PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑 (𝐓𝐎𝐓) 𝐂𝐁𝐃𝐑𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑 (𝐓𝐎𝐓) 𝐂𝐁𝐃𝐑𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 | 𝟏𝟎-𝟏𝟐 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat
 
Bagi memperkukuh kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Persatuan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADIM) telah melaksanakan Sesi Latihan Tenaga Pengajar (𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘧 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘦𝘳𝘴 – 𝘛𝘖𝘛)CBDRM kepada NGO Rakan NADMA selama 3 hari 2 malam.
 
Seramai 40 peserta daripada 14 NGO Rakan NADMA telah menyertai latihan ini. Peserta didedahkan kepada pendekatan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) yang merangkumi pemetaan risiko, penilaian kawasan (jenguk kawasan), pembangunan pelan tindakan bencana, komunikasi serta pemahaman sejarah bencana setempat.
 
Bagi memberikan pendedahan kepada situasi sebenar di lapangan, sesi 𝗠𝗼𝗱𝘂𝗹 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗹𝗶 𝗥𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 turut melibatkan penduduk Kampung Jawa, Hulu Langat yang pernah terkesan bencana banjir pada tahun 2021. Manakala 𝗠𝗼𝗱𝘂𝗹 𝗝𝗲𝗻𝗴𝘂𝗸 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 pula membawa peserta meninjau lokasi yang terjejas teruk akibat banjir besar tersebut, kini berfungsi sebagai living lab kepada kejadian bencana serta berinteraksi secara langsung dengan mangsa banjir bagi memahami impak sebenar yang dialami oleh komuniti.
 
Latihan ini adalah langkah strategik NADMA dalam memperkasa NGO sebagai penggerak utama di peringkat akar umbi terutama dalam melatih komuniti untuk bersiap siaga. Penglibatan aktif NGO Rakan NADMA diyakini mampu membantu komuniti mengurangkan risiko bencana serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan. Program CBDRM ini bukan sekadar latihan teknikal, tetapi memerlukan komitmen berterusan, hubungan erat serta kesinambungan antara NGO dan komuniti.
 
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA dan turut dihadiri oleh Encik Jefny Muhammad, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS) serta pegawai-pegawai SPKS.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search