Majlis Penutupan Bengkel E-pasca dan E-rakan NADMA serta E-sumbangan NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
7 Mei 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi hari ini menyampaikan penghargaan dan meraikan 400 petugas barisan hadapan yang bertugas semasa Monsun Timur Laut 2023/2024 yang berakhir pada bulan Mac 2024 yang lalu. Program anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ini merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak kerajaan Negeri, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak media semasa MTL 2023/2024. Penghargaan ini diberi berdasarkan komitmen dan usaha yang telah ditunjukkan oleh agensi-agensi terhadap tugas dan bidang masing-masing dalam kesiapsiagaan dan pengendalian sistem pengurusan bencana di Malaysia.
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Nadma Ke Atas TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
8 April 2024 -Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) JPM Ke Atas TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada jam 10.00 pagi. Turut hadir ke sesi kunjungan hormat ini, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah NADMA.
Sesi kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk memaklumkan kerjasama pengurusan bencana antara NADMA JPM selaku Agensi Peneraju Utama Pengurusan Bencana dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Semasa sesi kunjungan tersebut, TYT YDP Negeri Pulau Pinang turut berkongsi pandangan dan idea baharu dalam menambahbaik pengurusan bencana negara bersama pengurusan tertinggi NADMA JPM. Sesi kunjungan hormat ini tamat pada jam 12.30 tengah hari.
2 April 2024, UNHRD Subang, Selangor - The 1st NADMA-UNCT (United Nations Country Team) Coordination Meeting telah diadakan pada pagi ini. Pengarah (Dasar) NADMA telah mempengerusikan mesyuarat tersebut bersama wakil daripada WFP-UNHRD. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada NADMA dan UN yang turut serta secara fizikal dan atas talian.
Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk berkongsi maklumat, map out aktiviti berkaitan pengurusan dan pengurangan risiko bencana yang dilaksanakan oleh UN bersama kementerian/agensi di Malaysia serta peluang-peluang kerjasama terutama dalam peningkatan kapasiti dalam pengurusan bencana. Mesyuarat ini turut melibatkan pembentangan ringkas daripada pihak NADMA dan UN berkaitan Northeast Monsoon: Overall Operations and After Action Review dan UNCT Work in Disaster Preparedness, Management, Response and Risk Reduction.
Mesyuarat ini turut disertai pegawai-pegawai NADMA daripada Seksyen Dasar dan Perancangan, Seksyen Mitigasi, Seksyen Logistik, Seksyen Penyelarasan Operasi, Pusat Kawalan Bencana Negara dan Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial.
Sesi Kunjungan Hormat YDH SAC Fauzilan Bin Abdul Aziz Ketua Penolong Pengarah Krisis & Bencana Jabatan KDNKA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
