OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Ahmad Zahid adakan lawatan rasmi ke Indonesia

KUALA LUMPUR, 20 April: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia bermula hari ini hingga 22 April bagi memperkukuh hubungan kedua-dua negara.

Kementerian Luar (Wisma Putra) memaklumkan Ahmad dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming bagi membincang serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Perbincangan itu juga jelas Wisma Putra dijangka menyentuh sektor industri halal, pembangunan luar bandar dan pengurusan bencana negara.

“Lawatan ini mencerminkan kesinambungan kerjasama erat antara kedua-dua negara susulan Lawatan Negara Presiden Republik Indonesia ke Malaysia pada Januari 2025 yang lalu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan merasmikan majlis pelepasan ASEAN Unity Drive 2025 yang akan berlangsung di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Wisma Putra berkata lawatan itu menjadi platform bagi mempertingkat kerjasama dua hala, selain menangani cabaran serantau serta memperkukuh kolaborasi masa depan dengan kepentingan bersama.

Ahmad Zahid dijangka menyertai Sesi Meja Bulat dan mengadakan perbincangan bersama wakil-wakil utama industri francais Indonesia.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga dijadual menyaksikan pertukaran tiga Surat Niat yang merangkumi dua kerjasama TVET antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Kerajaan Provinsi Daerah Khusus Ibukota Jakarta (DKI Jakarta), serta Kerajaan Provinsi Sumatera Barat.

Beliau juga akan menyaksikan pemeteraian MoU antara Education Malaysia Global Services (EMGS) dan Kerajaan Provinsi Sumatera Barat khusus dalam bidang pendidikan tinggi.

Indonesia merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan yang kedua terbesar di kalangan Negara-negara Anggota ASEAN pada 2024.

Jumlah dagangan dua hala pada tahun 2024 direkodkan sebanyak RM116.29 bilion meningkat sebanyak 4.5 peratus berbanding RM111.21 bilion pada 2023. – TVS

Floods strike Port Dickson again, displacing families amid rain

SEREMBAN, April 20 — A temporary relief centre was opened this morning at Balai Raya Kampung Permatang Pasir in Port Dickson, providing shelter to 32 individuals from nine families.

Negeri Sembilan Civil Defence Force (APM) director Lt Col (PA) Mohd Nazri Mes Kam said the relief centre was opened at 8.30 am to accommodate victims from Taman Linggi Idaman, Darul Widad, and Kampung Permatang Pasir.

 

“This is due to heavy rain since last night. As the area is low-lying and located near a river, it tends to flood quickly. At the moment, it’s still drizzling and the floodwaters have yet to recede,” he said in a statement today.

He added that no serious property damage had been reported as a result of the flooding and that his team is continuously monitoring the situation. — Bernama

Banjir: Satu PPS dibuka di Port Dickson

PORT DICKSON : Susulan hujan lebat sejak malam semalam, beberapa penempatan di Linggi, di sini, dilanda banjir kilat awal pagi ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Port Dickson, Kapten (PA) Mohd. Azri Abu Hassan berkata, keadaan terkini tersebut menyebabkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Kampung Permatang Pasir dibuka menempatkan 32 mangsa daripada sembilan keluarga.

Menurutnya, PPS berkenaan yang dibuka pada 8.30 pagi tadi menempatkan mangsa dari Taman Linggi Idaman, Darul Widad dan Kampung Permatang Pasir.

“Ia berikutan hujan lebat sejak malam tadi, lokasi itu memang kawasan rendah dan berdekatan sungai, jadi memang akan cepat dinaiki air.

“Ini kejadian banjir kali kedua bulan ini. Buat masa ini, cuaca masih hujan renyai dan banjir masih belum surut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mohd. Azri berkata, bagaimanapun tiada kemusnahan harta benda yang teruk dilaporkan akibat banjir itu dan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa.-UTUSAN

Tragedi Putra Heights bukti insurans rumah perisai hadapi bencana

KUALA LUMPUR: Kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada hari kedua Syawal baru-baru ini yang memusnahkan dan menjejaskan banyak kediaman, jelas menjadi peringatan perit untuk pemilik memberi pertimbangan serius menginsuranskan aset itu serta kandungannya dalam mengurangkan kerugian akibat bencana.

Insiden bertarikh 1 April itu sememangnya mengejutkan, apalagi Malaysia bukannya sering berdepan kebakaran atau letupan berskala besar yang memusnahkan rumah serta harta benda sekelip mata dengan impaknya terus jelas sehingga ke hari ini.

Letupan dengan kepulan awan cendawan besar dan api setinggi 20 tingkat yang mencetuskan bahang haba, memusnahkan harta kediaman dan kenderaan dalam radius 500 meter.

Akibatnya, dianggarkan 1,254 orang daripada 308 keluarga terjejas, 87 rumah musnah dan 148 yang lain memerlukan pembaikan. Tragedi itu jelas membuktikan bencana boleh berlaku pada bila-bila masa serta di mana sahaja.

Lebih penting lagi, ia menunjukkan betapa pentingnya bagi pemilik rumah mempunyai insurans rumah sebagai perisai atau perlindungan kewangan dalam menangani keadaan di luar jangka sedemikian.

Malangnya, tidak ramai yang menyedari mengenai tiga jenis liputan atau perlindungan insurans rumah seperti polisi pemilik rumah (HO), polisi isi rumah (HH) dan insurans kebakaran.

Menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), insurans rumah melindungi kerosakan akibat letupan, yang termasuk di bawah polisi pemilik rumah (HO).

Polisi HO adalah komprehensif yang meliputi struktur fizikal rumah terhadap risiko seperti kebakaran, kilat, letupan, bencana alam dan paip pecah.

Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon, berkata bagi insiden di Putra Heights misalnya, ini meliputi kerosakan akibat letupan termasuk letupan saluran paip gas dengan pampasan berdasarkan kos pembinaan semula.

"Bagi tujuan tuntutan, mereka perlu mendapatkan kelulusan bertulis syarikat insurans sebelum meneruskan sebarang pembaikan rumah, termasuk kerja-kerja kecemasan kerana kerja tanpa kebenaran mungkin tidak dilindungi oleh polisi dan sijil pemilik rumah," katanya kepada Bernama.

Menurut Kim Soon, bagi pemilik yang masih terikat dengan pinjaman gadai janji, pihak bank biasanya memerlukan insurans pemilik rumah sebagai sebahagian daripada perjanjian pinjaman, manakala untuk kondominium atau pangsapuri pula wajib bagi Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengambil polisi induk perlindungan insurans rumah.

Polisi HO berharga purata RM382 setahun untuk rumah pangsa dan pangsapuri, RM377 untuk rumah bertanah manakala harga premium bergantung kepada jumlah nilai rumah yang diinsuranskan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Insurance Bhd, Fukhairudin Mohd Yusof, berkata polisi rumah itu melindungi struktur bangunan daripada risiko dengan memastikan kepentingan kewangan bank terhadap hartanah itu terpelihara.

Ini secara amnya bermakna pemilik rumah dengan pinjaman aktif berkemungkinan mempunyai perlindungan diperlukan untuk tujuan tuntutan.

Polisi isi rumah (HH) pula melibatkan perlindungan kandungan isi rumah, melindungi daripada kehilangan atau kerosakan akibat kejadian seperti kebakaran, kecurian dan bencana alam tertentu.

Tidak seperti polisi HO yang diwajibkan apabila pinjaman perumahan terbabit, polisi HH adalah pilihan, boleh dibeli secara berasingan untuk menampung kandungan rumah anda dengan harga purata RM142 manakala premium bergantung kepada jumlah nilai yang diinsuranskan.

Namun, ia sering diabaikan kerana tidak banyak kesedaran mengenainya.

Berikutan itu, ramai pemilik rumah yang terjejas atau tidak dilindungi untuk kehilangan atau kerosakan kandungan isi rumah mereka dalam kejadian tidak dijangka.

Kim Soon berkata, insurans kebakaran standard atau asas pula merangkumi perlindungan kerosakan akibat kebakaran, kilat serta letupan akibat gas yang digunakan untuk tujuan domestik.

"Bagi kerosakan akibat letupan selain daripada gas domestik, tambahan pilihan boleh dibeli dengan insurans kebakaran. Pampasan pula adalah berdasarkan kos pembinaan semula," katanya.

Selain itu, Fukhairudin berkata insurans kebakaran tidak wajib untuk semua pemilik rumah melainkan ia diperlukan oleh bank mereka untuk tujuan pinjaman perumahan.

"Dari sudut pandang masyarakat, salah satu sebab utama pengambilan rendah mungkin disebabkan oleh kurangnya kesedaran atau kemampuan, terutama dalam kalangan segmen penduduk berpendapatan rendah," katanya.

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), terdapat 9.10 juta isi rumah pada 2024, namun hanya 3.88 juta polisi insurans kebakaran dan rumah dicatatkan yang mencerminkan kadar pengambilan sebanyak 42.6 peratus.

Sebagai perbandingan, sebanyak 8.88 juta isi rumah pada 2023 dengan 3.89 juta polisi insurans kebakaran dan rumah direkodkan iaitu memaparkan kadar pengambilan sebanyak 43.8 peratus.

Kim Soon berkata, dengan kadar pengambilan sekitar 43 peratus, ini menunjukkan lebih separuh daripada isi rumah Malaysia masih tidak dilindungi daripada kerosakan struktur akibat kebakaran, banjir dan cuaca buruk.

Di samping itu, data Insurance Services Malaysia Bhd menunjukkan premium bertulis kasar (GWP) bagi polisi HO di Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 787.30 juta bagi tempoh Januari-September 2024 berbanding 754.46 juta setahun sebelumnya.

GWP bagi polisi HH di negara ini meningkat 10.35 peratus kepada 32.21 juta bagi tempoh Januari-September 2024 berbanding 29.28 juta dalam tempoh sama pada 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Takaful Bhd, Shahrul Azuan Mohamed, berkata jurang kesedaran mengenai perlindungan insurans rumah masih wujud, termasuk membabitkan polisi kebakaran.

"Ramai pemilik rumah menganggap risiko banjir, tanah runtuh dan bencana alam lain dilindungi secara automatik di bawah polisi standard. Namun, pada hakikatnya, perlindungan bahaya khas mesti dibeli secara berasingan," katanya.

Bagi tujuan perlindungan isi rumah, Zurich Malaysia menyarankan agar pemilik rumah memilih polisi HH untuk melindungi harta benda dan barang-barang mereka dengan lebih baik, sekali gus memastikan fikiran lebih tenang.

"Walaupun terdapat peningkatan penggunaan polisi HH pada tahun lalu, pengambilan keseluruhan kekal agak rendah, khususnya disebabkan oleh kekurangan kesedaran dan pemahaman mengenai kepentingan perlindungan rumah yang komprehensif," katanya.

Jelaslah, insiden Putra Heights menjadi pembuka mata bahawa bencana boleh melanda tanpa mengira masa dan lokasi yang mampu mengubah segala-galanya dalam sekelip mata.

Walaupun bencana tidak dapat dijangka, persediaan atau perisai bagi pemilik rumah adalah memastikan mempunyai perlindungan insurans rumah tepat demi melindungi rumah, harta benda dan kesejahteraan kewangan.

Tidak kiralah menerusi polisi pemilik rumah yang komprehensif, perlindungan isi rumah atau insurans kebakaran, apa yang lebih utama adalah mengambil langkah perlu hari ini sebagai jaminan ketenangan fikiran dan perlindungan selain mengurangkan potensi kerugian di masa depan apabila berlaku kejadian tidak diingini.

-BERNAMA

 

 

Pencemaran udara: Kilang proses tempurung kelapa diarah henti operasi

Kubang Pasu: Sebuah kilang memproses tempurung kelapa untuk menghasilkan 'carbon black' diarah menghentikan operasi serta-merta berikutan pencemaran udara yang mengundang ketidakselesaan penduduk setempat.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menerima aduan awam pada Jumaat lalu berhubung pencemaran udara, dan siasatan pada hari sama menunjukkan aduan berkenaan adalah berasas.

Beliau berkata, premis dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, semalam, atas kegagalan kilang mengadakan unit cerobong dan alat kawalan pencemaran udara di dalam premis ketika aktiviti pembakaran tempurung kelapa itu.

Katanya, ia sehingga menyebabkan pencemaran udara yang ketara di kawasan sekitarnya.

"Penahanan serta-merta tidak dapat dilakukan serta-merta Jumaat lalu kerana keadaan peralatan yang masih panas dan boleh membahayakan semua pegawai penguat kuasa.

"Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) diambil bagi menghentikan pencemaran daripada terus berlaku.

"Premis diarahkan untuk menghentikan operasi supaya langkah-langkah pembaikan dilakukan segera bagi mengawal pencemaran yang berlaku," katanya.

Sharifah Zakiah berkata, notis Arahan Seksyen 31 dan 37 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dikeluarkan kepada premis untuk tindakan pembaikan dan penyelenggaraan segera dalam tempoh POK terbabit.

Beliau berkata, premis hanya akan dibenarkan beroperasi semula selepas JAS Kedah berpuas hati dengan tindakan pembaikan yang diambil oleh premis.

"Pihak industri diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.

"Orang ramai diminta melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my," katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search