMP) sejak April 2023 yang turut melibatkan inisiatif pemuliharaan air.

“Hasilnya kualiti air di beberapa kawasan seperti Jalan Ikan Tampang dan Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Jeti Perajurit menunjukkan peningkatan ke tahap kelas ketiga iaitu sederhana tercemar dengan kerjasama agensi berkaitan,” katanya. – UTUSAN

Myanmar post-earthquake recovery requires sustained support, says ICRC official

YANGON: As the response to Myanmar's 7.9-magnitude earthquake transitions from emergency relief to long-term recovery, there is an urgent need for sustained support in rebuilding housing infrastructures, restoring water and electricity, and enabling economic recovery, Yasmine Praz Dessimoz, director of Operations of International Committee of the Red Cross (ICRC), said.

Beyond emergency response, recovery efforts have to be sustained in the long run, for local people to resume a normal life, she told Xinhua in an interview.

Stark challenges persist as earthquake-affected areas face crises like loss of livelihoods, damaged infrastructure and psychological trauma, and the monsoon season threatens makeshift shelters, she said.

The ICRC official said that the organisation plans to expand livelihood programmes and collaborate with local authorities and international partners, focusing on restoring local livelihood, water and food supply, and the health sector.

The ICRC will work closely with the Myanmar Red Cross Society and partners in the International Red Cross and Red Crescent Movement, including the Red Cross Society of China, in deploying the best personnel and expertise to address both immediate and systemic vulnerabilities of earthquake-affected regions, she said.

The 7.9-magnitude earthquake, which jolted Myanmar on March 28, has claimed 3,726 lives and left 5,105 people injured, with 129 others remaining unaccounted for as of April 18, according to Myanmar's State Administration Council Information Team on April 19. - Xinhua

289 nelayan terjejas banjir terima sumbangan Tabung Bencana LKIM

PASIR PUTEH – Seramai 289 nelayan di daerah ini dan Bachok menerima sumbangan berjumlah RM144,500 menerusi program Bantuan Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan merupakan inisiatif meringankan beban komuniti nelayan yang ditimpa musibah banjir hujung tahun lalu.

Menurutnya, jumlah itu diberikan kepada hampir keseluruhan nelayan di dua daerah tersebut yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) semasa banjir selain hilang punca pendapatan dalam tempoh musim tengkujuh.

“LKIM komited dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan nelayan terus terbela.

“Program itu juga bertujuan menyuntik semangat dan memberi sokongan moral kepada para nelayan dalam mengharungi kesan musibah banjir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Madani Pengerusi LKIM bersama nelayan Kelantan di Penempatan Semula Nelayan Tok Bali di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz memberitahu, dana sebanyak RM180,000 turut disalurkan kepada 12 nelayan daripada golongan B40 melalui program Penyerahan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan bagi membantu mereka meningkatkan hasil tangkapan serta menjana pendapatan lebih stabil.

Menurutnya, LKIM mengagihkan enjin bot kepada nelayan tradisional terpilih berasaskan keperluan bagi membolehkan mereka menjalankan kerja menangkap ikan di pesisir pantai. – KOSMO! ONLINE

Thunderstorm, heavy rain warning issued by MetMalaysia for nine states

KUALA LUMPUR: Thunderstorms, heavy rain, and strong winds are expected across various regions in Malaysia, with warnings in effect until 5pm on Saturday (April 19), said the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) in a post on its Facebook page.

Perlis and several areas in Kedah, including Kubang Pasu and Kota Setar, are on alert.

Severe weather is anticipated in Perak, affecting areas such as Kerian, Larut, Matang and Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang, and Muallim.

Pahang's Cameron Highlands is also expected to experience adverse conditions.

In Selangor, districts like Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, and Sepang, along with Kuala Lumpur and Putrajaya, are expected to face severe weather.

A warning has been issued for several areas in Negeri Sembilan; Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, and Tampin.

Melaka and various regions in Johor, such as Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, and Johor Bahru, are also forecasted to experience adverse weather.

In Sarawak, areas like Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Saratok and Kabong), Sarikei (Sarikei and Julau), Sibu (Sibu and Selangau), Mukah, Kapit (Belaga), and Limbang are expected to face severe conditions.

Sabah regions, including the Interior (Sipitang and Tenom), West Coast (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, and Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Beluran), and Kudat (Kota Marudu), are also under the thunderstorm warning.

This warning is issued when thunderstorms with rainfall intensity exceeding 20mm per hour are imminent or expected to persist for more than an hour.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search