OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

KADA naik taraf pam air tangani gangguan bekalan padi

KADA naik taraf pam air tangani gangguan bekalan padi

PETALING JAYA: Usaha menaik taraf kemudahan pam air bagi menyedut air sungai ke kawasan bendang dikenal pasti antara pendekatan dalam menangani isu kemarau yang menjejaskan pengeluaran padi negara.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abdul Samad berkata, langkah itu penting bagi memastikan bekalan air ke kawasan sawah tidak terjejas terutama ketika musim kemarau berpanjangan.

Katanya, projek naik taraf itu dilakukan susulan paras air sungai yang menurun akibat cuaca kemarau berpanjangan.

“Selain itu, kerja penyelenggaraan parit serta pembaikan sistem pengairan turut dilaksanakan secara berperingkat.

“Usaha tersebut penting bagi memastikan bekalan air ke kawasan sawah tidak terjejas sepanjang musim penanaman padi.

“Perancangan ini amat pen­ting bagi memastikan pesawah dan pengusaha tempatan terus dapat menjalankan aktiviti penanaman padi dengan lebih stabil serta tidak terjejas dan dapat mengurangkan kebergantungan kepada import,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam akhbar ini melaporkan, lebih 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan sekitarnya menarik nafas lega atas pengumuman kerajaan menaikkan kadar Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) kepada RM300 bagi meringankan beban kos pengeluaran padi.

Tambah Khalid, baja berasaskan growth enhancer juga merupakan aspek penting yang diusahakan KADA bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi negara secara lebih mampan dalam menangani krisis tenaga susulan konflik di Asia Barat.

Katanya, penggunaan model pertanian itu mampu merangsang pertumbuhan tanaman supaya lebih cepat, sihat, dan berpotensi hasil lebih tinggi.

“Semua usaha tersebut merupakan strategi jangka panjang bagi memastikan industri padi negara kekal mampan walaupun berdepan cabaran cuaca tidak menentu.

“Kita menyasarkan peningkatan hasil padi kepada enam tan sehektar dengan perancangan jangka panjang menjelang tahun 2030 untuk mencapai sehingga 10 tan sehektar.

“Usaha tersebut dilaksanakan melalui penambahbaikan growth enhancer serta teknik penanaman moden termasuk penggunaan mesin penanam padi atau transplanter bagi meningkatkan kecekapan dan hasil pengeluaran,” katanya.-UTUSAN.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search