Lawatan ke Kawasan Berisiko Bencana di Kawasan Kundasang, Sabah | 9 Julai 2025
YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA telah berkesempatan untuk melawat ke kawasan berisiko bencana tanah runtuh di kawasan Kundasang, Sabah. Lawatan ini turut diiringi oleh Pegawai Daerah Ranau, wakil Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sabah, wakil Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah, wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ranau serta wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ranau.
Lawatan ini dimulakan dengan taklimat oleh Encik Mohd Noor Raffee dari JMG Sabah mengenai garis sesar aktif di kawasan kundasang iaitu garis sesar Lobou-Lobou dan Mensaban yang berkelebaran antara 10km ke 12km. Garis sesar ini menyebabkan pergerakan tanah sebanyak 4mm ke 12mm setahun. Aktiviti sesar ini menjadi punca utama tanah runtuh serta perubahan aliran sungai. Seterusnya, YBhg. Datuk Dr. TKPO telah dibawa untuk melawat ke kawasan garis sesar serta kawasan yang pernah terlibat bencana di sekitar Kundasang iaitu di Kg Lobou-Lobou, Lembah Permai dan Kampung Mesilou.
YBhg. Datuk Dr. TKPO merasmikan Latihan Mencari dan Menyelamat di Kawasan Altitude Tinggi
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
9 Julai 2025 – YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA telah merasmikan Latihan Mencari dan Menyelamat di Kawasan Altitude Tinggi yang melibatkan seramai 25 orang pegawai dan anggota SMART. Acara perasmian ini dilaksanakan dengan pelepasan peserta di Timpohon Gate, Gunung Kinabalu.
Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai dan anggota SMART tentang kaedah mencari dan menyelamat di kawasan pergunungan sebagai persiapan sekiranya diaturgerak ke operasi bencana yang melibatkan kawasan pergunungan dan altitude tinggi.
Majlis Amanat Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Majlis Amanat Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Tahun 2025 | 9 Julai 2025 | Dewan Wawasan, Markas Pasukan SMART, Puchong
Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Amanat Ketua Pengarah NADMA tahun 2025 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar); Tuan Haji Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) serta pegawai-pegawai kanan dan seluruh warga kerja NADMA.
Majlis ini turut diserikan dengan sesi pembentangan dan perkongsian pengalaman oleh beberapa orang pegawai NADMA yang telah menyertai kursus, seminar dan lawatan rasmi ke luar negara sepanjang tahun 2025. Antara pegawai yang terlibat dalam sesi ini ialah Encik Mohd Faizal bin Abd Hamid dari Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial, Puan Anis Syarafina binti Apandi dari Seksyen Kewangan dan Akaun, Puan Zurriyati binti Ya'akub dari Seksyen Teknologi Maklumat dan Puan Che Siti Noor binti Koh Poh Lee @ Che Mamat dari Seksyen Penyelarasan Operasi. Perkongsian mereka meliputi input dan amalan terbaik yang diperoleh sepanjang penglibatan antarabangsa tersebut.
Adalah diharapkan amanat yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah serta pengisian ilmiah daripada sesi perkongsian ini dapat memberi inspirasi, memperkukuh semangat kerja berpasukan dan mendorong kecemerlangan berterusan dalam pengurusan bencana di negara ini.
Sesi Perkongsian NADMA bersama Badan Penderma GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
9 Julai 2025 – Telah berlangsung sesi perkongsian NADMA bersama badan penderma GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) yang memberi fokus terhadap - MTL review, way forward: localisation, preparedness & recovery.
Seminar Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Seminar Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025 | 8 Julai 2025 | Pulse Grande Hotel, Putrajaya
Telah berlangsung Seminar Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat bagi Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025 yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Pasca Bencana NADMA.
Seminar ini diadakan khusus kepada 15 orang Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat dengan objektif untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kecekapan dalam pengurusan pejabat serta memperkukuh penampilan profesional dalam kalangan peserta. NADMA telah menjemput Puan Siti Mizalwa binti Idris daripada Wawa Idris School of Excellence (WISE), sebuah organisasi perunding imej dan personaliti sebagai penceramah jemputan bagi mengendalikan sesi interaktif bersama para peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada peserta yang telah meluangkan masa untuk menghadiri seminar ini. Semoga penganjuran seminar ini memberi manfaat serta memperkukuh lagi kefahaman dan tahap profesionalisme dalam pelaksanaan tugasan harian.
