PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Sesi Kunjungan Hormat Tunku Temenggong Kedah, Merangkap Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Pengerusi Malaysian Humanitarian Action and Coordination Hub (MATCH) Ke Atas YBhg. Ketua Pengarah NADMA

21 Jun 2024 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berbesar hati menerima kunjungan Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah, Tunku Temenggong Kedah, merangkap Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Pengerusi Malaysian Humanitarian Action and Coordination Hub (MATCH) ke atas YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA yang bertempat di Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya.
 
Sesi kunjungan ini bertujuan antara lain untuk memperkenalkan MATCH Foundation dengan objektif utama MATCH, menggalakkan kolaborasi di antara pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pihak Korporat dalam menyokong agensi-agensi kerajaan semasa berlakunya bencana di dalam negara serta membincangkan bagaimana ianya dapat menyokong kerja-kerja NADMA.
 
Turut mengiringi YTM Tunku Temenggong Kedah ialah YBhg. Tan Sri Jemilah binti Mahmood, Pengarah Sunway Planetary Health, Penasihat Kehormat BSMM dan MATCH; YBhg. Datuk Seri Suhaimi Yacob, Naib Pengerusi BSMM; YBrs. Tn Hj Hakim Hamzah, Setiausaha Agung BSMM; YBhg. Dato’ Danial Iskandar, Timbalan Setiausaha Agung BSMM; dan Ir. Amran Mahzan, Pengarah Eksekutif MATCH.
 
Sesi kunjungan ini turut dihadiri oleh Encik Hussain Bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA dan wakil-wakil Seksyen NADMA.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search