PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

4 November 2020 - Minggu ini 3 orang pegawai daripada NADMA Malaysia telah membuat lawatan ke Negeri Sabah untuk melihat proses koordinasi dan penyelarasan operasi bantuan kemanusiaan COVID-19.
DCP Dato’ Hussien bin Omar Khan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Cik Murni bt Mat Amin, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi dan En Adiratna Wira b. Adnan, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Teknikal & Infrastruktur telah membuat pelbagai kunjungan ke bilik-bilik gerakan semua agensi yang terlibat.
Kunjungan ke Pusat-Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 telah membantu dalam mendapatkan maklumat pengoperasian dan pengurusan di peringkat negeri dan daerah.
Pasukan ini juga telah berpeluang untuk mengadakan perbincangan berkaitan pengurusan logistik, bantuan daripada pihak NGO, optimisasi tenaga kerja serta sumber manusja dan cabaran-cabaran awal koordinasi pengurusan, penambahbaikan pengurusan sekarang yang bertambah baik selain cabaran-cabaran lain masakini.
Previous Next

3 Oktober 2020 - Kunjungan Hormat YAS Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dato’ Sri Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid ke atas Ketua Pengarah NADMA, YBhg Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim.
Perbincangan hari ini memberi fokus kepada kerjasama dan sokongan dalam pengurusan bencana. Turut diberi perhatian adalah persediaan dan koordinasi menghadapi Monsun Timur Laut.
Previous Next

PENGANUGERAHAN KHAS MENGHARGAI AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) DARIPADA PIHAK INDUSTRI BERSEMPENA DENGAN PENGANJURAN ANUGERAH INOVASI ANTARABANGSA COVID-19 EDISI KHAS MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2020 (MTE 2020)
 
Tahniah Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr Aminuddin bin Hassim dan seluruh warga kerja NADMA Malaysia.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search