8 Disember 2020 - Jelajah MTL Zon Timur Datuk Dr Aminuddin Hassim, Ketua Pengarah NADMA Malaysia berakhir di negeri Pahang. Lawatan awal pagi ke Depoh Simpanan Keperluan Bencana Negeri Pahang mendapati stok barangan keperluan berada pada kesiapsiagaan sepenuhnya dalam menghadapi musim tengkujuh.
Lawatan hari ini berakhir dengan kunjung hormat ke atas SUK Negeri Pahang, Dato' Sri Dr Sallehuddin bin Ishak. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ini sentiasa mendapat sokongan padu daripada semua agensi terlibat dan kerjasama ini penting dalam memastikan kebajikan mangsa-mangsa bencana terjamin baik.
Jelajah MTL Pantai Timur Datuk Aminuddin Hassim, Ketua Pengarah NADMA Malaysia Diteruskan di Terengganu
- Admin UKK
- Berita
7 Disember 2020 - Jelajah MTL Pantai Timur Datuk Aminuddin Hassim, Ketua Pengarah NADMA Malaysia hari ini diteruskan di negeri Terengganu. Program bermula dengan kunjung hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu diikuti taklimat persediaan bencana di Bilik Gerakan Bencana Negeri.
Pengisian program hari ini turut melibatkan Lawatan Tinjau Kawasan Hakisan Pantai (TBC) di Kg Pengkalan Maras, Kuala Nerus, penyerahan banner dan bunting Kempen Pembudayaan Norma Baharu di UTC Kelantan serta lawatan dan Taklimat Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) JKM Pulau Kerengga, Marang
6 Disember 2020 - Bersama-sama pasukan NEST (NADMA Emergency Support Team) Timur serta team operasi, logistik dan pasca bencana, YBhg Datuk Dr. Aminuddin Hassim Ketua Pengarah NADMA turun padang ke negeri Kelantan untuk meninjau keadaan Monsun Timur Laut di sana.
Lawatan bermula dengan kunjung hormat ke atas SUK Kelantan, YB Dato' Haji Nazran bin Muhammad dimana perbincangan memberi fokus kepada pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah.
Team NADMA kemudian bergerak ke Depoh Simpanan Keperluan Bencana di Pengkalan Chepa untuk melihat status ketersediaan stok bantuan bencana pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri ini. Di stesen Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Kota Bharu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memberi penerangan bagaimana sistem berfungsi dan amaran banjir dikeluarkan. Team kemudian menyusuri Sungai Kelantan untuk membuat pemantauan keadaan semasa.
Di pejabat tanah jajahan Pasir Mas, Ketua Jajahan telah memberi penerangan bagaimana pengurusan bencana diuruskan selaras dengan SOP bencana Norma Baharu.
NADMA Malaysia bersama-sama agensi terlibat sentiasa berusaha memastikan koordinasi dan penyelarasan pengurusan bencana dapat diuruskan dengan lebih cekap dan efisien supaya mangsa bencana mendapat perlindungan serta bantuan yang sewajarnya daripada semua pihak.
Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawap Bersama
Tinjauan Udara Oleh Unit Drone Pasukan SMART Sekitar Kampung Senor, Pasir Mas, Kelantan
- Admin UKK
- Berita
Tinjauan udara oleh Unit Drone Pasukan SMART sekitar Kampung Senor, Pasir Mas, Kelantan pada 6 Disember 2020. Kawasan ini merupakan salah satu kawasan “banjir termenung” dimana air akan mengambil masa untuk surut sepenuhnya walau hujan tidak berterusan
6 Disember 2020 - Pemantauan banjir oleh pasukan NEST (NADMA Emergency Support Team) di negeri Terengganu. Secara keseluruhannya proses menyelamat dan urusan Pusat-pusat Pemindahan Sementara berjalan lancar selaras dengan SOP Norma Baharu.