YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan meninjau Operasi Pembenihan Awan (OPA) Negeri Kelantan di TUDM, Subang
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
23 Jun 2024 - YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan satu tinjauan di Pangkalan Udara TUDM, Subang bagi meneliti Operasi Pembenihan Awan (OPA) Negeri Kelantan. Operasi ini telah dijalankan selama (3) hari bermula 21 Jun sehingga 23 Jun 2024 yang memfokuskan kepada kawasan tadahan di hulu Sungai Kelantan iaitu Kuala Krai dan Gua Musang. Operasi yang dijalankan ini adalah dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Turut hadir YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Azman bin Mahmood, Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA, YBrs. En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA dan YBrs. En Mohd Razif bin Abdullah, Timbalan Pengurus Besar, KADA serta pegawai-pegawai lain yang terlibat.