๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah menghadiri Sesi Libat Urus Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 dan Arahan Penyediaan Strategi Pengurangan Risiko Bencana Negeri serta Pelan Tindakan yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran).
ย
Sesi ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dalam mendapatkan panduan penyediaan strategi dan khidmat nasihat secara langsung daripada NADMA sebelum strategi negeri mula dibangunkan. Sesi ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Sarawak dalam menyokong usaha mengurangkan risiko bencana dan ikhtiar membentuk Malaysia yang selamat dan berdaya tahan bencana.
ย
Sesi ini turut dihadiri oleh para pegawai daripada Seksyen Mitigasi dan rakan strategik NADMA, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah selaku pelaksana projek rintis pembangunkan strategi negeri dan pihak NDRC, UMS selaku penggubal strategi negeri Sabah.
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) | ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah menghadiri Majlis Penyerahan State Disaster Command Centre (SDCC) di Sarawak. Majlis ini bertujuan merasmikan SDCC yang akan beroperasi sebagai Pusat Kawalan Bencana Negeri bagi memantau kejadian-kejadian bencana di seluruh Negeri Sarawak dan seterusnya melaporkan kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) melalui sistem DGIM.
ย
Penubuhan SDCC ini bukan sahaja merupakan satu projek infrastruktur baharu, tetapi yang lebih penting adalah fungsi SDCC ini sebagai pusat kawalan utama yang akan memberi arahan dan menyelaras tindakan segera ketika berlaku bencana. Pemerkasaan fasiliti penyampaian maklumat ini secara langsung menyokong pencapaian Sasaran Utama 1 dan 2 Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030, iaitu mengurangkan bilangan orang terjejas dan kerugian ekonomi akibat bencana.
ย
Majlis ini turut disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.Turut hadir ialah YBhg. Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Ketua-ketua Jabatan dan agensi Negeri Sarawak.
ย
Selain itu, YBrs. Ketua Pengarah NADMA turut berkesempatan membuat lawatan ke tapak Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Sekolah Kebangsaan Beradek, Kuching, Sarawak bagi meninjau dan melihat sendiri perkembangan projek di tapak bina. Beliau turut diberi taklimat mengenai status semasa projek serta isu-isu yang berlaku di tapak oleh pasukan projek JKR Bahagian Kuching, JKR Sarawak.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฟ๐ฟ๐๐ ๐๐๐ผ๐๐๐๐๐ ๐พ๐๐๐๐๐๐๐๐พ๐ (๐๐๐พ) ๐๐๐ผ๐๐พ๐ ๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐พ๐๐๐ (๐๐ผ๐๐๐)๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ผ๐๐ ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ (๐๐๐๐)๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฟ๐ฟ๐๐ ๐๐๐ผ๐๐๐๐๐ ๐พ๐๐๐๐๐๐๐๐พ๐ (๐๐๐พ) ๐๐๐ผ๐๐พ๐ ๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐พ๐๐๐ (๐๐ผ๐๐๐)๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ผ๐๐ ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ (๐๐๐๐)๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, DCP Datuk Mazli Mazlan telah mewakili NADMA ke Mesyuarat ๐๐ช๐ฅ๐ฅ๐ญ๐ฆ ๐๐ญ๐ข๐ฏ๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฐ๐ฏ๐ง๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ (๐๐๐) ๐๐ฆ๐ข๐ณ๐ค๐ฉ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ(๐๐๐๐๐) ๐๐ข๐ณ๐ช๐ต๐ช๐ฎ๐ฆ ๐๐ข๐ด๐ด ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ(๐๐๐๐) Ex Limbawan Tahun 2026 di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu dan Jeti APMM, Sepanggar Kota Kinabalu, Sabah.
ย
Sesi perbincangan ini bertujuan menyelaras Persiapan Latihan Simulasi Ops Limbawan SAREX 2026 melibatkan semua agensi dan syarikat GLC yang terlibat dan menangani isu-isu berbangkit berkaitan SOP, prosedur dan dasar-dasar yang melibatkan agensi terbabit agar latihan lancar dan pada status quo yang ditentukan dan melengkapkan plan strategik dan mengemaskinikan persiapan simulasi setiap agensi di Tapak Lapangan.
ย
Melalui perbicangan ini Penyelarasan Manual Mencari dan Menyelamat Aeronautika dan Maritim Kebangsaan (NAMSAR) dan Arahan NADMA No.1 dapat dilaksanakan apabila elemen JPBD dan PKTK dipraktikan bagi melancarkan proses dekontimasi dan pengurusan mangsa-mangsa di zon Hijau oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan agensi terlibat seperti dalam Arahan NADMA No.1 dan membantu memperkasakan NAMSAR dari aspek pengurusan Bencana di Maritim.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ & ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐๐พ๐ (๐ผ๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ & ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐๐พ๐ (๐ผ๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail Meor Akim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tuan Muhammad Hidayat Ismail, Pengurus Besar AFRS bersama pegawai kanan AFRS delegasi ๐๐ช๐ณ๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต ๐๐ช๐ณ๐ฆ & ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐ฆ๐ณ๐ท๐ช๐ค๐ฆ (๐๐๐๐), ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข ๐๐ช๐ณ๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต๐ด ๐๐ฐ๐ญ๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ๐ด ๐๐ฆ๐ณ๐ฉ๐ข๐ฅ (๐๐๐๐) bertempat di Bilik Mesyuarat Aur Gading, Aras 7, NADMA.
ย
Antara perkara yang dibincangkan termasuk perancangan Bengkel Pengurusan Bencana Udara Malaysia 2026, pelaksanaan Latihan Bersama Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) 2026, serta potensi penglibatan AFRS dalam program, kursus dan latihan anjuran NADMA.
ย
Sesi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik antara agensi bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan pengurusan bencana negara, khususnya dalam aspek tindak balas kecemasan berkaitan penerbangan.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
Sebagai simbolik kepada permulaan promosi dan persediaan penganjuran Resilient Asia 2026, Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah menyempurnakan sesi ๐ง๐ญ๐ข๐จ-๐ฐ๐ง๐ง kenderaan agensi-agensi responder yang akan menyertai pameran aset dan jentera pengurusan bencana. Beliau turut menampal pelekat kenderaan sebagai inisiatif promosi bergerak bagi meningkatkan hebahan dan kesedaran mengenai penganjuran Resilient Asia 2026 Exposition and Forum kepada masyarakat.
ย
Ketua Pengarah NADMA turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Resilient Asia 2026 Exposition and Forum bagi memperkemas status persediaan penganjuran program Resilient Asia 2026 sekaligus memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan secara bersepadu.
ย
Penganjuran Resilient Asia 2026 dijangka menjadi platform penting dalam memperkasa agenda kesiapsiagaan dan pengurangan risiko bencana di peringkat serantau
