25 November 2020 - Mesyuarat Ke-37 ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) secara maya. Office of Civil Defense, Filipina, merupakan hos pada tahun ini dan NADMA selaku ahli ACDM turut serta dengan diketuai oleh YBhg. Ketua Pengarah YBhg Datuk Dr Aminuddin bin Hassim.
Malaysia selalu Pengerusi Bersama ACDM Working Group on Preparedness and Response telah membentangkan perkembangan semasa inisiatif serantau dalam pengurusan bencana di ASEAN.
Selain perbincangan bersama kalangan ACDM, sesi terbuka bersama Jepun dan China turut diadakan bagi membincangkan kerjasama jangka masa panjang untuk manfaat pengurusan bencana di peringkat ASEAN.
Mesyuarat pada hari ini juga telah memperakukan AADMER Work Programme 2021-2025.
Majlis Serah Tugas Mantan KP NADMA YBhg. Dato’ Mohtar Bin Mohd Abd Rahman Kepada YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim
- Admin UKK
- Berita
23 November 2020 - Acara serah tugas mantan Ketua Pengarah NADMA Malaysia YBhg Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman kepada YBhg Datuk Dr Aminuddin bin Hassim.
Jasamu sentiasa dikenang.
Tuai Padi Antara Masak,
Esok Jangan Layu-layuan,
Intai Kami Antara Nampak,
Esok Jangan Rindu-Rinduan .
Kalau ada pauh didaik,
Bawa sebiji ke tanah seberang,
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati dikenang orang.
15 November 2020 - Sejumlah 150 katil lagi telah dihantar NADMA Malaysia daripada Depot Simpanan Pertahanan Sungai Buloh bagi menampung keperluan logistik Hospital Kuala Lumpur. Ketua Pengarah NADMA Malaysia, YBhg Datuk Aminuddin bin Hassim turun padang memantau kelancaran proses penghantaran.
Peranan Logistik NADMA Dalam Usaha Negara Menguruskan Pandemik COVID-19 di Malaysia
- Admin UKK
- Berita
14 November 2020 - Sokongan logistik merupakan salah satu bidang tugas NADMA Malaysia dalam usaha negara menguruskan pandemik Covid-19 di Malaysia.
Team NADMA bersama anggota-anggota pasukan SMART (dengan kekuatan 7+14 orang) telah selesai menjalankan operasi memindahkan sejumlah 151 set katil pesakit yang telah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dari Depo Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) Sg Buloh. Turut membantu menjayakan operasi adalah team daripada Depo Simpanan Pertahanan (DSP), HKL dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Terima kasih semua #kitajagakita

5 November 2020 - Sehingga petang tadi, terdapat 3 buah Pusat Pemindahan Sementara telah dibuka di Selangor bagi menempatkan sejumlah 148 mangsa banjir daripada 37 keluarga.
Ketua Pengarah NADMA, YBhg Datuk Dr. Aminuddin b Hassim telah meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa yang terkesan di PPS Dewan Orang Ramai Dengkil dan PPS Sek. Rendah Agama, Dengkil.