KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyemak semula Dasar Pengurusan Bencana Negara dalam meningkatkan daya tahan, mengukuhkan kesiapsagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mendapatkan persetujuan jemaah menteri untuk menyemak semula untuk memastikan ancaman bencana berada pada tahap minimum.
“Sebagai menyahut saranan ini, NADMA sedang di peringkat akhir proses semakan semula Arahan MKN Nombor 20, Dasar dan Mekanisme Pengurudan Bencana Negara, agar selaru dengan keperluan dan evolusi pengurusan bencana yang semakin kompleks. “Pindaan itu dijangka akan memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisma pengurusan bencana negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 di ibu negara hari ini.
Dalam pada itu beliau turut mengumumkan kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang dikelolakan oleh NADMA telah bersetuju menyediakan peruntukan awal berjumlah RM5 juta.
Peruntukan itu katanya bagi membolehkan ia digunakan oleh agensi-agensi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pengurusan bencana.
“ Pihak NADMA akan memperincikan dan memaklumkan syarat-syarat dan kaedah permohonan peruntukan ini dalam masa yang terdekat, Insya-Allah,” katanya.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melaporkan kawasan Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan merekodkan status cuaca panas Tahap Dua atau gelombang haba, hari ini.
Menurut METMalaysia, cuaca panas Tahap Dua dikeluarkan bagi suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Ia selaras rekod bacaan yang dikemas kini agensi itu setakat jam 4.30 petang tadi. Berdasarkan maklumat itu, 11 kawasan di Semenanjung mencatatkan status cuaca panas Tahap Satu. Kawasan terlibat ialah Baling di Kedah; Hulu Perak di Perak; Jeli, Pasir Puteh dan Kota Bharu di Kelantan; Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Setiu) serta Raub, Rompin dan Temerloh di Pahang.
Di Sabah pula, hanya Kota Marudu merekodkan status cuaca panas Tahap Satu.
Status cuaca panas Tahap Satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri bagi semakan semula dasar itu, yang sekali gus dapat memastikan ancaman bencana negara berada pada tahap minimum. “Sebagai usaha permulaan terhadap hasrat itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang di peringkat akhir proses semakan semula Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara agar selari dengan keperluan dan evolusi pengurusan bencana yang semakin kompleks. “Pindaan Arahan MKN No. 20 dijangka memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisme pengurusan bencana negara,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini. Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM5 juta yang disediakan kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN). Beliau berkata ia bagi pelaksanaan program serta latihan kesiapsiagaan dan kesedaran komuniti untuk menghadapi bencana termasuk program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan untuk digunakan oleh agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana. Secara keseluruhannya, Ahmad Zahid berkata sepanjang musim MTL lepas, sebanyak 27,505 keluarga dan 92,534 mangsa telah Katanya, jumlah mangsa juga adalah jauh lebih rendah berbanding 2022 iaitu 251,799 mangsa yang dipindahkan. Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi penguat kuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan dan pihak media yang terlibat sepanjang musim MTL 2023/2024. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak yang terlibat termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Nur-ul Afida Kamaludin.
Gempa bumi kuat landa Taiwan
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter melanda Taiwan pada jam 7.58 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak di 130 kilometer (km) tenggara dari Taichung, Taiwan dengan kedalaman 47 km.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan yang dimuat naik melalui laman web jabatan itu. - Bernama
KOTA TINGGI: Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor yang dijadualkan siap pada 2029, dijangka boleh siap dua tahun lebih awal.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata bagi memastikan pelaksanaan projek berimpak tinggi itu dipercepat dan tidak mengalami kelewatan, ia akan dimasukkan ke dalam 'task force'.
"Semua projek RTB sudah bermula, tahun ini. Ada yang bermula dari segi fizikal dan reka bentuk.
"Harapan kita ialah ia dapat disiapkan cepat kerana projek itu membabitkan ratusan ribu rakyat Johor yang terkesan akibat banjir," katanya pada sidang media selepas melawat projek RTB Sungai Johor, di sini. Antara projek RTB terbabit ialah pembinaan kolam takungan banjir dan menaik taraf Sungai Johor di Kota Tinggi; tebatan banjir di Bandar Batu Pahat dan Sungai Batu Pahat di Seri Medan; serta projek memperkukuh struktur dan fasiliti empangan tebatan banjir di Empangan Sembrong.