๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐ ๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ (๐
๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
ย
KOTA BHARU, 21 Julai โ Kesiapsiagaan menghadapi kecemasan maritim bermula dengan koordinasi yang kukuh antara agensi demi melindungi keselamatan rakyat.
ย
NADMA telah menghadiri Mesyuarat Final Planning Conference (FPC) bagi Search and Rescue Exercise (SAREX) Long Semerak Tahap 3 Tahun 2026 di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Kapten Maritim Mohd Marmizi Md Nor, Timbalan Pengarah Operasi, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang, memberi tumpuan kepada penyelarasan akhir latihan berasaskan Arahan NADMA No. 1, National Aeronautical Maritime Search and Rescue (NAMSAR) Manual dan Peraturan Tetap Operasi (PTO) agensi bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keberkesanan operasi mencari dan menyelamat.
ย
NADMA diwakili oleh Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, DCP Datuk Mazli Mazlan, sebagai komitmen berterusan untuk memastikan tindak balas bencana dilaksanakan secara bersepadu, cekap dan berkesan demi keselamatan rakyat.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
KUALA LUMPUR, 21 Julai โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh budaya kesiapsiagaan bencana dalam sektor korporat menerusi Kursus ๐๐ฎ๐ฆ๐ณ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ค๐บ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต yang dianjurkan oleh ๐๐น๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต-๐๐ฎ๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต ๐๐ข๐ฏ๐ฌ ๐ฐ๐ง ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ฉ๐ข๐ฅ (๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฏ๐ฌ) melalui Jabatan Pembelajaran dan Pembangunan, Bahagian Pengurusan Modal Insan sebagai sebahagian daripada Program Kesedaran ๐๐ถ๐ด๐ช๐ฏ๐ฆ๐ด๐ด ๐๐ฐ๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ๐ถ๐ช๐ต๐บ ๐๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต (๐๐๐).
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan warga kerja dalam menghadapi sebarang insiden bencana dan situasi kecemasan, di samping memperkukuh amalan pengurusan risiko serta kesinambungan operasi organisasi. Peserta turut didedahkan kepada aspek pengurusan banjir, termasuk punca, tanda-tanda awal, faktor risiko serta langkah kesiapsiagaan dan tindakan keselamatan sebelum, semasa dan selepas bencana.
Bagi memperkukuh pemahaman peserta terhadap sistem pengurusan bencana negara, Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk "Mekanisme Pengurusan Bencana di Negara". Sesi tersebut memberi penerangan mengenai struktur pengurusan bencana negara, mekanisme penyelarasan pelbagai agensi serta peranan setiap pihak dalam memastikan tindak balas bencana dilaksanakan secara cekap, terselaras dan berkesan.
Melalui kerjasama strategik antara NADMA dan EXIM Bank, usaha memperkukuh budaya kesiapsiagaan bencana terus diperkasa bagi memastikan organisasi lebih bersedia menghadapi sebarang cabaran kecemasan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam membina organisasi yang lebih berdaya tahan, sekali gus menyokong kelangsungan operasi serta melindungi keselamatan dan kesejahteraan warga kerja.
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
ย
KUCHING, 21 Julai โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh kesiapsiagaan pengurusan bencana negara menerusi Bengkel Pengukuhan Fungsi dan Peranan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) Sarawak yang berlangsung pada 19 hingga 21 Julai 2026 di Kuching, Sarawak.
ย
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, manakala majlis penutupan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA.
ย
Melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan semua agensi berkaitan, NADMA komited memperkasakan sistem pengurusan bencana yang lebih cekap, terselaras dan responsif demi melindungi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
ย
BRAZIL, 10 Julai 2026 โ Penyertaan aktif NADMA dalam Siri Mesyuarat INSARAG 2026 di Brazil membuktikan Malaysia bukan sekadar peserta, tetapi rakan strategik yang dipercayai dalam ekosistem penyelamatan bencana global. Dengan pengesahan ICMS Versi 3.0 dan pelancaran ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ถ๐ช๐ฅ๐ฆ๐ญ๐ช๐ฏ๐ฆ๐ด 2026โ2031, Malaysia kini dilengkapi rangka kerja terkini untuk memperkukuh keupayaan USAR negara serta mempercepatkan tindak balas kecemasan demi keselamatan rakyat.
ย
Datuk Dr. Abdul Gapar Abu Bakar dalam perbincangan strategik ini turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju kesiapsiagaan bencana di rantau Asia Pasifik sejajar dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan sistem pengurusan bencana negara sentiasa relevan, terkini dan berpandukan piawaian antarabangsa.
๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐ ๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ โ๐๐๐๐๐พ๐๐๐ ๐๐๐ฝ๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐พ๐๐โ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐
๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ โ๐๐๐๐๐พ๐๐๐ ๐๐๐ฝ๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐พ๐๐โ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
SHAH ALAM, 16 Julai 2026 โ Kesiapsiagaan negara menghadapi insiden bencana udara diperkukuh menerusi pelaksanaan ๐๐ถ๐ญ๐ญ ๐๐ค๐ข๐ญ๐ฆ ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ (๐๐๐) Bencana Udara โ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ ๐๐ณ๐ฃ๐ข๐ฏ ๐๐ข๐ญ๐ค๐ฐ๐ฏโ2026
Program anjuran ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข ๐๐ช๐ณ๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต๐ด ๐๐ฐ๐ญ๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ๐ด ๐๐ฆ๐ณ๐ฉ๐ข๐ฅ (๐๐๐๐) melalui ๐๐ช๐ณ๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต ๐๐ช๐ณ๐ฆ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐ฆ๐ณ๐ท๐ช๐ค๐ฆ (๐๐๐๐), dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), merupakan kesinambungan kepada kepada ๐๐ข๐ฃ๐ญ๐ฆ ๐๐ฐ๐ฑ ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ (๐๐๐) yang diadakan pada 15 Julai 2026.
ย
Latih amal ini menguji keupayaan pelbagai agensi melaksanakan tindakan balas kecemasan secara pantas, cekap dan bersepadu, di samping memperkukuh koordinasi operasi bagi melindungi nyawa serta harta benda.
ย
Pelaksanaannya bertujuan meningkatkan kefahaman dan penyelarasan antara agensi berdasarkan Pelan Kecemasan Aerodrom (AEP), Manual NAMSAR dan Arahan NADMA No. 1.
FSX ini turut melibatkan agensi kerajaan dan pemegang taruh pengurusan bencana di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling.
Latih amal ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik dan memastikan kesiapsiagaan negara sentiasa berada pada tahap terbaik dalam menghadapi insiden bencana udara.
