Program Perkongsian Kumpulan Kajian Sistem Commcity sebagai Mekanisma Pengurusan Bencana oleh Konsortium Rakan NADMA – USM
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Pemakluman Penempatan Pegawai Bertukar Masuk ke NADMA
Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Encik Abdul Aziz bin Mahamad Zabidin , Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M12 yang ditempatkan sebagai Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial, Bahagian Pengurusan Pasca Bencana mulai 18 Julai 2025.
Sesi Libat Urus NADMA bersama Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2025: Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Bencana NADMA | 22 Julai 2025 | Bilik Mesyuarat Unit Pembangunan Ekonomi Negeri, Aras 19, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Pengerusi: YBrs. Tn. Hj. Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca), NADMA
Objektif Program:
(i) Pengemaskinian maklumat pelaporan bagi perbelanjaan peruntukan BWI, pengurusan pengoperasian bencana MTL 2024/2025 serta lain-lain peruntukan NADMA.
(ii) Perbincangan isu dan permasalahan di lapangan berkaitan peruntukan BWI, pengurusan pengoperasian bencana dan lain-lain.
(iii) Pemantauan status pelaksanaan projek State Disaster Command Centre (SDCC) dan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) serta penyelenggaraan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
(iv) Pendaftaran terkini NGO di negeri Sabah.
(v) Pengenalan Arahan NADMA No. 1, Dasar Pengurangan Risiko Bencana (DRR) 2030 dan Cadangan Pelaksanaan BWI melalui sistem MyIBJKM.
Kesimpulan:
Kedudukan semasa baki peruntukan bencana adalah mencukupi di negeri Sabah. Pihak JPBN dan JPBD di negeri Sabah disarankan agar mengambil perhatian dan memahami dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh NADMA seperti Arahan NADMA No. 1, Dasar DRR 2030 dan Garis Panduan-Garis Panduan NADMA berkaitan pemberian bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian bencana dalam memastikan keberkesanan pengurusan bencana di negeri Sabah.
Modul Pengurusan Bencana bagi Kursus International Senior Police Officers Command Course (ISPOCC)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
